Sunday, July 10, 2011

Neraka : Berapa Darjah Celsius Panas Api Neraka?





NERAKA!

Dengar nama macam benda biasa
tahukah korang inilah tempat kembali kebanyakan majoriti manusia
bukan sahaja manusia malah kaum Jin pun sama
bersama-sama la korang jadi bahan bakar kat sana
andai korang dah mati dalam keadaan Allah MURKA

Apakah yang boleh menjerumuskan kita kepada neraka?
banyak jalan kalau korang beriya-iya sangat nak ke sana
tak payah penat tak payah tergeliat belikat
Nabi dah bagitahu yang neraka ni dikelilingi benda-benda yang kena dengan nafsu syahwat
cuba buka hati dan cuba lihat


 " Bagaimana keadaan korang sekarang? Adakah punya ciri ahli syurga atau memang dah nampak macam confirm ahli neraka?
Bagaimana keadaan korang sekarang? Adakah kehidupan korang ni macam kehidupan Para Sahabat yang saban malam menangis mintak dijauhkan dari api neraka..
yang saban waktu terketar menggigil terbayang keadaan mereka di sana..


Mari aku nak bagitahu cerita
di alam sana nanti
ayah dan anak pun bergaduh berkelahi
sebab masa tu dah cemas sampai peluh meleleh-leleh sampai ke bulu kaki
dah terbayang nasib diri sendiri
jadi hatta dulunya waktu di Bumi
adalah satu Famili
tapi bila di sana nanti korang akan berkelahi menuntut hak dan pahala yang waktu korang hidup sekarang tak pernah pulak korang amik peduli




Di sana nanti
akan dibentangkan segala perangai baik dan buruk diri sendiri
dibentangkan pula dan ditonton oleh semua bilangan manusia yang pernah wujud di atas muka bumi
suami yang curang akhirnya ditonton oleh isteri
si perogol yang licik akhirnya juga dikenalpasti
si kapel yang suka cium sana cium sini akhirnya diketahui kedua-dua famili
belum lagi perangai keji korang yang hanya korang sendiri yang mengetahui
jangan dilupa ada malaikat di kanan dan kiri yang tengah merakam korang punya aktiviti
~ hati-hati ~


Di sana juga nanti
ada masanya korang akan diberikan kitab catatan amalan seakan diari
kalau diberikan oleh malaikat melalui tangan KIRI
maka celakalah hidupmu nanti merana dengan azab NERAKA YANG AMAT NGERI
dengan darjah kepanasan yang TERLAMPAU TINGGI


selepas itu setiap manusia akan mendatangi
Titian Sirat nama diberi
tempat lintasan yang menyeberangi neraka seakan sebuah titi
disana nanti
semua manusia 'baik' akan diberikan cahaya
tak kira tua muda miskin kaya
tak kira orang beriman sejati, munafik atau yang punya banyak dosa
yang kafir confirm dah gelap gelita 
baru je naik dah tersembam muka jatuh ke dalam neraka
yang baik ini akan ada yang tersiat daging akibat sabitan duri-duri titi yang mencarik tubuhnya
ada pula yang Allah padamkan cahaya di tengah-tengah titi terus gelap gelita
jatuhlah ia ke dalam neraka jua akhirnya
yang paling aku gembira untuk mendengarnya 
akan ada juga yang melintasinya seperti lintasan cahaya
semoga aku dan korang semua tergolong dalam golongan yang diberikan cahaya
dan selamat menyeberanginya




mungkin ada yang bertanya
sepanas apakah api yang ada di dalam neraka
berapa darjah celsius kah ia
mai sini aku nak bagitahu hangpa semua
diberitahukan kepada kita semua
andai satu pintu neraka Jahannam itu dibuka
di sebelah Timur pasti orang di bahagian Barat akan meleleh mencair otaknya
itu baru hawa yang korang rasa
belum apinya lagi yang kena secara dekat dan nyata
dikhabarkan oleh baginda Nabi bahawa sesungguhnya
api di dunia yang digunakan seluruh penduduk dunia baru 1/70 daripada kepanasan api di neraka
errr..bayangkan api yang paling panas kat dunia
aku agak dalam 10000 darjah celsius la
pastu korang kumpul api tu yang digunakan sejak Nabi Adam dan Hawa
sampai la zaman kita
dan korang cuba darab dengan agka 70 
mesti terkejut tenuk korang dengan angka yang tertera
aku tak mahu cerita panjang yang aku tahu memang sangat dasyat dan seksa!


Korang tahu tak kat dalam neraka sana
ada satu bukit yang akan Allah suruh korang daki sampai ke puncaknya
setiap kali korang letak je tangan habis meleleh mencair dan kembali ke asal apabila korang mengangkatnya
maka diriwayatkan ada yang menghabiskan jangka masa
70 tahun untuk mendakinya
begitulah pula masa yang diambil untuk menuruninya
Warghhhhhhhhhhhhhh! Dasyatnyaaaaa!!


Korang nak tahu tak kat dalam neraka sana
ada satu lembah untuk yang selalu meremahkan solat dan selalu mengikut hawa nafsu durjana
lembah yang terbuat dari aliran nanah dan darah penghuni neraka
errr..yang meremehkan solat? kalau yang langsung tak solat macamana?
korang paham-paham la
meremehkan pun dah kena azab camni yang dah terlampau seksa
bayangkan yang selalu buat-buat lupa
dengan alasan banyak kerja
dan juga kerana tidur itu lebih utama
agak-agak korang seksa mana yang akan ditimpakan padanya?


