Friday, July 8, 2011

Persoalan Yang Biasa Buat Kita Ragu Dengan Islam..


Aqim : Kenapa wujud neraka kat alam sana? Kejam gila Tuhan..panas kot dalam tu..alaaa..setakat berzina tu ape la sangat..syok 2 saat pun kena bakorrr selamanya sampai bila-bila..giler punya seksa!


>> Hati-hati dengan kata-kata ko tu wahai mangkuk! Allah bukan kejam..Allah dah utus Nabi..dah turunkan Al Quran untuk jadi panduan..dah bagi ko kepala otak untuk berfikir..dah bagi ko kudrat untuk ko usaha..jadi sebab bengapnya diri ko tu taknak terima kebenaran maka ko lakukan sesuka hati ko..tu namanya menzalimi diri sendiri..macam ko dapat hadiah mangkuk jamban..tapi ko buat benda tu jadi alas makan..tak ke bodoh? camtu juga kita..Allah dah cipta otak untuk terima Dia sebagai Tuhan..tapi ko ingkar jugak..berbaloi la masuk neraka pun..


Mail Rizal : Kenapa nak wang/ nasi bungkus / kuew teaw goreng basah ( rezeki ) kena usaha? Bukan Allah dah tetapkan ke untuk kita?


>> Sebab Allah dah tetapkan yang usaha tu adalah perintahNya..Allah juga yang menguasai masa lampau, masa kini dan masa depan..jadi contohnya ko akan jadi pemalas yang tahap arghhhhhhhhhhh pada tarikh sekian di waktu sekian ketika sedang berkerja pada tempat sekian, Allah dah tahu dah sejak dulu lagi..jadi Allah tetapkanlah yang hari tu ko tak boleh dapat apa-apa sebab kemalasan ko yang tahap arghhhhhhhhhhh tu..Hatta Nabi pun bekerja..para sahabat pun berkerja..hasilnya serah pada Allah..yang penting USAHA!


Imad Deraman : Kenapa dunia ni tak adil? Warghhhhhhhhhhhhhhh! Aku punya la kerja rajin..naik tergeliat belikat tapi tengok-tengok hasil kerja aku ditiru bodo camtu je oleh Rizuan, aku punya rakan sekerja! Dunia ni tak adil!! Warghhhhhhh! Aku rasa nak bunuh diri je! (membebel sambil guling-guling)


>> Paaaanngggg! ( bunyi penampor kedengaran memecah kesunyian )..kok ye pun nak memberontak tu sopan la sikit..melolong menjerit dah macam Puaka Niyang Rapik pulak Zombie Insaf tengok..dengar sini dulu..kenapa ko rasa dunia tu tak adil? Kerana tu la wujudnya alam akhirat..kat sana la keadilan tu akan ditegakkan seadil adilnya..itulah namanya Hari Pengadilan.mahkamah akhirat ni sangat la teliti, hatta ko sesaje minum seteguk dua air dalam peti ais member serumah tanpa izin pun memang dirakam..nanti kat sana Allah tayang segala-galanya..tu tak kira ko buat maksiat tersembunyi lagi macam onani sorang-sorang dalam jamban, puasa sekerat jalan di bulan Ramadhan, tenung dada perempuan penuh keinginan, bukak website blue sorang-sorang, tengok video Korea sampai lebam sampai lupa azan dan arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh! habis punah keypad laptop ni nak taip panjang-panjang perangai tersembunyi manusia ni..ingat satu ayat ni je bro " Allah Maha Tahu dan Allah Maha Adil "..Paaaanngg! ( owhhh..terkedu Zombie Insaf apabila penampor tadi dipulangkan kembali dengan penuh sopan..ok.dah adil! )






Encik Rozaidin Razman : Kenapa kadang-kadang kan datang dalam benak fikiran 'Wujudkah Allah? Kalau Allah wujud kenapa aku tak boleh tengok Dia? '..aku jadi stress..aku tak boleh jawab soalan tu..setan mana la memandai bisik-bisik soalan PhD tahap profesor bab Usuluddin Universiti Al Azhar kat telinga aku ni..aishhhhh!


>> Maaf ye nak cakap kasar sikit kat Encik Rozaidin Razman..Orang yang taknak tahu pasal Tuhan yang cipta diorang ni boleh dikategorikan sebagai BBC la..ape tu BBC? Singkatan kepada perkataan Bodoh Berlagak Cerdik la encik..Encik bayangkan encik keluar-keluar je dari rahim ibu dah sihat wal'afiat..jantung berdenyut tak berhenti dari kecik sampai la dah beruban janggut tu sapa yang buatkan? Saintis dunia? Pakar teori evolusi? Allah lah yang buat semua tu..so lepas dia dah jaga encik dan buatkan encik sempurna sampai tahap camni pun encik masih BBC untuk tidak mahu mengenalNya?


