Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan : Aneh, Pelik & Misteri Tetapi Benar



Tahukah korang banyak benda-benda ajaib dan misteri di sekeliling korang? Tak tahu? Fuhh..misteri sungguh..kenapa korang boleh tak tahu ni? Fuhh..misteri sungguh..kenapa Zombie Insaf boleh tahu benda-benda misteri ni? Fuhhh..misteri sungguh! Arghhhhhhhhh! Kenapa la Zombie Insaf merapu meracau dengan misteri misteri yang korang semua pun masih misteri dengannya semua? Fuhhhh! Misteri sungguh! ( Tiba-tiba rasa cam orang bodo je ulang ayat-ayat yang sama )..Jangan gelak! Sebab entri kali ni adalah sungguh misteri..jadi yang hanya perlu korang buat adalah membaca dengan penuh serius..yaaa..serius! Seumpama korang sedang berak..dengan kerutan di dahi, mulut yang terkunci dan semangat yang berapi api dengan peluh menitik mengalir sampai ke bulu kaki maka bacalah entri ini dengan penuh keinsafan di dalam hati..kalau serius sangat baca sampai tak mampu nak insaf tu lantak korang larrr..wakaka!

Ni antara benda-benda aneh yang sering berlaku di sekeliling kita tetapi mata hati kita tetap buat bodo je dengan semua benda-benda aneh, pelik dan misteri ni semua..kenapa mata hati pun boleh jadi bodo dan buat-buat bodo..haaaa, ni la misteri yang sedang kita nak gali..di akhir entri nanti Zombie Insaf bagitahu rahsia tuuu..tungguuuuu!

1. Tahukah korang satu fakta menarik ni..Sempena Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni antara benda yang mampu membuatkan Ramadhan korang berlalu dengan sia-sia adalah kerana angkara 2 bahagian tubuh yang misteri ni, MULUT dan juga MATA..misteri? Yaa..memang misteri! Tanyalah lelaki apa yang mereka buat dengan MATA ketika sedang mengUSHA 'kuih muih' di bazar Ramadhan! ( manis kan kuih muih kat sana kan cik abang? )..Tanyalah si perempuan apa yang mereka bualkan dengan MULUT diorang ketika sudah bosan menonton carakerama dan telenovela ketika waktu petang sedang menjelang..

2. Ada sejenis makhluk yang dikatakan sangat misteri wujud di permukaan bumi ni..makhluk ni dikatakan mempunyai IQ yang lebih bodoh daripada lembu dan kambing..tetapi mengaku macho dan hensem melampaui jejaka kacak bergaya seperti Zombie Insaf ini..haikkkk ptuihhhh! Durjana sungguh tuduhan melulu tersebut! Makhluk ini dikatakan tinggal dan hidup bersama-sama kita semua tetapi sangat bodoh dalam membuat keputusan dalam kehidupan..mereka ni PUASA di bulan Ramadhan tetapi TAK SOLAT! Bodoh tak? Ehh..misteri tak? Macam orang bodoh yang rancang nak buat rumah beratap asbestos yang mahal dan berkualiti dengan perabot yang diimport dari kepulauan seberang negara ( kononnya terlampau mahal dan berkualiti ) tetapi terlupa nak buat tiang! Tu yang jadi rumah puaka tuh! Korang tak paham ke apa yang Zombie Insaf bebelkan? Haaa..misteri tu..sungguh misteri tahap IQ korang..wakaka!

3. Misteri ini berlaku di seluruh dunia terutamanya pada bulan puasa ni..ramai orang dah terjebak dalam pemikiran aneh, pelik dan misteri ni..ape tu? Ni haaa..pemikiran yang menyangka bahawa puasa ni cuma menahan lapar dan dahaga SAHAJA sampai waktu buka puasa..Wahai adik kakak abang abang ipar mak sedara nenek tiri arghhhhhh banyaknya nak sebut semua, tahukah korang bahawa ibadah puasa bukanlah semata-mata menahan diri daripada makan minum sahaja..ianya meliputi korang menahan mata daripada melihat aurat dan benda-benda yang membawa dosa, menahan mulut daripada mengumpat dan mengata, menahan tangan daripada raba sini sana dan buat benda-benda yang melalaikan kita dan banyak lagi..jadi seluruh tubuh la korang kena tahan daripada berbuat benda-benda yang membawa kepada dosa! Paham! Inilah puasa yang sebenar..kesian la korang punya la dahaga dan lapar dah tahap Zombie yang dah tak jamah urat daging manusia buat jangka masa yang lama tapi datang je betina seksi tayang peha dan bulu kaki percuma korang terus tewas dengan godaannya..sia-sia beb!

