Sunday, July 3, 2011

Nak Pakai Tudung Labuh Ke Taknak?



Bila terpandang tudung jenis LABUH DI SEBUAH KEDAI :

Sisi Jahat : Lawa kalau aku pakai tudung ni..senang aku nak tackle Ustaz-ustaz Mesir yang dah nak habis belajar tu nanti..tapi alaaaaahhh..Ustaz je kot..baik aku cari doktor ke businessman ke pekerja MLM ke..lagi la berharta..takde la anak aku merempat sini sana..lahir-lahir je kat dunia dah masuk banglo dah..kahwin dengan Ustaz ni ada yang terberanak dalam pondok buruk berlantai papan playwood kan..

Sisi Baik : Subhanallah..lawanya tudung ni..dah lama aku berniat nak pakai..memang segan..tapi apa salahnya kalau ianya untuk kebaikan kan..tak kisah la orang nak kata aku sengaja mencapap ke sengaja nak melawa ke..ada aku kesah? Mulut orang susah nak tutup, pot pet pot pet tu dah lumrah manusia..aku hanya perlu bersabar sikit je dengan mereka..lama-lama nanti diam jugak akhirnya..sekejap je..On! Aku beli..

Bila dah siap beli..
Maka sampai dirumah..terus korang menyarungkannya..bila lihat korang berTUDUNG LABUH DI DEPAN CERMIN : 

Sisi Jahat : Euwwww! Dah macam makcik jual goreng pisang pulak aku tengok..labuh sangat la pulak..malu la dengan kawan-kawan..malu la dengan family..dah la semua free hair..takkan la aku sorang bertudung..dah la labuh pulak tu..macam watak the ugly duck la pulak aku ni..ishhhh! Tak boleh jadi..kena tukar balik nampak gayanya..

Sisi Baik : Ehhhhhh! Jap-jap-jap! Syaitan memang suka buatkan benda-benda elok ni nampak macam buruk, nampak macam hodoh..lagipun aku ni dah lama pakai tudung tak sempurna..dada terdedah sini terdedah sana..aku perasan je budak laki suka je tenung dada aku..tapi aku buat-buat tak tahu je la..alaaa,semua orang camtu kot..tapi sekarang baru aku tahu kenapa la gejala rogol makin berleluasa..aku taknak jadi sebab perempuan lain kena rogol..mungkin masa dia tengah tenung dada aku tu nafsu dia dah membuak-buak,cuma mungkin ramai orang, maka dia balik dia tempias kat jiran tetangga ke dekat kambing ke dekat adik sendiri ke..mana la tahu kan..aku taknak tanggung semua tu! 

Bila dah MELANGKAH KELUAR dengan tudung LABUH menjadi hijabnya :

Sisi Jahat : Ehh..asal la semua orang pandang aku semacam je? Salah pakai eye shadow ke ni?  Haaa..kan aku dah cakap aku taknak pakai tudung labuh..tengok semua dah pandang lain macam..arghhhhhhhhhhh!
Haaaa..lagipun aku pernah dengar Ustazah cakap syarat tutup aurat ni asalkan tutup rambut dan bahagian dada..buat ape labuh-labuh kan..haaaa..Good point!

Sisi Baik : Cuba renung balik..perempuan solehah ni ibarat permata di sebalik timbunan kaca..cahayanya luar biasa..tu yang semua nak tengok tu..lagipun aku tahu sebenarnya jauh di sudut hati, diorang sejuk melihat wanita berpenampilan camni..lagi satu Nabi pernah bersabda yang beruntunglah orang yang 'asing' di akhir zaman nanti..maksudnya yang golongan yang seakan macam alien..macam orang asing..so aku berharap aku lah salah seorang daripada yang beruntung tu..
Memanglah pakai tudung yang dah tutup dada tu dah dikira tutup aurat..tapi pakai tudung labuh ni menjarakkan kita daripada hampir dengan benda-benda haram tersebut..

Sisi Jahat : Alaaahh..jangan buat yang haram sudah lah!

Sisi Baik : Camni, bila dah pakai tudung labuh ni..nak mengumpat ke nak bergosip ke confirm dah rasa segan..kita dah jadi simbol wanita solehah seluruh dunia kot..salah gaya nanti silap-silap kita yang menjadi perosak nama kepada semua wanita solehah yang ada..nak lepak-lepak ke dating ke hisap rokok ke mencarut ke apatah lagi..pernah ke tengok wanita bertudung labuh dengan selamber badak lepak dekat kedai mamak sambil mulut hembus asap rokok? Takde kan? Sebab bila dah pakai tudung labuh ni secara automatik kita jadi segan nak jadi JAHAT..Bila dah segan nak jadi jahat, jauhlah daripada maksiat, maka syurga pun makin mendekat!

Sisi Jahat : Ermmm..alaaa..nanti laki takut la nak dekat dengan aku..dah la bertudung labuh..muka tak kiut..berisi pulak tu..lengan dah sama besar dengan peha dah..