Wujudkah Allah? Encik Rozaidin Razman pernah tak tiba-tiba pergi makan bersama anak bini tiba-tiba je anak sulung encik bagitahu yang cikgu Sejarah ajar anak sulung encik tu bahawasanya KLCC itu tiba-tiba je terbina dengan sendirinya..takde sape yang bina..magic camtu je KLCC tu wujud..Tidakkah encik merasa mahu mengasah Pedang Samurai untuk ditoreh ke muka cikgu tersebut? Bengong punya cikgu kan? Begitu lah juga kebengongan yang akan melanda kita apabila kita tak rasa Allah tu wujud walhal dah terbentang depan mata bumi, langit dan segala isinya..tiba-tiba je ke benda tu boleh wujud camtu je? Encik jawab YA maka bersiap la nak kena toreh muka!


Pastu kenapa tak boleh tengok dan bayangkan Allah camne? Sebab Allah tu Maha Sempurna..Allah tak sama dengan makhluk..Allah tak sama dengan apa-apa yang terlintas di minda dan apa-apa yang encik boleh bayangkan..betapa kuasanya Dia sampai minda dan fikiran kita pun tak mampu memikirkan bagaimanakah Allah itu..apatah lagi mata kita yang dah sedia lemah ni..nak tengok orang bunian pun dah tak mampu..apatah lagi yang menciptakan bunian itu sendiri..kan encik Rozaidin Razman?


Soalan encik tu bukan tahap PhD la..ni sebelum baligh lagi sebenarnya dah kena tahu..ni la orang tua-tua suruh belajar Sifat 20 taknak..kononnya kitab kuning lah..kitab pondok yang jumud lah..pastu bodoh sampai ke tua..entah korang solat sembah sape Zombie Insaf tak tahu la..kesian..( sila rujuk Ustaz yang boleh ajar bab Tauhid untuk keterangan lanjut )


Nisa Suriani : Abang Zombie Insaf yang kacak..nak tanya sikit boleh? ( tak sempat tunggu turn Zombie Insaf dah menjawab " Ye saya..boleh-boleh..silakan {sambil hidung kembang-kempis petanda sifat mazmumah bermaharajalela } ) Kenapa ye Allah ciptakan manusia tu ada yang lahir-lahir dah dalam keluarga Islam, tetapi ramai juga yang lahir-lahir je dah berada dalam kalangan orang kafir, Yahudi la Kristian la..kesian la diorang yang sejak kecik dah sesat..kan abang Zombie Insaf yang macho? 
( haha..gelak mengiyakan )


>> Okey..cuba adik manis tengok umat Islam sekarang..jahil nak mampus pasal agama..solat tu memang dah tak payah tanya..ada tu tak kenal pun dua kalimat syahadah tu ape..lebih jahil daripada lembu pun ada..disondolnya adik sendiri ( sumbang mahram ) , pemalas nak mati, rasuah tu dah memang zikir tiap-tiap pagi..walaupun Islam tapi kalau takde USAHA nak kenal Islam pun takde guna..Orang bukan Islam ni kalau dia USAHA nak cari agama dan kebenaran maka dia akan jumpa juga Islam..cuba tengok berapa ramai saintis dan bijak pandai Barat dah masuk Islam lepas dah kaji Al Quran..sebab diorang berusaha cari kebenaran..ada otak pikiaq sendiriak lak..(aduii..buruk beno bahasa Kedah Zombie Insaf ni..wakaka eh eh!)
Jadi apa yang Allah nak tengok adalah USAHA..ok cik adik manis, paham?




Rosmaidin Taqiyuddin : Errrr...Zombie Insaf dah kahwin?


>> Arghhhhhhhhhhhhhh! Korang dah mula meracau..dah-dah..banyak kerja lagi nak kena setel ni..apa-apa pun kalau ada sebarang keraguan pada Islam tu mohon-mohon la perlindungan pada Allah sebab ianya kebanyakan adalah kerja Setan..dan bertanyalah pada yang ahli..bukan sembarangan orang..ok?


p/s : Nama-nama diatas tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia..jika kebetulan ada nama korang..maka ianya.......adalah...sebuah kebetulan......yang MISTERI!!..( Sound effect bunyi petir pun mencelah masuk WARGHHHHHHH!! )

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

6 comments:

  1. Jauhi kekafiran! Hentikan kemurtadan! Islam itu tersangat indah dan lengkap!

    Jom belajar agama..jom..takkan nak tunggu mati baru nak get ready..

    ReplyDelete
  2. sokong.. agama takkan lari dari kita melainkan kita yang mnjauhi & mmbuang agama.

    senyum kambing tgok soalan last Rosmaidin tu. hihi

    ReplyDelete
  3. Rosmaidin itu sengaja mencari populariti murahan..wakaka eh eh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...