Saturday, August 20, 2011

Ramadhan dah nak abis? Pecuuuut! Gedegaaang! Arghhhh!




Pecuuuuuuuuuut!
Gedegaaaaaannnnng! Dishhhhhhhhhhhhhhhh! Arghhhhhhhhhh! Kepala lutut akuuuuu!

Inilah dialog klise yang korang selalu dengar bila ada je adegan pecut memecut tanpa berfikir panjang terlebih dulu..Jap jap jap..macam ada bunyi lain yang tak sempat diulangtayang tadi..

Selepas dialog " Kepala lutut akuuuuu! " berkumandang kira-kira seminit lebih tiba tiba :

Ciiiiiiiit! Kiiiiiiiiiiiiiiiiik! Degannnnnnnnnnng! Lori pasir mana pulak ni oiiiiii! Arghhhhhhh!
Dan akhirnya Criitttt Criiitt Criiit ( bunyi cengkerik je kedengaran akibat suasana terlampau sunyi )..paham paham la kan? 

1. Woiii Zombie, ape ke bangang kaitan bunyi dialog kepala lutut, lori pasir dan bunyi dengkuran cengkerik tu? 
2. Apesal kali ni takde dialog bunyi Zombie? Wakaka!

Jawapan kepada soalan 1 : Ko ni sejak kecik mak bagi makan kepala ikan ek? Sebab orang tua kata IQ budak boleh down bila amal makan benda tu..Orang tua yang kata, bukan Zombie Insaf..wakaka eh eh! Camni..bila ko pecut motor tanpa berfikir panjang, maka besar kemungkinan untuk berlaku pertembungan dengan lori pasir ketika sedang asyik melakukan pecutan tu ( yela, bengong ape pecut tak pakai otak..errr..pecut pakai tangan dan kaki ek? sori bro )..pastu bila berlaku pertembungan dua hala semacam kes di atas maka antara bahagian yang berhak untuk hancur berkecai selepas GIGI adalah KEPALA LUTUT la..kenapa camtu? Mana Zombie Insaf tahu! Wakaka! Pastu bila lutut dah agak hancur tu maka darah akan terpancut tersembur secara otomatik dah menyebabkan otak korang tak dapat cukup oxygen dan bla bla bla dengan izin Allah..maka dengan perintah Allah juga maka KIOK/MATI/MAMPUS la ko dan selepas itu ko akan diseksa di alam kubur andai ko adalah ahli neraka dan kalau ko adalah ahli syurga maka nikmatlah ko di alam sana selamanya..bunyi cengkerik pun nak kena explain ke bro? tak payaaaah la..dah segan dah Zombie Insaf nak turunkan IQ ni untuk kali kedua..wakaka eh eh!

Jawapan kepada soalan 2 : Woiii..ni dah macam doakan aku kena langgar lori ni! Takde la, tak sanggup Zombie Insaf nak bayangkan ketika dah masuk kubur nanti apabila ditanya bagaimana ibadah terakhir Zombie Insaf sebelum mati maka jawapan yang 'terpaksa' dikasi adalah " Aku baca doa naik kenderaan je wahai encik malaikat ". Korang tak paham? Arghhhhh sudaaaaaaahh!

Jadi berbalik kepada mesej sebenar entri kali ni..Zombie Insaf cuma nak habaq maii yang apabila korang pecut tanpa berfikir panjang maka dikhuatiri akan menjahanamkan korang punya perjalanan tu..

1. Lorrrr..punya la pendek ko punya maksud tersirat tapi berjela jela tulisan tersurat ko ( Pannnng! Senyaaap! Tunggu aku habiskan dulu la oiiitt!! )

Sepertimana kita punya puasa yang dah masuk tahap keTIGA yakni 10 hari terakhir Ramadhan.maka PECUTAN AMAL sangat-sangat la diperlukan sekarang..yela, tahap keTIGA ni adalah tahap di mana ditawarkan " Pembebasan daripada api neraka "..Tapi ramai terlupa..yaaaaa..terlupa!

