Saturday, August 20, 2011

Ramadhan dah nak abis? Pecuuuut! Gedegaaang! Arghhhh!




Pecuuuuuuuuuut!
Gedegaaaaaannnnng! Dishhhhhhhhhhhhhhhh! Arghhhhhhhhhh! Kepala lutut akuuuuu!

Inilah dialog klise yang korang selalu dengar bila ada je adegan pecut memecut tanpa berfikir panjang terlebih dulu..Jap jap jap..macam ada bunyi lain yang tak sempat diulangtayang tadi..

Selepas dialog " Kepala lutut akuuuuu! " berkumandang kira-kira seminit lebih tiba tiba :

Ciiiiiiiit! Kiiiiiiiiiiiiiiiiik! Degannnnnnnnnnng! Lori pasir mana pulak ni oiiiiii! Arghhhhhhh!
Dan akhirnya Criitttt Criiitt Criiit ( bunyi cengkerik je kedengaran akibat suasana terlampau sunyi )..paham paham la kan? 

1. Woiii Zombie, ape ke bangang kaitan bunyi dialog kepala lutut, lori pasir dan bunyi dengkuran cengkerik tu? 
2. Apesal kali ni takde dialog bunyi Zombie? Wakaka!

Jawapan kepada soalan 1 : Ko ni sejak kecik mak bagi makan kepala ikan ek? Sebab orang tua kata IQ budak boleh down bila amal makan benda tu..Orang tua yang kata, bukan Zombie Insaf..wakaka eh eh! Camni..bila ko pecut motor tanpa berfikir panjang, maka besar kemungkinan untuk berlaku pertembungan dengan lori pasir ketika sedang asyik melakukan pecutan tu ( yela, bengong ape pecut tak pakai otak..errr..pecut pakai tangan dan kaki ek? sori bro )..pastu bila berlaku pertembungan dua hala semacam kes di atas maka antara bahagian yang berhak untuk hancur berkecai selepas GIGI adalah KEPALA LUTUT la..kenapa camtu? Mana Zombie Insaf tahu! Wakaka! Pastu bila lutut dah agak hancur tu maka darah akan terpancut tersembur secara otomatik dah menyebabkan otak korang tak dapat cukup oxygen dan bla bla bla dengan izin Allah..maka dengan perintah Allah juga maka KIOK/MATI/MAMPUS la ko dan selepas itu ko akan diseksa di alam kubur andai ko adalah ahli neraka dan kalau ko adalah ahli syurga maka nikmatlah ko di alam sana selamanya..bunyi cengkerik pun nak kena explain ke bro? tak payaaaah la..dah segan dah Zombie Insaf nak turunkan IQ ni untuk kali kedua..wakaka eh eh!

Jawapan kepada soalan 2 : Woiii..ni dah macam doakan aku kena langgar lori ni! Takde la, tak sanggup Zombie Insaf nak bayangkan ketika dah masuk kubur nanti apabila ditanya bagaimana ibadah terakhir Zombie Insaf sebelum mati maka jawapan yang 'terpaksa' dikasi adalah " Aku baca doa naik kenderaan je wahai encik malaikat ". Korang tak paham? Arghhhhh sudaaaaaaahh!

Jadi berbalik kepada mesej sebenar entri kali ni..Zombie Insaf cuma nak habaq maii yang apabila korang pecut tanpa berfikir panjang maka dikhuatiri akan menjahanamkan korang punya perjalanan tu..

1. Lorrrr..punya la pendek ko punya maksud tersirat tapi berjela jela tulisan tersurat ko ( Pannnng! Senyaaap! Tunggu aku habiskan dulu la oiiitt!! )

Sepertimana kita punya puasa yang dah masuk tahap keTIGA yakni 10 hari terakhir Ramadhan.maka PECUTAN AMAL sangat-sangat la diperlukan sekarang..yela, tahap keTIGA ni adalah tahap di mana ditawarkan " Pembebasan daripada api neraka "..Tapi ramai terlupa..yaaaaa..terlupa!

Antara syarat diterima sesuatu amal itu adalah :
1. Ikhlas - yakni ibadah atau amalannya itu HANYA lah kerana Allah! Takde campuran 'element' yang lain! 
2. Mengikut apa yang telah digaris dan ditunjukkan oleh Baginda Nabi - perlu ada contoh ataupun nas daripada Nabi..

Jadi dalam persaingan pecut-memecut ni ada baiknya 'carilah R&R' sebentar..kembali merenung dan mengamati apakah niat sebenar perbuatan ibadah kita itu..adakah betul betul keranaNya atau mungkin terselit atau tersimpul niat selain untukNya?? Jadi sesudah lepak-lepak sebentar di R&R renungan dan pencarian tu maka teruskanlah pecutan tu dengan segala kudrat yang dikurnia dengan sepenuh tenaga dan fokus hati, jasad dan minda! 

Bukan saje-saje Zombie Insaf membebel benda yang korang rasa 'alahaaaai masalah cikai je bro' tapi ketahuilah korang bahawa sesungguhnya antara orang yang MUFLIS di akhirat sana adalah antara mereka yang SALAH NIATNYA! Dan yang lebih sadiiiiis adalah mereka yang TIADA NIAT! Bak kata omputeh ' just follow the flow '...Kasihaaaaaan!

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.




Sunday, August 14, 2011

Kekasihku TERLAMPAU romantik bila..




Kekasih hatiku sangat romantik bila

Bila aku cuba SMS je maka dia akan berkata
Adakah perbuatan abang ni akan memberikan pahala berganda?
kalaulah perbuatan abang ni memberikan pahala yang tak terkira
maka dinda la orang pertama yang akan meREPLYnya
tapi andai ianya membawa kecelakaan dan dosa di akhirat sana
maka kita hentikan lah ini semua
dan carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata

Kekasih hatiku sangat romantik bila

Bila aku cuba call pula
maka si dia pun jawab dengan selamba
abang nak apa? nak dengar suara manja dinda?
adakah ia halal bagimu disisi kita punya Pencipta?
kalau ada walau satu ayat je dalam Quran yang mengatakan ianya halal bagi kita berdua
maka dinda la orang pertama yang melunakkan suara dinda
tahap meroyan cam orang gila pun tak apa
tapi andainya ia haram di sisi agama
maka baik abang letak telefon ini dengan kadar yang segera
dan telefonlah kembali andai dinda sudah sah menjadi milik kanda!

Kekasih hatiku TERLAMPAU la romantik bila

Aku cuba mintak dia punya gambar pasport pula
aku bukan apa alaaaah nak buat kenangan insan tercinta
tapi korang tahu tak ape yang dia kata?
Abang, sebelum kahwin ni jangankan gambar yang lawa-lawa
gambar yang jelas nampak jerawat batu dinda pun takkan dinda kasi punya
nanti dah kawin nanti abang nak picit jerawat batu dinda pun TAK APA
DINDA RELA!


Kekasih hatiku MELAMPAU-LAMPAU romantik bila..

Aku cuba mengajaknya untuk makan bersama
yela kan, nak la juga tatap air muka
takpun tatap tumit kaki pun kira jadi laaa
rindu punya pasal kat si dia
tapi boleh pula dia cakap camni haaa
Abang, gila ke apa!
mula-mula nak jumpa
pastu nak buat-buat tertumpah kuah ayam kurma kat baju dinda
dengan muka berlagak simpati buat-buat la pula nak sapu dengan abang punya tisu muka
pastu tersentuh la dinda punya kulit dengan cara yang TAK SENGAJA
mula-mula tak sengaja tu tak apa laaa
tapi lepas tu mula la berani raba sini raba sana
cuit sini cuit sana
abang tu agak-agak dah confirm ke jadi ahli syurga?
sampai sanggup buat perangai ahli neraka?
aku pun " errrrrrk! " je la..

