Dulu punye la macho aku ni
Sekali petik jari berduyun-duyun berlari-lari memuja memuji
Hatta yang makcik-makcik pun merayu nak buat aku jadi laki
Tu tak kira bila aku petik jari kaki lagi
Fuhh..memang dasyat tak terperi aku punya zaman muda-mudi
Dulu punye la macho aku ni
Solat ke mengaji mana la aku amik peduli
Halal ke haram aku tibai seorang diri
Orang nasihat ke tegur ke memang hancur berkecai dia punya gigi
Memang macho sungguh la aku ini
Hahahaha! Lepas tumbuk orang aku memang suka ketawa camni
Korang nak nasihat aku tentang mati?
Korang nak aku imagine azab kat kubur nanti?
Korang nak aku imagine seksa neraka kat akhirat nanti?
Chill la beb! Berjuta orang kat luar sana macam aku ada diorang peduli?
Wa cakap lu ini sekarang zaman teknologi
Nak hidup kena la berani!
Kini..telah beberapa dekad berlalu pergi
Kudratku yang dulunya tinggi
Kini dah jadi cam bayi
Berak pun orang lain tolong cuci
Tu pun dicuci anak jiran sendiri
Aku mana ada anak sebab aku kawin je terus aku cerai..aku lari..
Semua bini aku ntah ke mana menghilang pergi
Tinggal la aku sorang diri
Petang tadi aku mimpi
Satu lembaga besar datang menghampiri
Bau busuk tidak terperi
Hampeh punya bau kalah sampah sarap punya lori
dah la bulu kaki lebat semacam aku tengok pun ngeri
Dia bisik halus kat aku punya telinga kiri
Kata-katanya lebih kurang begini
“ Mat, bersedia la ye..aku nak pergi dulu..sebab sebentar nanti kita akan bersua kembali”
Aku pun tanya satu soalan walau dah menggeletar semua batang gigi
“ siapa kah kamu ini?”
Menatang lembaga tu pun jawab pnuh selamber “Aku lah amalan ko zaman muda mudi”
“Ohh..begitu..kalau camtu pergi la dulu” , kata aku. ( dalam hati dah cuak nak mati )
Aku taknak mati
Mana sempat tobat lagi
Hati aku pun bersuara “ Kenapa taknak tobat sekarang sebelum mati “
Aikkk selamber member aku jawab kat diri sendiri penuh berani
“ Tak sampai seru lagi “..
“ bukan ke kita tahu bila nak mati?”
“ dah nak sampai ajal nanti aku tobat la kaw2 punya nanti ”
Aku memang macho dari dulu hingga kini
Dah tahu nak mati dan memang cuak di hati
Tapi macho tetap macho beb! Mati tu kita fikir di lain hari
Ehhhhh..tiba-tiba..sakit la pulak dada
Aduhhh pedihnya aku rasa
Naik semput pun ada
Ehhhh kenapa tiba-tiba gelap gelita
Ahhhhhh kenapa takde cahaya
Masa tu la aku fikir nak bertobat kaw2 punya
Terasa nak ucap astaghfirullah tetapi kenapa tiba-tiba..
1. Lidah kelu untuk berkata
2. Hati sedang cuak tak boleh nak pikir apa-apa
3. Otak dah jem memang terbaik punya
4. Anggota badan memang dah kejang semua
5. Sakitnya badan kalah kena sula
Tengah-tengah aku cuak dengan benda-benda ni semua tiba-tiba..
INNALILLAH WAINNA ILAIHI RAJI’UN..
Dari Allah kita datang..dan kepada Allah kita akan kembali
Ketika itu dah terlambat bro..maut bukan mainan..ianya datang tanpa diundang..mungkin selepas anda membaca entry ini, maut akan menjemput anda..walau di depan laptop..
p/s : berubah la beb..jom cari agama..biarlah apa orang nak kata..kalau dah mati nanti kata-kata mereka memang takde makna langsung punya..selamatkan diri dan keluarga dari azab...API NERAKA..api tuu..seksa beb!
Satu soalan je nak tanya..kalau hang mati esok camne???
berubah la beb..jom cari agama..biarlah apa orang nak kata..kalau dah mati nanti kata-kata mereka memang takde makna langsung punya..selamatkan diri dan keluarga dari azab...API NERAKA..api tuu..seksa beb!
ReplyDeleteSatu soalan je nak tanya..kalau hang mati esok camne???
btol2..... bila2 mse jer boleh mati.... atas kehendak NYA
ReplyDeleteAllahualam... :)
ReplyDeletetapi ramai manusia sekarang mati hati sebelum betul2 mati..kesian..buat dosa dah tak rasa apa-apa..lagi teruk bila rasa enjoy pulak buat dosa..yeaaaay!
ReplyDelete