Antara syarat diterima sesuatu amal itu adalah :
1. Ikhlas - yakni ibadah atau amalannya itu HANYA lah kerana Allah! Takde campuran 'element' yang lain! 
2. Mengikut apa yang telah digaris dan ditunjukkan oleh Baginda Nabi - perlu ada contoh ataupun nas daripada Nabi..

Jadi dalam persaingan pecut-memecut ni ada baiknya 'carilah R&R' sebentar..kembali merenung dan mengamati apakah niat sebenar perbuatan ibadah kita itu..adakah betul betul keranaNya atau mungkin terselit atau tersimpul niat selain untukNya?? Jadi sesudah lepak-lepak sebentar di R&R renungan dan pencarian tu maka teruskanlah pecutan tu dengan segala kudrat yang dikurnia dengan sepenuh tenaga dan fokus hati, jasad dan minda! 

Bukan saje-saje Zombie Insaf membebel benda yang korang rasa 'alahaaaai masalah cikai je bro' tapi ketahuilah korang bahawa sesungguhnya antara orang yang MUFLIS di akhirat sana adalah antara mereka yang SALAH NIATNYA! Dan yang lebih sadiiiiis adalah mereka yang TIADA NIAT! Bak kata omputeh ' just follow the flow '...Kasihaaaaaan!

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.




Sunday, August 14, 2011

Kekasihku TERLAMPAU romantik bila..




Kekasih hatiku sangat romantik bila

Bila aku cuba SMS je maka dia akan berkata
Adakah perbuatan abang ni akan memberikan pahala berganda?
kalaulah perbuatan abang ni memberikan pahala yang tak terkira
maka dinda la orang pertama yang akan meREPLYnya
tapi andai ianya membawa kecelakaan dan dosa di akhirat sana
maka kita hentikan lah ini semua
dan carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata

Kekasih hatiku sangat romantik bila

Bila aku cuba call pula
maka si dia pun jawab dengan selamba
abang nak apa? nak dengar suara manja dinda?
adakah ia halal bagimu disisi kita punya Pencipta?
kalau ada walau satu ayat je dalam Quran yang mengatakan ianya halal bagi kita berdua
maka dinda la orang pertama yang melunakkan suara dinda
tahap meroyan cam orang gila pun tak apa
tapi andainya ia haram di sisi agama
maka baik abang letak telefon ini dengan kadar yang segera
dan telefonlah kembali andai dinda sudah sah menjadi milik kanda!

Kekasih hatiku TERLAMPAU la romantik bila

Aku cuba mintak dia punya gambar pasport pula
aku bukan apa alaaaah nak buat kenangan insan tercinta
tapi korang tahu tak ape yang dia kata?
Abang, sebelum kahwin ni jangankan gambar yang lawa-lawa
gambar yang jelas nampak jerawat batu dinda pun takkan dinda kasi punya
nanti dah kawin nanti abang nak picit jerawat batu dinda pun TAK APA
DINDA RELA!


Kekasih hatiku MELAMPAU-LAMPAU romantik bila..

Aku cuba mengajaknya untuk makan bersama
yela kan, nak la juga tatap air muka
takpun tatap tumit kaki pun kira jadi laaa
rindu punya pasal kat si dia
tapi boleh pula dia cakap camni haaa
Abang, gila ke apa!
mula-mula nak jumpa
pastu nak buat-buat tertumpah kuah ayam kurma kat baju dinda
dengan muka berlagak simpati buat-buat la pula nak sapu dengan abang punya tisu muka
pastu tersentuh la dinda punya kulit dengan cara yang TAK SENGAJA
mula-mula tak sengaja tu tak apa laaa
tapi lepas tu mula la berani raba sini raba sana
cuit sini cuit sana
abang tu agak-agak dah confirm ke jadi ahli syurga?
sampai sanggup buat perangai ahli neraka?
aku pun " errrrrrk! " je la..

Kekasih hatiku TERLAMPAU tahap arghhhhhhhhhh keromantikannya bila..