Kekasih hatiku TERLAMPAU tahap arghhhhhhhhhh keromantikannya bila..

Aku ajak la kahwin dengan kadar yang amat segera
boleh pulak dia tanya
abang dah belajar bab haid, nifas dan segala jenis benda tentang Feqah wanita?
nanti dah kawin apa benda pertama abang nak suap pada anak-anak dinda?
Harta atau Agama?
Kalau nanti dinda dah jadi isteri dan tiba-tiba ajal dinda pun tiba
maka sanggup tak abang nak kena soal di alam sana
tentang tanggungjawab abang yang belum dilunaskan kepada dinda?
dan bersediakan abang ditarik ke neraka oleh dinda dan anak-anak kita di akhirat sana?


Aku yang tengah tension pada tahap yang WARGHHHHH terus membidas balik si dia
yang awak ni daripada tadi melayan saya
berjam-jam berdialog takpe pula?

maka si dia pun terus " Errr...dinda lupa!"
Dinda pergi dulu ya
carilah dinda di kala perkahwinan sudah jelas di depan mata
jumpa lah dinda punya ayah bonda
insyaAllah jika Allah merestui hubungan abang dan dinda
maka Dia akan mengangkat martabat hubungan ini ke alam perkahwinan yang dikatakan ' menyempurnakan separuh daripada agama kita '
Jangan pernah meminta cinta dari dinda
tapi mintalah ia pada Pemilik cinta dinda
iaitu Allah Sang Pencipta
Pencinta segala cinta
daaaa!





Friday, August 12, 2011

Diari Manusia Bengong di Bulan Ramadhan





Apabila korang dah jadi Zombi
yakni seorang manusia yang mati hati
akibat dosa yang dah naik karat dan berdaki
fuhhh dasyatnya aku punya story nak habaq maii..
maka korang pun akan jadi seperti ini

PAGI - sebelum ayam bangun pagi

Korang terdengar sayup-sayup suara orang mengaji
tengok jam alaaaah baru pukul 3 pagi
korang pun ape lagi
terus tarik selimut sambil mulut membebel menampakkan alur gigi
" Ganggu betul! Jin sesat mana nak sakat aku pepagi buta ni! "
Inilah perangai bangang Si Zombi
tahukah korang bahawa terjaganya korang di tengah pagi
adalah salah satu 'panggilan' Ilahi
untuk korang bangun bermunajat atas dosa yang dah melampau tahap tinggi

PAGI - sesudah ayam berkokok pagi

korang walaupun buat-buat pekak masa tu
aku tahu korang dengar azan beralun merdu tu
tapi bagi korang ianya seakan mendengar bunyi Bom Atom yang sedang menggegarkan kubu
Arghhhhhh!
Bunyi teriakan nafsu yang mendengus mahukan tidur yang lebih selesa di waktu itu
Paangggg! Aku pun tak teragak-agak menampar Si Nafsu itu
walaupun berbekas merah tamparan kakiku di dahimu itu
tetapi percayalah kawanku!
yang ku tampar tadi adalah nafsumu itu!
bercampur dengan amarahku terhadapmu
akibat dengkuran tidurmu yang dah tahap bunyi puaka yang kena palu
Wakaka kukuku!
Aku dah mula merapu..

Pagi - Sesudah 30 minit selepas waktu subuh berlalu

Ahhhhhhh! Kurma Madu!! Teh susu! Nasi dan budu!
Owhhhh...sahur dah berlalu?
Pannngggg! 
Maafkan daku kawanku..
tamparanku yang kedua ini adalah untuk meberitahumu
bahawasanya
WAKTU SUBUH DAH ABIS LA MANGKUK!
Ooo..SAHUR nak! PUASA nak jugak! Solat taknak!
Paannnggg! 
Owhh..terima kasih di atas tamparan balasmu itu wahai temanku..
cissss!

TENGAH HARI - ketika matahari terpacak tinggi

Fuhh! Letihnya tak sahur tadi
perut dah bunyi keroncong tak henti-henti
tapi bila lalu je sorang betina seksi
dengan gaya free hair dan berkain sendat yang mendedahkan bulu kaki
tak semena-mena bunyi perut tu boleh berenti
aikkkk!
mulut pula yang tiba-tiba berbunyi
phewiiiiittttt!
jalan sorang-sorang je wahai awek seksi?
tak takut ke kat perogol bersiri?
jangan la pakai tersangat seksi
runtuh iman abang ni
nak terkam pun boleh batal pose nanti
hihihi!
BENGONG!
yang ko dah tahu puasa buat apa tenung betis si betina tu tak henti-henti?
tahukah kamu bahawa puasa tu bukan sekadar tahan lapar dan dahaga
tapi juga puasa menuntut kita menjaga mulut, MATA, dan telinga
dan juga lain-lain anggota
daripada terjerumus dalam melakukan dosa dan benda sia-sia
memang la menjadi si betina seksi tu dah dapat dosa percuma
tapi bila korang pun tenung dan enjoy dengan tayangan bulu kakinya secara begitu sahaja
walaupun bulu kakinya takde la lentik mana
maka dosanya terpalit pada korang jua
macam korang renung tahi manusia la..
lama-kelamaan kan..
lama-kelamaan kan..
errrr...aku merapu lagi rupanya
takde kerja aku nak renung tahi manusia
macam korang semua!
Wakaka!

PETANG - hampir dengan waktu asar

ketika itu badan dah penat
angkat gula sekilo pun dah macam nak tergeliat belikat
padahal tak pun kan wahai mamat!
ko jadi begitu sebab dah hampir masuk waktu solat
ko buat-buat penat sebab nak kelentong kawan-kawan yang ajak bersolat
kononnya memang dah tahap arghhhh la korang punya tak larat
padahal sifat malas tu dah bermaharajalela pada tahap yang melampau-melampau berat
akibat titik hitam dosa korang dah melekat kuat
di hati korang yang dah terbiasa dengan maksiat
ishhh3..ape nak jadi ni mamat
ehh..tadi nama Zombie asal tiba-tiba jadi mamat?
err..aku menaip dalam keadaan penat
haaaa..ini baru alasan yang orang kata berkat
sebab bukan pura-pura penat
errrrr..fuhhh..selamat..