4. Korang perasan tak salah satu keanehan dan kepelikan yang melanda diri kita tatkala waktu berbuka sudah hampir tiba..tiba-tiba je ada je siaran TV yang sangat menarik dan menyegarkan minda..ada je aktiviti lagho yang buat kita melupakan lapar dan dahaga..tu la petanda korang dah kena tipu dengan silap mata setan! Tahukah korang antara waktu mustajab doa adalah ketika waktu berbuka sudah hampir tiba..seorang Alim pernah berpesan pada Zombie Insaf..Kalau boleh masa nak berbuka tu munajat betul-betul dengan Allah..berdoa penuh fokus..sebab ketika itulah kemuncak kelaparan dan kemuncak nafsu yang membuak-membuak memikirkan kuih-muih dan lauk pauk yang bakal disantap..jadi kepada yang mampu melawan, yeahhhh di situ ada kejayaan sebenar korang dalam berpuasa seharian tu!

5. Korang rasa bengong tak tatkala korang punya la pakai minyak wangi seharian.katanya petang nanti nak jumpa bakal mak mertua.bermacam jenis minyak wangi korang sapu..ada minyak jenama Poison la Dunhill la Seribu Bunga pun ada..ada yang meroyan tu minyak lintah pun jadi pilihan..yela, demi kewangian berpanjangan bak kata sabun pencuci @##$*^ ( kena sensor sebab taknak syarikat tu dapat iklan percuma..wakaka! )..berbalik kepada fakta di atas..punya la korang sapu minyak wangi sini sana kan..kononnya untuk kewangian berpanjangan bak kata arghhhhhhhh ape la Zombie Insaf ulang ayat sama nih..pastu tiba-tiba korang dah sampai depan rumah mak mertua dah tiba-tiba crittttt kruittttt psiiitttt laaaa rupanya korang tercirit birit di depan mak mertua tercinta korang tu.bapak laaa bau bangkai kot.apa lagi, status korang tu konfem kena tukar jadi bakal menantu durjana la! Wakakaka! Begitu juga puasa, korang punya la tahan hawa nafsu daripada pagi sampai ke petang, bunyi je Azan semua jenis juadah korang tibai..semua jenis VCD haram korang tonton..yela, korang anggap dah buka puasa tu semua yang haram jadi halal la? Lepas perut dah tahap mengandung tu agak agak ada hati lagi tak nak solat berjemaah lepas tu kat surau berhampiran? Taaaaakkkkkk la kan? Misteri yang bengong! Puasa dah bagus tetapi solat jemaah taknak pergi.hampeh beb! Lagi misteri bila korang dengan selamber soal Zombie Insaf balik, solat berjemaah tu wajib ke? Suka hati aku la..errrk!

Jadi kepada yang masih terasa bahawa mati hatinya masih terasa bodoh dengan kemisterian dan keanehan yang melanda ni ataupun rasa macam agak tak 'misteri' je benda-benda ni semua maka korang kenalah tahu bahawa DOSA lah penyebabnya mata hati kita jadi BUTA..yang salah kita pandang betul, yang khianat kita pandang amanah, yang keji kita nampak macam agak terpuji je ketahuilah ketika itu mata hati korang sedang BUTA dengan palitan DOSA..


p/s : Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni Zombie Insaf nak mintak bebanyak kemaafan daripada hujung bulu kepala sampai hujung bulu kaki andai ada tersalah tersilap terlampau termengata terumpat termaki dan arghhhhhhhhh banyaknya nak kena minta maaf..wakaka!
Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

3 comments:

  1. Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ni Zombie Insaf nak mintak bebanyak kemaafan daripada hujung bulu kepala sampai hujung bulu kaki andai ada tersalah tersilap terlampau termengata terumpat termaki dan arghhhhhhhhh banyaknya nak kena minta maaf..wakaka!
    Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK!

    ReplyDelete
  2. hehe,,misteri sungguh ! salam ramadhan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...