Jadi korang pun mesti la tertanya-tanya
apakah menu utama yang menjadi santapan penghuni tetap di sana
jadi sini ada huraiannya


1. Pohon Zaqqum, mayangnya seperti kepala syaitan, tumbuh di bawah dasar neraka Jahim, setiap yang memakannya, maka ususnya akan terburai. (QS. Ash-Shaffat: 62-68)
2. Pohon Dhari, yaitu pohon duri yang sangat keras, tidak dapat menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar, karena ia menyumbat tenggorokan, tidak keluar dan tidak juga masuk ke dalam perut, demikian menurut Ibnu Abbas. (QS. Al-Ghasiyah: 6)
3. Ghislin, yaitu nanah bercampur darah yang keluar dari tubuh penduduk neraka. (QS. Al-Haqqah: 35-37)
4. Al-Hamim, yaitu air yang sangat panas yang akan disuguhkan dengan besi panas yang ujungnya dibengkokkan. (QS. An-Naba’: 24-25)
5. Al-Ghassaq, air yang sangat dingin. Menurut Ibnu Umar ia adalah nanah kental yang jika setetesnya ditumpahkan di barat bumi, niscaya penduduk timur akan mencium baunya yang sangat busuk.
6. Ash-Shadid, (QS. Ibrahim: 16), yaitu air nanah bercampur darah. Ibnu Rajab berkata, air shadid akan membuat wajah mereka hangus, sekaligus membuat seluruh kulit kepala dan rambutnya mengelupas


jadi lepas dah tengok menu di atas ni semua
adakah korang masih berselera nak membuat 'bekalan' ke neraka sana?
adakah korang masih nak tangguh untuk ubah perangai hantu korang kepada perangai calon ahli syurga?
ataupun memang korang rasa korang ni pandai kawal masa?
sampai sekarang berniat nak berubah bila dah tua
kononnya mati dalam keadaan suci sebab sempat taubat daripada segala noda
mana la tahu lepas je korang baca entry kali ni
ketika sedang menuju ke sebuah tempat kerana ada satu aktiviti
korang tiba-tiba dirempuh lori
hancur berkecai lah korang punya otak dan gigi
sepertimana berkecainya harapan korang untuk BERTAUBAT SEBELUM MATI


~ HATI- HATI ~









p/s : Orang-orang kafir dapat mendengar raungan suara neraka yang penuh dengan kegeraman dari jarak yang jauh. Allah berfirman:
“Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka mendengar kegeramannya dan suara nyalanya.” (QS. Al-Furqan: 11).Juga firman-Nya:“Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah.” (QS. Al-Mulk: 7).Ka’ab pernah berkata kepada Umar bin Khaththab:“Demi Allah, Neraka Jahannam akan mengeluarkan gaung suaranya. Tidak ada satu malaikat yang dekat kepada Allah atau makhluk yang lain kecuali akan terjatuh di atas kedua lututnya sambil berkata: “Ya Allah, pada hari ini hendaklah manusia mengurus dirinya sendiri-sendiri.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

12 comments:

  1. “Dan Neraka Jahannam itu memiliki jembatan yang lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Di atasnya ada besi-besi yang berpengait dan duri-duri yang mengambil siapa saja yang dikehendaki Allah. Dan manusia di atas jembatan itu ada yang (melintas) laksana kedipan mata, ada yang laksana kilat dan ada yang laksana angin, ada yang laksana kuda yang berlari kencang dan ada yang laksana onta berjalan. Dan para malaikat berkata: ”Ya Allah, selamatkanlah. Selamatkanlah.” Maka ada yang selamat, ada yang tercabik-cabik lalu diselamatkan dan juga ada yang digulung dalam neraka di atas wajahnya.” (HR Ahmad 23649)

    ReplyDelete
  2. “Allah akan memanggil umat manusia di akhirat nanti dengan nama-nama mereka ada tirai penghalang dari-Nya. Adapun di atas jembatan Allah memberikan cahaya kepada setiap orang beriman dan orang munafiq. Bila mereka telah berada ditengah jembatan, Allah-pun segera merampas cahaya orang-orang munafiq. Mereka menyeru kepada orang-orang beriman: ”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebagian dari cahaya kamu.” (QS Al-Hadid ayat 13) Dan berdoalah orang-orang beriman: ”Ya Rabb kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami.”(QS At-Tahrim ayat 8) Ketika itulah setiap orang tidak akan ingat orang lain.” (HR Thabrani 11079)

    ReplyDelete
  3. err .. tanye skit .. zombie mmg suke lori ke ??

    ReplyDelete
  4. suka..apabila lori tu pandai buat orang sedorkan diri yang dia tu akan mati sekejap sahaja lagi..wakakaka eh eh!

    ReplyDelete
  5. entry yg bagus....n bg keinsafan....

    ReplyDelete
  6. insaf... thanx zombie

    ReplyDelete
  7. plaja pondok ke? ana minat ngan entri2 anta..

    ReplyDelete
  8. Zombie insaf orang biasa2 je.cuma seorang bekas zombie

    ReplyDelete
  9. Zombie, zombie suka Ustaz Azhar tak?

    ReplyDelete
  10. semua orang yang berilmu dan menyampaikan ilmu Zombie Insaf suka..kenapa?

    ReplyDelete
  11. Alhamdullh...jmpe jgak ngn blog y sgt2 menrik ni..bahasa y digunakn sngt ringn n santai,seswai utk mnarik golongn belia cm sye....Ya Allah, bnyknye dose ku ini...T-T...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...