LEWAT PETANG - setengah jam lagi nak berbuka


waktu tu perut pun dah tak larat nak bunyi
setengah jam dirasa seperti merentas beribu tahun di alam mimpi
chewaaaah ayat! metafora yang merapu tahap tinggi!
sedang korang melayan kebosanan diri
( memang agaknya korang selalu ek bosan ngan diri sendiri? )
maka tiba-tiba di TV ada la pulak rancangan realiti
takpun pasal gosip-gosip terkini
korang pun ape lagi
layan je la sampai tak sedar waktu berlalu pergi
kononnya itulah ubat kebosanan yang tahap paling tinggi
iaitu menonton TV
errrr..cik bang oiii
tak perasan ke bahawasanya waktu sebelum berbuka 
adalah salah satu waktu paling mustajab doa
jadi semestinya kita berdoa dan merintih kepadaNya
ketika itu juga!
bukankah ketika itu kemuncak kelaparan
jadi ketika itu jugalah tercabarnya tingkat kesabaran
maka dengan meningginya darjat dan tahap kesabaran insan
maka memungkinkan dia menerima rahmat dan keampunan Tuhan
jadi bengonglah kepada yang suka enjoy sini sana
lebih-lebih lagi ketika waktu hampir berbuka
ini semuanya kerja licik seorang sahabat lama
yakni Si Setan Durjana
yang sedang dirantai entah di mana
tapi sempat pula dia membisikkan kejahatan pada nafsu kita semua
untuk menggoda kita sampai ke Ramadhan yang terakhirnya


WAKTU BERBUKA - sedang azan maghrib


Errr..takyah susah-susah berbuka
pahala ko sejak daripada pagi sampai ke petang dah hilang semua
yang tinggal hanya lapar dan dahaga
dan juga kebebasan daripada tuntutan kewajibannya
itu SAHAJA
mana pahala, rahmat, keampunan dan kebebasan daripada API NERAKA?
errrr..TAK ADA!
diulangi sekali lagi ya..
TAK ADA!




~ To be continued ~







p/s : Selamat Berpuasa di tahap yang ke 2..semoga kita semua mendapat KEAMPUNAN dalam 10 hari pertengahan bulan ni..dan bersedia untuk merebut peluang bercuti ketika 10 terakhir Ramadhan..bercuti daripada azab api neraka di dalam pakej selama-lamanya..free of any charge!



Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan : Aneh, Pelik & Misteri Tetapi Benar



Tahukah korang banyak benda-benda ajaib dan misteri di sekeliling korang? Tak tahu? Fuhh..misteri sungguh..kenapa korang boleh tak tahu ni? Fuhh..misteri sungguh..kenapa Zombie Insaf boleh tahu benda-benda misteri ni? Fuhhh..misteri sungguh! Arghhhhhhhhh! Kenapa la Zombie Insaf merapu meracau dengan misteri misteri yang korang semua pun masih misteri dengannya semua? Fuhhhh! Misteri sungguh! ( Tiba-tiba rasa cam orang bodo je ulang ayat-ayat yang sama )..Jangan gelak! Sebab entri kali ni adalah sungguh misteri..jadi yang hanya perlu korang buat adalah membaca dengan penuh serius..yaaa..serius! Seumpama korang sedang berak..dengan kerutan di dahi, mulut yang terkunci dan semangat yang berapi api dengan peluh menitik mengalir sampai ke bulu kaki maka bacalah entri ini dengan penuh keinsafan di dalam hati..kalau serius sangat baca sampai tak mampu nak insaf tu lantak korang larrr..wakaka!

Ni antara benda-benda aneh yang sering berlaku di sekeliling kita tetapi mata hati kita tetap buat bodo je dengan semua benda-benda aneh, pelik dan misteri ni semua..kenapa mata hati pun boleh jadi bodo dan buat-buat bodo..haaaa, ni la misteri yang sedang kita nak gali..di akhir entri nanti Zombie Insaf bagitahu rahsia tuuu..tungguuuuu!

1. Tahukah korang satu fakta menarik ni..Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni antara benda yang mampu membuatkan Ramadhan korang berlalu dengan sia-sia adalah kerana angkara 2 bahagian tubuh yang misteri ni, MULUT dan juga MATA..misteri? Yaa..memang misteri! Tanyalah lelaki apa yang mereka buat dengan MATA ketika sedang mengUSHA 'kuih muih' di bazar Ramadhan! ( manis kan kuih muih kat sana kan cik abang? )..Tanyalah si perempuan apa yang mereka bualkan dengan MULUT diorang ketika sudah bosan menonton carakerama dan telenovela ketika waktu petang sedang menjelang..

2. Ada sejenis makhluk yang dikatakan sangat misteri wujud di permukaan bumi ni..makhluk ni dikatakan mempunyai IQ yang lebih bodoh daripada lembu dan kambing..tetapi mengaku macho dan hensem melampaui jejaka kacak bergaya seperti Zombie Insaf ini..haikkkk ptuihhhh! Durjana sungguh tuduhan melulu tersebut! Makhluk ini dikatakan tinggal dan hidup bersama-sama kita semua tetapi sangat bodoh dalam membuat keputusan dalam kehidupan..mereka ni PUASA di bulan Ramadhan tetapi TAK SOLAT! Bodoh tak? Ehh..misteri tak? Macam orang bodoh yang rancang nak buat rumah beratap asbestos yang mahal dan berkualiti dengan perabot yang diimport dari kepulauan seberang negara ( kononnya terlampau mahal dan berkualiti ) tetapi terlupa nak buat tiang! Tu yang jadi rumah puaka tuh! Korang tak paham ke apa yang Zombie Insaf bebelkan? Haaa..misteri tu..sungguh misteri tahap IQ korang..wakaka!

3. Misteri ini berlaku di seluruh dunia terutamanya pada bulan puasa ni..ramai orang dah terjebak dalam pemikiran aneh, pelik dan misteri ni..ape tu? Ni haaa..pemikiran yang menyangka bahawa puasa ni cuma menahan lapar dan dahaga SAHAJA sampai waktu buka puasa..Wahai adik kakak abang abang ipar mak sedara nenek tiri arghhhhhh banyaknya nak sebut semua, tahukah korang bahawa ibadah puasa bukanlah semata-mata menahan diri daripada makan minum sahaja..ianya meliputi korang menahan mata daripada melihat aurat dan benda-benda yang membawa dosa, menahan mulut daripada mengumpat dan mengata, menahan tangan daripada raba sini sana dan buat benda-benda yang melalaikan kita dan banyak lagi..jadi seluruh tubuh la korang kena tahan daripada berbuat benda-benda yang membawa kepada dosa! Paham! Inilah puasa yang sebenar..kesian la korang punya la dahaga dan lapar dah tahap Zombie yang dah tak jamah urat daging manusia buat jangka masa yang lama tapi datang je betina seksi tayang peha dan bulu kaki percuma korang terus tewas dengan godaannya..sia-sia beb!

4. Korang perasan tak salah satu keanehan dan kepelikan yang melanda diri kita tatkala waktu berbuka sudah hampir tiba..tiba-tiba je ada je siaran TV yang sangat menarik dan menyegarkan minda..ada je aktiviti lagho yang buat kita melupakan lapar dan dahaga..tu la petanda korang dah kena tipu dengan silap mata setan! Tahukah korang antara waktu mustajab doa adalah ketika waktu berbuka sudah hampir tiba..seorang Alim pernah berpesan pada Zombie Insaf..Kalau boleh masa nak berbuka tu munajat betul-betul dengan Allah..berdoa penuh fokus..sebab ketika itulah kemuncak kelaparan dan kemuncak nafsu yang membuak-membuak memikirkan kuih-muih dan lauk pauk yang bakal disantap..jadi kepada yang mampu melawan, yeahhhh di situ ada kejayaan sebenar korang dalam berpuasa seharian tu!

