Friday, July 1, 2011

Cinta 3 segi? ( Antara Aku, Dia & Kamu )



Cinta 3 segi? Wakakaka ( gelak sesuka hati ).sebenarnya tajuk entry ni adalah Cinta Sampai Mati ( Antara AKU, BAGINDA & KAMU ) tetapi Zombie Insaf sengaja nak perangkap korang baca je.wakakaka ( menyambung gelak tadi sekali lagi ).jadi bacalah dan ambil ikhtibar.semoga kita sempat menjadi mayat yang berseri ketika mati ( sebab sempat tobat ).


 WAHAI RASULULLAH..
Jika dikau masih ada
Akan aku tunjuk kelakuan umat manusia
Bukan sorang dua aku ni pun sama

 Jika dikau masih ada
Akan aku mengadu segala tentang kamu semua
Aurat terbuka sini sana
Kaum Hawa tersengih tunjuk urat betis dan buku lali percuma
Yang kaum Adam pula bangga tayang bulu peha pula
Mesti baginda Nabi pun tutup mata
Mahukah tahu wahai kamu semua?
Kalau baginda sendiri tutup mata
Adakah kalian jamin Allah tiada murka?
Jamin Allah takkan tutup pintu hati korang semua?
Jamin baginda Nabi akan halang kamu masuk neraka?

 YA RASULALLAH..
Jika dikau masih bersama kami semua
Akan aku minta dikau ceritakan segala
Keperitan mayat-mayat di dalam kubur yang melolong terseksa
Menjerit-jerit macam kena rasuk hantu raya dan segala jenis puaka
Disiat-disiat daging direjam menderita
Tidak lain dan tidak bukan kerna meninggalkan ajaran agama
Cinta dunia dan segala isinya
Walhal dikabarkan panjangnya waktu di alam kubur mencecah 40,000 tahun dunia
Kenapa la kita masih mengejar dunia walhal umur kita paling lama pun 90 tahun sahaja
Baginda Nabi yang aku rindu..
Masihkah dikau mengaku kami ini dari umatmu
Walhal seringkali kami meninggalkan urusan agamamu
Lupa pada nasihatmu
Alpa akan segala ancamanmu

Baginda Nabi yang aku cintai..
Jika dikau masih disini
Akan aku minta engkau ceritakan tentang mati
Betapa sakitnya ketika nyawa ditarik keluar nanti
Bagi yang baik beriman beramal soleh pun dah seksa tak terperi
Seperti ungkapan ketika wafatnya baginda Nabi
‘ aduh,sakitnya nian mati ini..timpakanlah seluruh kesakitan mati ummatku ke atas diri ini’.
Tu rasanya kesakitan dan keperitan menderitanya mati yang paling minimum sekali
Macam mana kita ( aku & korang ) nanti?

Baginda Nabi yang aku rindui..
Sesungguhnya kami telah jauh meninggal cara hidupmu yang suci
Kami dengan amat sengaja telah mengamalkan kehidupan Yahudi & Nasrani
Tindik sana sini
Main game macam penentu hidup mati
Teguk arak selamba macam hirup kuah meggi
Mengumpat dan mencarut dah sebati
Dah macam zikir siang malam tiap-tiap hari
Kadang-kadang rasa tak tenang tak tengok ‘blue film’ satu hari
Masjid dah jadi macam rumah puaka penuh setan dan jin yang kami nak singgah memang ngeri
Mana tak nya,bunyi je azan baru nak mandi
Bunyi je azan baru nak simpan make-up dalam laci
Bunyi je azan terus naik gelisah mundar mandir sana sini
Yang lagi power tu pulak ada yang buat-buat mati
Kononnya takut member ajak pegi masjid sekali
Pekejadahnya perangai kita semua ni??
Nak menyesal bila dah nak mati?
Nak berubah bila malaikat maut dah tarik nyawa sampai ke dahi?

Wahai baginda Nabi yang aku kasihi..
Kami sempat berubah lagi kan sekarang ni?
Jika dikau masih disini
Aku ku kucup keningmu dan minta dikau mendoakan kami
Supaya di saat mati nanti
Mayat kami adalah mayat yang berseri
Berserinya kerana sudah terbayang nikmat Firdausi
Yang sedang menanti
Ku merinduimu baginda Nabi..

Selawat dan salam kami curahkan kepada baginda Nabi s.a.w..
Ku merinduimu....


p/s : Bahasa cinta kepada baginda adalah mengamalkan sebanyak mungkin sunnahnya..Sollu 'alaih!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

7 comments:

  1. p/s : jangan sesekali curang..nak curang sangat baik poligami lagi bagus..( ada kena mengena dengan entry ke? wakaka eh eh! )

    ReplyDelete
  2. ya Rasulullah, andai bisa ku sambungkan nyawaku ke nyawamu sebgai pengganti...ku ingin insan sebaikmu terus menghiasi bumi tuhan ini

    ReplyDelete
  3. kata ulama'..baginda masih lagi sedang merisaukan umatnya di dalam kubur baginda..betapa sayang baginda Nabi kepada kita..kita ni haprak pun tade...astaghfirullah..

    ReplyDelete
  4. cik nAdyYa : wokeh..jom jadi Gang Zombie yang Insaf..

    ReplyDelete
  5. zombie pon insaf??

    hahahaha
    bagus :)

    jom letak nizam ijam dalam bloglist :)
    Murah Tak Berkualiti, Atau Mahal Tapi Berkualiti...

    ReplyDelete
  6. rndunya pnda Rasulullah... :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...