Sisi Baik : Jangan risaulah! Jodoh tu Allah dah tentukan sejak aku lahir lagi..dah tertulis dah di Luh Mahfuz nama suami aku..sampai masanya dia akan datang jugak..lagipun bila aku bertudung labuh ni mesti la dia nak kat aku bukan sebab rupa atau harta aku..mesti dia nak kat aku sebab usaha yang aku dah buat untuk menjadi solehah..Allah Maha Adil..jadi itu bermakna..calon suami aku InsyaAllah adalah orang yang celik agama..mencari isteri mengikut hadis baginda Nabi..supaya mencari yang beragama melebihi faktor-faktor yang lain..

Sisi Jahat : Yelaa..yelaa..kali ni ko menang..aku surrender buat sementara waktu..ada ubi ada batas, di lain entry aku balas..wahahaha!


p/s : Dialog di atas hanya boleh memicu korang memikirkan di antara dua pilihan..pilihan adalah di tangan korang..kerana hidayah tu memang dalam genggamanNya..maka Zombie Insaf berdoa semoga Allah memilih kita menjadi calon penerima anugerah hidayahNya..ameen!

p/s : Zombie Insaf tak paksa korang buat apa-apa..sendiri baca, sendiri pikir..sendiri kubur, sendiri ingat..bak kata pepatah lawak ciptaan manusia 
" Lu Pikir la Sendiri "


Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

18 comments:

  1. Dialog di atas hanya boleh memicu korang memikirkan di antara dua pilihan..pilihan adalah di tangan korang..kerana hidayah tu memang dalam genggamanNya..maka Zombie Insaf berdoa semoga Allah memilih kita menjadi calon penerima anugerah hidayahNya..ameen!

    ReplyDelete
  2. saya suka gaya penulisan anda..teruskan berkarya ya!

    ReplyDelete
  3. wokeyh..teruskan berdoa supaya Zombie Insaf akan terus insaf..kalau dah hilang keinsafan tu takut dah tak boleh menulis lagi dah..nauzubillah!

    ReplyDelete
  4. Allahualam.... insaf2 la wahai manusia.. suka2

    ReplyDelete
  5. sye x pnh jupe blog yg btul2 bleh bukakn mata hati sye...sbb stgh2 org tu prlukan bhsa tegas utk sedar..syukran..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya banyak entry dalam blog ni adalah untuk diri sendiri..sebab Zombie Insaf terlalu lembut, jadi kena tulis kasar sikit kasi diri sendiri ni sedar sikit..berkongsilah hidayah anda kepada dunia.jom!

    ReplyDelete
  7. terima kasih byk2 zombie...btol2 buat aku sedar...T.T

    ReplyDelete
  8. ucap lah puji pada Allah..alhamdulillah..bila rasa hidayah tiba-tiba masuk dalam dada..ucap Subhanallah..

    ReplyDelete
  9. salam...blog yang santai tapi berisi..teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  10. wassalam..teruskan membaca secara santai juga ye..

    ReplyDelete
  11. This entry style is nice, but I don't think the dialogue conveyed the spot on message from women who want to switch up to tudung labuh.

    ReplyDelete
  12. "kahwin dengan Ustaz ni ada yang terberanak dalam pondok buruk berlantai papan playwood kan.."
    boleh pulakkan sampai macam tue pikir...
    hehehe..
    btw, insaf rasanya ,
    ade gak niat nak pakai tudung labuh nie..
    insyallah, doa2kan lah...
    amin

    ReplyDelete
  13. mabruk!!! (sambil tunjuk ibu jari) ini entri wa manyak suka ma..ada bagus lu kasi bwat e2 entri ENTITI BUKTI mengaji akhirat lebih penting daripada dunia... ;-)

    ReplyDelete
  14. dialog yg sgt bagus sekali..like it

    ReplyDelete
  15. Mabruk, akhi :)

    Cuma ana mohon nak betulkan sikit, sebenarnya hukumnya ialah "melabuhkan tudung hingga ke bawah dada" bukan semestinya bertudung labuh. Kalau bajunya adalah jubah yang labuh dan longgar tak nampak bentuk badan, maka memakai tudung labuh adalah sunat, tapi kalau dia pakai tudung biasa yang cukup menutup bentuk dada, sudah memadai. Masalahnya, berapa ramai org ppuan yang sudi pakai baju longgar, labuh dan shapeless...maka kenalah pakai tudung labuh. Baju kurung pun ada yg sendat dan jarang!

    dari ana yang bertudung labuh :)

    ReplyDelete
  16. terima kasih di atas penjelasannya ukhti..

    ReplyDelete
  17. saya nak pakai jgk la abg zombi..bleh???

    ReplyDelete
  18. en. Han : boleh3..boleh blah!wakaka eh eh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...