5. Korang rasa bengong tak tatkala korang punya la pakai minyak wangi seharian.katanya petang nanti nak jumpa bakal mak mertua.bermacam jenis minyak wangi korang sapu..ada minyak jenama Poison la Dunhill la Seribu Bunga pun ada..ada yang meroyan tu minyak lintah pun jadi pilihan..yela, demi kewangian berpanjangan bak kata sabun pencuci @##$*^ ( kena sensor sebab taknak syarikat tu dapat iklan percuma..wakaka! )..berbalik kepada fakta di atas..punya la korang sapu minyak wangi sini sana kan..kononnya untuk kewangian berpanjangan bak kata arghhhhhhhh ape la Zombie Insaf ulang ayat sama nih..pastu tiba-tiba korang dah sampai depan rumah mak mertua dah tiba-tiba crittttt kruittttt psiiitttt laaaa rupanya korang tercirit birit di depan mak mertua tercinta korang tu.bapak laaa bau bangkai kot.apa lagi, status korang tu konfem kena tukar jadi bakal menantu durjana la! Wakakaka! Begitu juga puasa, korang punya la tahan hawa nafsu daripada pagi sampai ke petang, bunyi je Azan semua jenis juadah korang tibai..semua jenis VCD haram korang tonton..yela, korang anggap dah buka puasa tu semua yang haram jadi halal la? Lepas perut dah tahap mengandung tu agak agak ada hati lagi tak nak solat berjemaah lepas tu kat surau berhampiran? Taaaaakkkkkk la kan? Misteri yang bengong! Puasa dah bagus tetapi solat jemaah taknak pergi.hampeh beb! Lagi misteri bila korang dengan selamber soal Zombie Insaf balik, solat berjemaah tu wajib ke? Suka hati aku la..errrk!

Jadi kepada yang masih terasa bahawa mati hatinya masih terasa bodoh dengan kemisterian dan keanehan yang melanda ni ataupun rasa macam agak tak 'misteri' je benda-benda ni semua maka korang kenalah tahu bahawa DOSA lah penyebabnya mata hati kita jadi BUTA..yang salah kita pandang betul, yang khianat kita pandang amanah, yang keji kita nampak macam agak terpuji je ketahuilah ketika itu mata hati korang sedang BUTA dengan palitan DOSA..


p/s : Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni Zombie Insaf nak mintak bebanyak kemaafan daripada hujung bulu kepala sampai hujung bulu kaki andai ada tersalah tersilap terlampau termengata terumpat termaki dan arghhhhhhhhh banyaknya nak kena minta maaf..wakaka!
Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK!

Tuesday, July 19, 2011

"Air yang tenang jangan disangka tiada dompet Crocodile"





Sebelum ni mesti korang dah terbiasa dengar peribahasa Melayu yang ni kan " Air yang tenang jangan disangka tiada buaya "..Dulu masa kecik-kecik dulu Zombie Insaf ada jugak terfikir kan apekebenda la maksud peribahasa ni..apesal air yang tenang dikaitkan dengan si buaya? Dan kenapa hanya buaya yang berada di dalam air yang tenang? Bukankah buaya juga berkongsi habitat dengan binatang buas, kejam dan berbisa yang lain seperti ikan piranha, ular anaconda dan naga Tasik Chini..kenapa takde pulak orang buat peribahasa " Jangan disangka air yang tenang tiada ikan piranha,anaconda dan juga naga " ? - jangan gelak.tak lawak pun..wakaka!


Ok..kembali kepada mode serius : ON


Korang hafal peribahasa Melayu ni pernah tak cuba ambik maksud dan pengajaran tersirat daripada peribahasa peribahasa tersebut? Ke main redah je hafal?
Maksud peribahasa Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya adalah - jangan memandang rendah sesuatu yang nampak takde apa-apa kerana ada kemungkinan ada bahaya di sebaliknya..ini cara fikir zaman Melayu dulu! Sekarang ada juga antara korang yang kata bahawa kita sedang melangkah ke Wawasan 2020 kan? Ada juga yang pertikai pemakaian tudung la purdah la dan juga mempertikaikan penggunaan HUKUM ALLAH seperti hudud, qisas dan sebagainya atas alasan dulu zaman jumud dan tidak sesuai lagi benda benda jumud ni pada zaman era globalisasi sekarang..Jadi Zombie Insaf bukan nak cakap pasal hukum hakam dari Allah ni ( buat masa sekarang ) cuma Zombie Insaf rasa kalau betol korang nak maju sangat cara pemikiran tu Zombie Insaf cabar korang untuk memiliki daya fikir dan daya ketajaman fokus yang luar biasa melebihi 'orang orang jumud' zaman sekarang ni..ada berannnni? ( mode Zombie Insaf Mencabar : ON )


Dulu Tun Mahathir pernah mengajak kita untuk memandang ke Timur dengan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 8 Februari 1982.katanya kita kena mencontohi orang orang Jepun dan Korea dalam segala bidang.Katanya itulah cara bagaimana bangsa Melayu ni boleh menjadi satu bangsa yang disegani dunia..dan kalau korang perasan la kan, orang Jepun ni adalah antara bangsa yang dianugerahkan kepandaian dan kepintaran dalam memikirkan sesuatu di luar kotak pemikiran orang-orang bengap seperti kita ni..
( sindiran membina..tak perasan tu buat-buat perasan sudah la ye ) 


Jadi korang nak sangat maju dan tidak jumud kan, jom kita cuba tiru orang Timur tu dalam cara memandang dan berfikir..kembali kepada perbincangan asal di awal topik entri ni..Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya..dah tahu apa maksud peribahasa ni kan? Jadi untuk menjadi orang hebat, jangan kita fikir dan bertindak mengikut apa yang disuap sahaja..contohnya macam korang tiba-tiba jadi yatim piatu akibat sebab musabab yang arghhhhhhh malas nak tulis panjang-panjang..pastu kan korang dijaga la seorang perompak atas sebab musabab yang arghhhhhh malas lagi nak tulis panjang-panjang pastu kan tiap-tipa kali lepas dia rompak rumah orang dia pun belikan la makanan berkhasiat untuk korang..siap suap pulak tu..nyummy! enak dan sedap! tapi itu masa korang masih bengap dan kecil sebab tak reti apa-apa..nak bezakan susu lembu dengan lembu susu pun masih tak mampu kan..alaaah baby la katakan! Tapi itu dulu! Lepas dah baligh dan dah reti beza baik buruk, halal haram, maka masa tu korang kena la pandai berfikir sendiri bahawa makanan yang penjaga korang asyik suap tu adalah bersumberkan daripada sumber haram..gelap hati nanti! Doa pun Allah tak terima! Jadi takkan nak benarkan korang disuap camtu lagi kan?


Jadi seperti juga korang disuap dengan ayat peribahasa " Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya "..jangan lagi berfikir seperti baby yang hanya berfikir mengikut apa yang disuap..sudah sampai masanya korang cuba berfikir di luar kotak seperti orang-orang hebat kat atas muka bumi ni..Jika korang hebat, sepatutnya sudah sampai masanya kita bukan hanya melihat 'buaya' di air tenang itu..tetapi yang sudah sepatutnya korang nampak dan lihat di dalam air yang tenang itu adalah dompet Crocodile, tali pinggang Crocodile, ibu induk pembiakan binatang terancam dan juga benda-benda lain yang Zombie Insaf rasa korang lebih mampu untuk memikirkannya..kan manusia berIQ tinggi semua? 