Aku ajak la kahwin dengan kadar yang amat segera
boleh pulak dia tanya
abang dah belajar bab haid, nifas dan segala jenis benda tentang Feqah wanita?
nanti dah kawin apa benda pertama abang nak suap pada anak-anak dinda?
Harta atau Agama?
Kalau nanti dinda dah jadi isteri dan tiba-tiba ajal dinda pun tiba
maka sanggup tak abang nak kena soal di alam sana
tentang tanggungjawab abang yang belum dilunaskan kepada dinda?
dan bersediakan abang ditarik ke neraka oleh dinda dan anak-anak kita di akhirat sana?


Aku yang tengah tension pada tahap yang WARGHHHHH terus membidas balik si dia
yang awak ni daripada tadi melayan saya
berjam-jam berdialog takpe pula?

maka si dia pun terus " Errr...dinda lupa!"
Dinda pergi dulu ya
carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata
jumpa lah dinda punya ayah bonda
insyaAllah jika Allah merestui hubungan abang dan dinda
maka Dia akan mengangkat martabat hubungan ini ke alam perkahwinan yang dikatakan ' menyempurnakan separuh daripada agama kita '
Jangan pernah meminta cinta dari dinda
tapi mintalah ia pada Pemilik cinta dinda
iaitu Allah Sang Pencipta
Pencinta segala cinta
daaaa!





Friday, August 12, 2011

Diari Manusia Bengong di Bulan Ramadhan





Apabila korang dah jadi Zombi
yakni seorang manusia yang mati hati
akibat dosa yang dah naik karat dan berdaki
fuhhh dasyatnya aku punya story nak habaq maii..
maka korang pun akan jadi seperti ini

PAGI - sebelum ayam bangun pagi

Korang terdengar sayup-sayup suara orang mengaji
tengok jam alaaaah baru pukul 3 pagi
korang pun ape lagi
terus tarik selimut sambil mulut membebel menampakkan alur gigi
" Ganggu betul! Jin sesat mana nak sakat aku pepagi buta ni! "
Inilah perangai bangang Si Zombi
tahukah korang bahawa terjaganya korang di tengah pagi
adalah salah satu 'panggilan' Ilahi
untuk korang bangun bermunajat atas dosa yang dah melampau tahap tinggi

PAGI - sesudah ayam berkokok pagi

korang walaupun buat-buat pekak masa tu
aku tahu korang dengar azan beralun merdu tu
tapi bagi korang ianya seakan mendengar bunyi Bom Atom yang sedang menggegarkan kubu
Arghhhhhh!
Bunyi teriakan nafsu yang mendengus mahukan tidur yang lebih selesa di waktu itu
Paangggg! Aku pun tak teragak-agak menampar Si Nafsu itu
walaupun berbekas merah tamparan kakiku di dahimu itu
tetapi percayalah kawanku!
yang ku tampar tadi adalah nafsumu itu!
bercampur dengan amarahku terhadapmu
akibat dengkuran tidurmu yang dah tahap bunyi puaka yang kena palu
Wakaka kukuku!
Aku dah mula merapu..

Pagi - Sesudah 30 minit selepas waktu subuh berlalu

Ahhhhhhh! Kurma Madu!! Teh susu! Nasi dan budu!
Owhhhh...sahur dah berlalu?
Pannngggg! 
Maafkan daku kawanku..
tamparanku yang kedua ini adalah untuk meberitahumu
bahawasanya
WAKTU SUBUH DAH ABIS LA MANGKUK!
Ooo..SAHUR nak! PUASA nak jugak! Solat taknak!
Paannnggg! 
Owhh..terima kasih di atas tamparan balasmu itu wahai temanku..
cissss!