Korang nampak tak benda yang sering manusia biasa tak nampak? Ya, PELUANG! Inilah yang membezakan manusia biasa dengan manusia 'luarbiasa'..orang kita ni hanya ambik peduli benda benda besar dan hebat sampai lupa dan ambik ringan benda benda kecil camni..seperti juga peribahasa " Menangguk di air keruh "..Orang biasa hanya melihat air keruh semata mata..tapi orang hebat lihat apa? Di sebalik air keruh! Ya, mungkin disitu ada ikan haruan, ikan keli, ikan talapia dan bagi yang lebih hebat mungkin akan mendapati adanya ketulan ketulan kecil emas yang apabila ditangguk dengan penuh kesabaran dan mungkin memerlukan sebuah pengorbanan akhirnya yang mereka dapatkan adalah longgokan keuntungan yang mungkin berpanjangan!




1. Zombie Insaf..errrr..aku tak suka la entri berat camni..( bila otak hang tu dah lama tak berfungsi sebab malas nak pikir, Zombie takut satu hari nanti otak hang tu jadi kecut..wakaka )


2. Siapa yang paling berjaya kat dunia di bro? Ko pilih Bill Gates ke Osama bin Laden? ( Tak kisah sape-sape pun..korang akan jadi paling berjaya apabila korang dah boleh jejakkan kaki kat syurga nanti..tu pun kalau jejak la..ada Zombie Insaf dengar perempuan tak tutup aurat secara sempurna ni nak bau syurga pun da tak boleh..ada hati nak jejak syurga ke bro kalau nak bau pun dah tak boleh? Setahu Zombie Insaf la bau syurga ni boleh dihidu pada jarak 500 tahun perjalanan..sebulan berjalan pun dah boleh lintas sempadan negara.kalau setahun? kalau seratus tahun? kalau seratus tahun tu dikali pulak dengan lima? arghhhhhhhhhhhhhhhh! Dasyatttt! )




Jadi belikat pun dah naik lenguh, jari jemari pun dah mula nak pancit..so stop sini je la dulu ye..sebenarnya panjang lagi bab nak hurai tentang PELUANG..jadi pesanan Zombie Insaf adalah :


" PELUANG adalah bukan untuk ditunggu dan dinantikan tetapi PELUANG adalah untuk dicipta dan dihasilkan..Jangan pernah takut mencari PELUANG kerana takut sebelum berjuang umpama berak di tengah jalan kerana takut untuk membusukkan jamban "

~ sekian ~


p/s : entri kali ini menggunakan simbolik yang tajam, kejam dan dalam..hanya terpilih je sanggup memahaminya..Entri ini adalah sambungan untuk entri sebelumnya..kalau entri ni korang anggap berat, baca je entri sebelum ni..senang sikit nak hadam..

p/s : binalah kejayaan dengan penuh takwa..itulah kejayaan hakiki yang dicontohi baginda Nabi..

Selama ni korang tunggu peluang je?








Pernah tak korang dengar orang mengeluh " Aduhhh, aku bukan apa..aku cuma tak diberi peluang je..Aku akan tunggu sampai peluang tu datang "..mungkin juga korang pernah mendengar orang membebel camni " Aku tak kira! Aku akan tunggu sampai peluang tu datang! "..Tunggu? Jadi hidup korang sekarang ni hanyalah menunggu peluang untuk datang? Macam pungguk rindukan bulan? Jap jap, tukar ayat sikit..macam Neil Armstrong tunggu kapal angkasa siap untuk pergi ke bulan? ( arghhhhhh! Makin bengong otak korang untuk paham kan? )


Korang nak tahu tak apa itu peluang?
Peluang tu lebih kurang camni..




........................................................
......................................
.........................
...............
........
....
..
.  




Anonymous :  Ape ke bebal Zombie Insaf ni..cam orang bodoh je aku tengok titik titik ni..


Si Bebal, inilah peluang! Cuba korang tengok titik tu..dulunya panjang..semakin lama semakin pendek dan berkurang..akhirnya HILANG! Begitu juga peluang..kalau korang tak berusaha mencari dan menguasainya..maka akhirnya ia akan hilang camtu je..macam jugak dengan kes kat bawah ni..


........................................................................................................................


titik ni akan terus memanjang andai Zombie Insaf BERUSAHA untuk menyambungkannya..dan Zombie Insaf ni bukannya rajin sangat,maka korang sambung la sendiri..


Jadi kepada yang 'slow' dan tidak mempunyai IQ yang mencukupi ( mungkin akibat genetik mak bapak, akibat terlalu banyak tengok aurat, akibat banyak ingat awek dan balak, dan mungkin juga tak ikut petua orang soleh soleh yang tak suka pandang walau 'anu' sendiri!- selalu lihat 'anu' dan tahi sendiri boleh melemahkan ingatan ), maka apa yang Zombie Insaf nak sampaikan adalah PELUANG tu ada di mana mana andai korang BERUSAHA untuk mencarinya..jangan menunggu peluang! Kerana itu sifat orang yang tewas..tetapi CARI dan BENTUKlah peluang itu..jangan mengatakan takde peluang hanya kerana ingin menutup sifat keMALASan korang tu..ingat..peluang itu ada di mana mana..dan entry kali ni pun hanya dimulai dengan satu perkataan, dan akhirnya apabila Zombie Insaf memerah keringat dan kepala hotak ni maka ianya akhirnya menjadi satu entry yang agak panjang..Ya, hanya bermula dengan satu perkataan, yang dihurai hurai, disambung sambung dan dipanjang panjangkan yang akhirnya membentuk satu peluang untuk Zombie Insaf berkongsi ilmu bahawa peluang itu selalu ada..korang masih tak paham? Lantak korang larrr..wakaka! ( Zombie Insaf berpegang dengan pendapat bahwa - IQ masing masing, punya cara dan tahap yang berbeza! )







p/s : sape sape masih tak paham..silalah cari peluang untuk amik ujian IQ ye nanti besok lusa..takpun tunggu je peluang tu datang sendiri..wahaha!

Saturday, July 16, 2011

Filem Blockbuster Ini Akhirnya Dihentikan Kerana Semua Hero Dah Mati..



KLang Gangster






Scene  : Dua kumpulan Gangster bertemu
Lokasi : Rumah pelacuran bertaraf dunia di sekitar Klang

Dragonair : Lu apa macam? sihat ka? Muka sudah macam itu Zombie..tarak takut mati ka?


KingKong : Ko tu cakap elok-elok la sikit..datang rumah pelacuran aku ni beradab la sikit..tak pernah baca hadis ke? Siapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia tu hormat tetamu! 


Dragonair : Lu ini cakap selupa itu macam orang politik maa..bodoh sampai ke tulang hitam cikgu BM wa cakap..itu cakap tarak selupa bikin..satu lagi gua mahu kasi tahu lu..gua ni Buddha la ngong! 


KingKong : Arghhhh! Sudah sudah! Korang semua ni sangap ape sampai berpuluh orang datang sini? Korang ingat ni pasar malam? Blah blah! Berambusss!! Jangan sampai tapak kasut aku yang naik berpidato..naye korang!


Dragonair : Bravo..Bravo..(sambil tepuk tangan dengan gaya macho)..Gua respect sama lu..lu olang rajin maa..sama macam itu babi..banyak Ong maa..tapi ini hari gua maw rembat lu punya tempat..itu hari lu punya olang sudah kasi kacau sama gua punya tempat maa..ini hari kita kasi fair..amacam? ( Kening diangkat angkat dengan mulut hembus asap rokok cap Dunhill )


KingKong : HAHAHAHAHHA ( Gelak setan )..Senang senang mintak aku punya port? Ingat kepala hotak aku sama taraf dengan ko punya siku? Ini KingKong maa..Gang! Ready! Kita kasi hancur sama ini orang! Seraaaaaannnnggggggg!




>>> Akhirnya..Selepas menang besar..


Dragonair : HAHAHA (apabila orang kapir gelak mengalahkan setan)..akhirnya ini tempat gua yang punya..HAHAHHAHA ( gelak kaw kaw giler )..lepas ni lu olang semua jangan kacau gua punya bisnes..kalau tak gua kasi pancung lu punya barang..bagi anjing gua makan! HAHAHHAHA.....erkk...arr....ahh.....Debuuk!




>> Bodoh! Akhirnya taiko Gangster ini disahkan mati sakit jantung..tiba-tiba je pulak tu..Bengong! Punya la susah berlawan bergaduh berkelahi nakkan kuasa..dah dalam genggaman tapi mati camtu je?






Hikayat Merung Mahasanwa



Scene : Ketika berjumpa kekasih hati, anak tok gurunya..
Lokasi : Di tepi pokok ubi 


Merung : Oh dinda..mengapa bersedih?


Melati : Dinda dirogol Si Panglima Hitam sewaktu kanda ke luar negeri 2 purnama yang lalu wahai kanda..


Merung : Durjana sungguh si bajingan itu! Aku ku pasakkan tombak beracun ini ke tumitnya suatu hari nanti! 


Melati : Owh Kanda..my macho Boyfriend!


Merung : Ke sini dinda..ke sinilah dinda..


>> Akhirnya adegan peluk memeluk pun bermula..dengan si hero hanya bercawat sahaja dan si heroin berkemban kononnya bertema alam kuno..maka...


Merung : Arghhhhhhh!


Melati : Kenapa kandaku sayang?


Merung : Tak nampak ke tombak kat belakang aku ni bodoh!


Melati : Oppss!


Si Panglima Hitam : Bodoh! Mentang-mentang aku hitam, tak nampak pulak aku waktu malam malam camni..rasakan!




>> Tengah syok berpeluk sakan..akhirnya..mati tiba tiba di tangan Si Panglima Hitam..bengong kan? Bila si hero mati dalam pelukan wanita yang masih haram..sadisnya cerita..





Adman Sempit



Scene : Tengah mengorat bos perempuan yang cun yang sedang stress bila tayar BMW pancit


Lokasi : Depan kedai Mee Sup Utara





Adman : Haiii boss..watpe tu?


Bos : IQ tu kalau boleh jangan slow sangat boleh tak? Dah nampak saya tengah tukar tayar kereta ni takkan awak nampak saya ni macam tengah lunch dengan client!


Adman : Err..maaf bos..mak saya yang selalu cakap saya bodoh..sampai ke tua camni la jadinya..Bos, tumpang saya nak tak?


Bos : Tak hingin aku! Motor buruk! 




>> Tiba-tiba handphone Blackberry si Bos berdering dengan ringtone lagu Maher Zain versi Melayu, Terima Kasih Allah..


Bos : Ye..hello..owhh.sori la..Kereta I buat hal la..You tak boleh tangguh meeting tu ke? Alaaa..ermm..ok la..I datang sekarang..Adman, yela3..saya naik motor awak..cepat sikit ye..ada Dato' tengah tunggu ni..


Adman : Ok la bos yang comel..for you, I will do anything!


Vroooooom!


>> Akhirnya Si Bos yang angkuh anggun tu pun cair la dengan mamat sempit ni..dan berbonceng la mereka ke tempat meeting si Bos tu..siap dakap lagi Si Bos ni..tak sabar sabar..yela, si Bos dah berumur kan..si mamat sempit ni baru 20-an, dada bidang, misai seciput, melambangkan kemachoan jejaka hampeh akhir zaman..maka akhirnya..


Adman : Bos, peluk kuat sikit..saya bawak laju ni..saya cuba pecut lagi ye..Vroooooom! ( Tersengih-sengih kera la dua ekor makhluk ini di atas 'motor cinta'...


Bos : Admaaaaaan!!!!


Adman : Ye bos ku sayang!


Bos : Uhh..lambat!


Adman : Owhh..lori pasir rupanya...


>> Akibat kegagalan si Adman untuk memahami petunjuk si Bos yang sedang memeluk erat pinggangnya mengakibatkan keduanya dirempuh lori besar yang membawa muatan berlebihan pasir Sungai Klang..yang tinggal akhirnya adalah ketulan daging yang susah nak dicam milik siapakah gerangan cebisan-cebisan yang berselerakan..akhirnya tanam sekaligus! Senang! Mati dalam berpelukan?! Bengong punya filem!




MOTIF : KEMATIAN ITU AKAN MENJEMPUT ANDA..WALAU ANDA SEDANG SHOOTING FILEM SEKALIPUN..diambil daripada ayat asal - kematian itu akan datang walau korang tak bersedia..dan ianya boleh datang di mana mana..maka sia-sia la korang yang mati ketika sedang syok dengan 3 TA ni..


1. harTA
2. waniTA
3. takhTA




p/s : Ingatlah orang yang tersayang! Hati-hati shooting filem!


p/s : Gambar di atas sekadar gambar hiasan..dan kepada sesiapa yang tak paham motif entri kali ni..sila buat-buat paham kerana IQ setiap orang itu berbeza! Wakaka!

Wednesday, July 13, 2011

7 Teknik Berkesan Untuk Dirogol : Hanya Untuk Pembaca Wanita Sahaja!





Bahaya! 
Statistik kes rogol semakin menurun! Ini adalah petanda bahaya..satu petanda yang menunjukkan bahawa pekerjaan doktor, polis dan lain-lain jenis pekerjaan semakin berkurang..Maka mungkin suatu hari nanti negara kita takkan memerlukan lagi polis untuk menyiasat kes rogol dan juga negara juga mungkin takkan memerlukan lagi doktor untuk membuat post mortem terhadap janin dan bayi yang sebelum ini bersepah digonggong anjing dan bermain-main di tali air ataupun longkang yang berhampiran..Kemungkinan besar pekerjaan yang bersangkut paut dengan kes rogol akan pupus dan lenyap ditelan zaman!


Situasi ini sangat merbahaya kepada kerajaan Malaysia! Jadi kepada wanita wanita di luar sana..jom ikuti teknik teknik di bawah sebagai suatu sumbangan dan pengorbanan korang sebagai satu tanda cintanya korang kepada tanah air tercinta ini demi mengelakkan Malaysia kehilangan sektor pekerjaan yang penting dalam membina sebuah negara yang maju dan bertamadun.




PERTAMA : Untuk menjayakan misi mengorbankan diri untuk negara ini memerlukan korang bekerja keras di luar rumah..Jadi sebelum keluar rumah itu kalau boleh pakaian tu jangan la tutup sangat..Ustazah ni tidak sesuai untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab ini..maka sebelum keluar tu pastikan pakaian tu tidak terlalu longgar, sedikit sendat dan tudung tu WAJIB kecik dan tidak menutup dada supaya ianya tidak mengganggu pergerakan korang demi memperjuangkan nasib tanah air tercinta ini.Teknik persiapan seperti ini jarang diajar kepada orang biasa..

KEDUA : Jangan keluar sorang-sorang! Bahaya! Kalau boleh keluar la berdua..keluar dengan pakwe ke pacar ke BF ke..apa lagi kata ganti nama kepada pasangan tidak halal ni? Apa-apa je la kan..masa keluar tu alaaa pegang la tangan pakwe tu ketat-ketat..muka tu jangan la ketat pulak..cuba senyum manja...^__^ haaa camni..