TENGAH HARI - ketika matahari terpacak tinggi

Fuhh! Letihnya tak sahur tadi
perut dah bunyi keroncong tak henti-henti
tapi bila lalu je sorang betina seksi
dengan gaya free hair dan berkain sendat yang mendedahkan bulu kaki
tak semena-mena bunyi perut tu boleh berenti
aikkkk!
mulut pula yang tiba-tiba berbunyi
phewiiiiittttt!
jalan sorang-sorang je wahai awek seksi?
tak takut ke kat perogol bersiri?
jangan la pakai tersangat seksi
runtuh iman abang ni
nak terkam pun boleh batal pose nanti
hihihi!
BENGONG!
yang ko dah tahu puasa buat apa tenung betis si betina tu tak henti-henti?
tahukah kamu bahawa puasa tu bukan sekadar tahan lapar dan dahaga
tapi juga puasa menuntut kita menjaga mulut, MATA, dan telinga
dan juga lain-lain anggota
daripada terjerumus dalam melakukan dosa dan benda sia-sia
memang la menjadi si betina seksi tu dah dapat dosa percuma
tapi bila korang pun tenung dan enjoy dengan tayangan bulu kakinya secara begitu sahaja
walaupun bulu kakinya takde la lentik mana
maka dosanya terpalit pada korang jua
macam korang renung tahi manusia la..
lama-kelamaan kan..
lama-kelamaan kan..
errrr...aku merapu lagi rupanya
takde kerja aku nak renung tahi manusia
macam korang semua!
Wakaka!

PETANG - hampir dengan waktu asar

ketika itu badan dah penat
angkat gula sekilo pun dah macam nak tergeliat belikat
padahal tak pun kan wahai mamat!
ko jadi begitu sebab dah hampir masuk waktu solat
ko buat-buat penat sebab nak kelentong kawan-kawan yang ajak bersolat
kononnya memang dah tahap arghhhh la korang punya tak larat
padahal sifat malas tu dah bermaharajalela pada tahap yang melampau-melampau berat
akibat titik hitam dosa korang dah melekat kuat
di hati korang yang dah terbiasa dengan maksiat
ishhh3..ape nak jadi ni mamat
ehh..tadi nama Zombie asal tiba-tiba jadi mamat?
err..aku menaip dalam keadaan penat
haaaa..ini baru alasan yang orang kata berkat
sebab bukan pura-pura penat
errrrr..fuhhh..selamat..




LEWAT PETANG - setengah jam lagi nak berbuka


waktu tu perut pun dah tak larat nak bunyi
setengah jam dirasa seperti merentas beribu tahun di alam mimpi
chewaaaah ayat! metafora yang merapu tahap tinggi!
sedang korang melayan kebosanan diri
( memang agaknya korang selalu ek bosan ngan diri sendiri? )
maka tiba-tiba di TV ada la pulak rancangan realiti
takpun pasal gosip-gosip terkini
korang pun ape lagi
layan je la sampai tak sedar waktu berlalu pergi
kononnya itulah ubat kebosanan yang tahap paling tinggi
iaitu menonton TV
errrr..cik bang oiii
tak perasan ke bahawasanya waktu sebelum berbuka 
adalah salah satu waktu paling mustajab doa
jadi semestinya kita berdoa dan merintih kepadaNya
ketika itu juga!
bukankah ketika itu kemuncak kelaparan
jadi ketika itu jugalah tercabarnya tingkat kesabaran
maka dengan meningginya darjat dan tahap kesabaran insan
maka memungkinkan dia menerima rahmat dan keampunan Tuhan
jadi bengonglah kepada yang suka enjoy sini sana
lebih-lebih lagi ketika waktu hampir berbuka
ini semuanya kerja licik seorang sahabat lama
yakni Si Setan Durjana
yang sedang dirantai entah di mana
tapi sempat pula dia membisikkan kejahatan pada nafsu kita semua
untuk menggoda kita sampai ke Ramadhan yang terakhirnya


WAKTU BERBUKA - sedang azan maghrib


Errr..takyah susah-susah berbuka
pahala ko sejak daripada pagi sampai ke petang dah hilang semua
yang tinggal hanya lapar dan dahaga
dan juga kebebasan daripada tuntutan kewajibannya
itu SAHAJA
mana pahala, rahmat, keampunan dan kebebasan daripada API NERAKA?
errrr..TAK ADA!
diulangi sekali lagi ya..
TAK ADA!




~ To be continued ~







p/s : Selamat Berpuasa di tahap yang ke 2..semoga kita semua mendapat KEAMPUNAN dalam 10 hari pertengahan bulan ni..dan bersedia untuk merebut peluang bercuti ketika 10 terakhir Ramadhan..bercuti daripada azab api neraka di dalam pakej selama-lamanya..free of any charge!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...