KETIGA : Dah keluar tu takkan taknak makan bersama kan? Cuba tunjukkan kasih sayang seorang kekasih kepada kekasih tidak halal korang tu..suap dia! ok? Pastu dengan muka mencebik cakap camni " Alaaaa baby ni, mam cam baby..comot cungguh..meh ayang nak tesat "..( ini bahasa manja kekasih..lu orang ape tahu )

KEEMPAT : Lepas adegan suap menyuap dah selesai..cuba tanya dia soalan-soalan yang boleh merangsang otaknya untuk berimaginasi..bukankah soalan-soalan yang berorientasikan imaginasi ini boleh menajamkan IQ seseorang! Tanya je soalan berkaitan apakah perancangan masa depan bersama si 'bakal suami kononnya' tu..tanya nanti nak cat bilik warna ape..bilik pengantin nanti nak perabot camne..paling penting kena tanya bab KATIL! Ingat, bab KATIL! Tanya la pakwe tu nanti katil tu nak pakai saiz Queen ke King..pastu nak cadar warna apa..kalau boleh rancang terus daripada sekarang warna cadar untuk malam pertama nanti..ok?

KELIMA : Selesai dengan teknik meransang minda..kepada pergi kepada teknik meransang hormon lelaki supaya pakwe korang tu nanti makin punya sifat kelakian..bukankah punya sifat kelakian itu adalah macho? Bodoh la sape-sape taknak pakwe macho..Lokasi seterusnya adalah panggung wayang..kalau lelaki biasanya bersifat gentleman untuk menambat hati pasangan, maka korang timbulkanlah sifat gentlewoman korang tu terhadap pasangan masing masing ketika menonton panggung wayang..bila ada je adegan ngeri dan seram maka korang peluk la erat-erat lengan pasangan korang tu..bukan apa, ianya mampu meransang hormon lelaki pakwe korang untuk dirembeskan dengan sangat cepat, maka pakwe korang tu mesti takkan terasa takut dan seram akibat pengeluaran hormon kelakian yang berlebihan..jadi lepas tu korang boleh la berbangga dengan kemachoan pakwe korang tu dekat member-member yang lain..


KEENAM : Selesai sudah teknik meransang hormon lelaki di panggung wayang, jadi seterusnya korang pun balik la ke rumah kan..Ok, disini peranan korang adalah untuk menelefonnya setiap masa..kalau boleh tu waktu tengah malam sikit..mula-mula tu tanya la pakwe korang tu pasal agama..pastu suka hati korang la nak cakap pasal apa..alaah, jangan jadi jumud ok! Ini adalah teknik rahsia di mana ianya hanya diketahui pasangan-pasangan kekasih yang sedang berjuang di Jalan Allah ( Fisabilillah / dakwah )..Jadi kepada korang yang bukan ustazah cuba la praktikkan.Ini dinamakan teknik memohon keberkatan dalam perhubungan..


KETUJUH : Yang terakhir ini adalah teknik yang paling dasyat..mengikut statistik yang dikeluarkan Metro dan Kosmo menyebutkan bahawa teknik inilah yang menemui kegagalan paling minimum..testimoni daripada pengamal teknik ini rata-rata mengakui keberkesanan teknik ini..Inilah teknik Ajak & Sembunyi..jadi untuk mengamalkan teknik ini memerlukan korang menguasai teknik-teknik di atas secara mahir..Teknik Ajak & Sembunyi memerlukan korang menantikan hari istimewa buat sang kekasih contohnya Valentine's Day, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari Besday dia dan lain-lain hari yang korang rasa ianya betul-betul istimewa buat pakwe korang tu..maka setelah hari istimewa itu tiba, maka korang pun belikan pakwe tu hadiah istimewa dan AJAK pakwe tu ke suatu tempat yang terSEMBUNYI daripada pandangan mata manusia yang lain..takkan la nak ke tempat yang korang boleh sembunyi daripada malaikat Rakib dan 'Atid kot..bengong! Mana ada tempat persembunyian camtu..Ok, kenapa kena pergi tempat tempat yang sunyi dan tersembunyi camtu? Sebab ianya penting untuk misi korang ini berjaya..lagipun tempat tempat camtu kan romantik..sesuai untuk korang bermadu kasih dan cinta..sekian.




Info tambahan : Selepas selesai melakukan ketujuh-tujuh teknik di atas..maka jika kena gaya dan masanya maka korang akan mendapat anak tidak sah taraf dalam jangka masa terdekat..jadi adakah misi korang sudah selesai? Belum! Selepas ditinggalkan pakwe korang atas alasan ingin menjaga agama dan maruah keluarga maka korang mestilah mengumpulkan bahan bukti seperti SMS jiwang dan juga rekod perbualan..maka selepas itu bawalah bahan bukti terbabit ke balai polis berhampiran dan buatlah laporan polis bahawa korang dirogol..Ianya baik untuk kelestarian pasukan polis untuk terus mencari makan dengan menyelongkar dan menyiasat bukti-bukti yang korang bawa tadi.


Lagi Info tambahan : Selepas selesai melahirkan anak tidak sah taraf korang tu..jangan buang terlalu dekat seperti di tepi surau ataupun di sekitar pasar kerana kemungkinan untuk korang ditangkap dan didakwa adalah sangat besar..maka apa yang perlu korang lakukakan adalah letakkan anak tidak sah taraf korang tu secara perlahan lahan di tali air ataupun longkang yang mengalir kerana ianya terbukti berkesan untuk menghilangkan kesan bukti yang ditinggalkan..Ianya baik untuk kelestarian pekerjaan yang terlibat dalam kerja-kerja post mortem seperti doktor dan penyiasat persendirian..Jadi kepada wanita yang telah menguasai teknik ini dan telah berjaya dirogol pakwe dengan jayanya maka diucapkan sekalung kalung tinggi penghargaan dan tahniah KERANA ANDA TELAH TERBUKTI BERJASA UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA!








p/s : Entri ini menggunakan satu teknik je..SARCASM!


p/s lagi : Rogol rela dengan sukarela adalah Zina!


p/s lagi sekali : Err..asal Zombie Insaf tengok ada je pembaca jantan masuk join baca sekali? Laaa..dah kantoi la teknik diorang nak goda kaum kita..kan3? 

Monday, July 11, 2011

Terlanjur Cinta tu Tak Haram?


Seringkali kita lihat..seringkali juga kita mendengar dan mungkin ada yang dah tahap kritikal sampai mampu menghidu akan satu kalimah popular ni iaitu C.I.N.T.A..


1. Waaahhhhh! Akhirnya bro Zombie Insaf dah keluarkan juga entri pasal CINTA..ehem..ehem..uhuk..uhuk..ada apa-apa nak kongsi dengan kitorang ke? ( Ko ni memang suka batuk dengan cara yang aneh ek? Sekali ehem-ehem..sekali uhuk-uhuk..aisssssh! )


2. Aku putus cinta la bro..makan tak kenyang..mandi tak basah..tidur pun dalam 9-12 jam je sehari..adoii..apa salah aku? ( Bengong sungguh! Dah terang lagi tak payah nak suluh-suluh yang tu memang salah ko! Ada ke putus cinta sampai tido dah macam beruang kutub berhibernasi pulak Zombie Insaf tengok! Memang la makan tak kenyang, mandi tak basah sebab ko mandi dan makan dalam MIMPI..Pannnggggg! Bangun! Seksa putus cinta kan? Bila putus cinta tu Allah nak bagi ko sedar yang masuk neraka lagi la seksa..bayangkan kalau telinga ko kena tindih dengan lori bawak batu bata pastu dilenyek berkali-kali pulak tu..seksa kan? Neraka ni LEBIH AMAT SANGAT DASYAT seksanya daripada itu..baik putus cinta yang tak halal semasa hidup daripada putus akibat salah sorang tu dah mati..bodoh je kena seksa sorang-sorang kat dalam kubur nanti..


3. Zombie Insaf, ko tak paham perasaan orang bercinta macam aku ni..cinta itu terlalu indah untuk dinukilkan dengan kata-kata..ko cakap la apa ko nak cakap, aku peduli apa..sebab kita ni berlainan jiwa..ko ganas..aku mat jiwang..mana nak masuk beb nasihat ko tu dalam hati dan sanubari aku yang telah diciptakan untuk memadu asmara yang PANNNG! (Kedengaran bunyi tamparan yang lebih kuat daripada tamparan bro di atas)..


Maaf di atas gangguan kat atas tadi..
Mungkin ada yang ingat Zombie Insaf ni jenis yang berjiwa ganas dan langsung tak kenal erti cinta,kasih sayang dan benda-benda romantik ni..Bro, lu silap bro..gua ni kalau jiwang ke romantik ke memang tahap Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! la wa cakap sama lu..tapi gua simpan..sampai masanya nanti gua akan gunakan..Okey, Zombie Insaf sahut cabaran bro di atas..nak tengok Zombie Insaf jiwang? Jom tengok puisi jiwang karat tahap arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! daripada Zombie Insaf..


3 Persoalan Cinta

Apa tu cinta?

Cinta ialah pabila tiba saat kata tiada lagi dapat mengupas rasa
Apabila bait bait cinta menguasai jiwa
Dikala hati senang melagukan irama
Walaupun sulit mengungkapkan walau satu makna..
Cinta antara dua jiwa
Hendaklah melalui jalan sempurna
Yang telah ditetapkan Pencipta
Bukan sekadar meredah lautan tuju dan hala
Tanpa pedoman tanpa ikatan tanpa penunjuk jalan baginya
Bahkan ianya kesesatan yang sempurna
Andai sekadar bahagia tetapi jauh dari hidayah Pencipta cinta,
Sang Pencinta..


Apa itu romantik?

Romantik mampu menggugah hati dan jiwa
Mampu menundukkan ego dan nista
Romantik ialah tatkala kamu mampu menghasilkan getar rasa
Walau sekelumit terdetik di dasar jiwa si penerima
Memberi tanpa henti
Mengasihi tiada terperi
Melindungi tanpa jemu
Memerhati penuh rindu

Tetapi bahkan segalanya hanyalah kesesatan sempurna
Andai terpesong matlamat dan hala tujunya
Tiada kesempurnaan bahkan kecacatan semuanya
Andai tiada bimbingan dalam mengolah makna dan caranya
Tertipu dalam khayalan bisikan hati dan mimpi
Seolah olah cinta manusialah matlamat abadi
Seakan tiada neraka, syurga dan titian sirat yang menanti
Tiadalah cinta itu melainkan alat untuk kehidupan yang hakiki
Hanyalah ianya alat semata bukanlah matlamat utama wahai teman- teman yang dikasihi
Sedarlah dari mimpi-mimpi
Seperti bangkitnya kamu dari kuburan nanti..


Apa itu rindu?

Rindu ialah satu desakan kalbu
Dalam deraian rasa kemahuan yang pilu
Mahu dan sendu disegerakan bersatu
Desakan memiliki menatap merawat walau tiadakan pernah bertemu
Hanya berpegang pada janji -janji yang seakan- akan palsu
Tetapi tiada si perindu peduli akan semua itu

Tetapi bahkan segalanya dalam kesesatan sempurna
Andai rindunya bergema membutakan segala
Membutakan segala rasa
Segala kebenaran dipersia
Seakan Pencipta segala rindu hanya syarat kedua
Dalam mendapatkan cinta dan rindu manusia
Sirnalah segala hakikat dan kebenaran segala
Dibutakan rindu yang wujudnya cuma sementara
Daripada rindu yang wujudnya untuk selamanya
Pilihan telah diberikan Si Pencinta
Hanya hati manusia sulit untuk menerima
Lantaran pendeknya akal dan mata hati kita
Akan betapa nikmat terindah adalah cinta Si Pencipta
Si Pencipta segala cinta
Sang Perindu segala rindu
Kebenaran yang tiadakan pernah palsu..




Jadi kalau korang nak tahu, cinta ke rindu ke romantik tu semuanya adalah fitrah..tak salah langsung kalau korang ada perasaan tu..LANGSUNG TAK SALAH! Tapi yang salahnya apabila korang tak mampu nak kawal cinta, rindu dan romantik korang tu dengan IMAN..korang tewas dengan pujukan dan rayuan keinginan keji korang ( hawa nafsu )..jadi tips kepada remaja di luar sana..kalau korang ada berkenan kat sape-sape ke pendam la dulu andai korang belum bersedia lagi nak kahwin tu..kalau dah memang tak mampu pendam lagi dan telah berada di tahap arghhhhhhhhhhhhhhhh! maka korang cuba la slowtalk dengan parent paling tidak pun mintak diorang halalkan hubungan korang ni dengan nikah khitbah..nak tahu lebih lanjut korang tanya la Ustaz-Ustaz yang berdekatan..

Ingat, Zombie Insaf tak mampu jamin apa status korang andai korang mati ketika sedang berhubungan dengan cara yang tak halal ( kapel )..entah ke neraka atau ke syurga..tapi yang Zombie Insaf tahu benda-benda camtu bukan perangai ahli syurga..so kalau bukan perangai ahli syurga korang agak-agak ahli ape ye? ahli tengah-tengah antara syurga dan neraka? Err..untuk pengetahuan korang..takde istilah ahli 'atas pagar'..tak ke syurga tu memang dah confirm neraka la beb!


p/s : cinta ni luas maknanya..tapi Zombie Insaf spesifikkan disini hanya untuk cinta muda mudi yang ketagih bercinta macam Zombie Insaf ketagih hirup kuah maggi! Wakaka eh eh! 





p/s sekali lagi : Kepada ibu bapa, kasihanilah anak-anak yang terpaksa bergadai pahala dan sanggup memperjudikan nasib di akhirat sana akibat couple lantaran langsung tidak diberikan peluang untuk menuntun hubungan tu ke arah perkahwinan.." Along takde harta lagi..jangan jadi bodoh nak kahwin di usia muda..Angah masih belajar lagi..fokus studi tu dulu..ayah Achik dulu kahwin umur 29 kan..ko tu baru 28.tunggu setahun je lagi "..Ni la antara kata-kata yang ibu bapa selalu lontarkan kepada anak muda yang tengah merengek-rengek minta nak kahwin..lagi parah, couple tu sebahagian ibu bapa benarkan pula..Hampeh! Jadi kepada ibu bapa, kalau dah benda halal dan benda baik tu, ada je cara untuk melaksanakannya..tunggu nak buat ke tak je..Allah dah jamin rezeki kepada yang nak berumahtangga..so adakah anda ragu dengan janji-janji Allah? Tepuk dada tanya iman tanya ulama' !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...