Wednesday, June 29, 2011

Transformers 3 Vs Isra' Mi'raj



Lokasi : Persimpangan Jalan Kebun Raja..Simpang kiri menghala ke panggung wayang..simpang kanan menghala ke Masjid Terapung Raja Berkebun..

Waktu : Selepas azan maghrib..kira-kira jam 7.38pm waktu Malaysia

Suhu : check sendiri

Pelakon : Bayangkan korang bersama mahram masing-masing

Ok..akhirnya siap juga setting untuk shooting filem arahan Zombie Insaf kali ni..bayangkanlah korang di tengah-tengah persimpangan jalan..dengan jalan jem dan berhabuk..ditambah pula bunyi hon yang mencairkan taik telinga korang..ada ambulance pulak tengah bunyi niiii nooo niiii nooo ( macam pelik je bunyi ambulance versi Zombie Insaf )..bayangkan bunyi van mayat je la ye bagi yang lemah daya imaginasi tu..ada kemalangan rupanya..ada motor kapcai berlaga dengan kereta BMW 8-series..macam tak teruk sangat..nampak roti berterabur kat sebelah kiri tempat pemandu..putih semacam..korang pun fokus la pada roti putih tu..owhhh tulang kepala rupanya.( adegan ini hanya tokok tambah merapu sahaja..sila jangan imagine lebih-lebih-arahan pengarah )..dah bayangkan belum? Laaaa..kalau tak bayangkan camne cerita ni nak jalan..ishhhh..tutup mata..pastu bayangkan..ok? dah? kita mulakan cerita..one..two..three..action!

Masa tu korang tengah bawak kononnya adik la kat belakang motor tu..kata adik dia nak sangat abang dia ( korang la ) tengok cerita kesukaan dia..katanya cerita Transformers 3 baru keluar panggung..tengah meletooooop letopppp katanya la..bagai pucuk dicita ulam mendatang bersama budu pulak tu..korang yang memang tengah desperate giler nak tengok cerita tu pun dengan machonya bersetuju nak temankan adik korang..Vroooooooooom! Selepas solat maghrib korang pun pecutlah motor bersama si adik tercinta tu kononnya la..kononnya nak temankan si adik la..Sampai je di tengah persimpangan Jalan Kebun Raja yang mana jalan ke kirinya menghala ke panggung wayang di mana cerita Transformers 3 akan ditayangkan dan jalan sebelah kanan yang menghala direct ke Masjid Terapung Raja Berkebun maka..TIBA-TIBA..

" Arghhh!! Adik, abang lupa la yang abang dah janji dengan ayah nak pergi dengar kuliah agama tentang Isra' dan Mi'raj malam ni lepas maghrib kat Masjid Terapung Raja Berkebun..camne ni?". 

Laaaa..rupa-rupanya dua benda 'besar' ni berlaku pada waktu yang sama..simpang ke kiri menuju ke pawagam..simpang ke kanan menuju ke kuliah Isra' Mi'raj yang hanya setahun sekali je ada..Kalau lah korang TAK BERLAKON, mana satu pilihan hati? Terus pecut ke simpang kiri ataupun bawak slow-slow ke simpang kanan? Jeng..Jeng..Jeng..(diselangi sound effect bunyi jet Transformers meletup dibom pesawat America..wahahaha!)

Disini Zombie Insaf nak bangkitkan tentang persoalan PILIHAN di dalam kehidupan..setiap masa setiap ketika kita diberi pilihan..contohnya..

A. Si Hawa : " Ermmm..baju mana ek aku nak pakai hari ni..jap lagi nak pegi Mall..kalau pegi Mall boleh jumpa mamat berwajah Korea ( jap Zombie Insaf nak menyampuk.." Saudari, sila jangan sebut pasal muka saya boleh? " )..boleh buat-buat jatuh eskalator pastu mana la tahu ada mamat hensem sambut aku pastu bla..bla..bla..kalau pakai tudung labuh ni orang kata aku Ustazah..mana ada mamat Korea nak sambut ustazah yang jatuh dari eskalator..kan?..Ehh..yang ni HOT sikit..nipis sikit pun takpe la..sekali sekala"..

B.Si Adam : Wuarghhhhh! ( burok benor bunyi menguap ).."Bestnye tido..mimpi tengah tido pulak tu..aishh..best sungguh!..ermmm..ehhh..lupa pulak aku dah basuh semua baju aku..tinggal kain pelikat dengan seluar pendek je..mana satu nak pakai ni? Jap lagi nak beli nasi lemak kat depan tu..Ahhh! Malas aku nak pakai kain pelikat..macam pakcik baru balik sawah je gayanya..pakai seluar pendek la best sikit..baru macho..bulu kaki pun tengah lentik ni"..

Beginilah sedikit sebanyak pilihan yang kita kena hadapi tiap-tiap hari..macam-macam ragam..macam-macam karenah..tapi ramai antara kita ni memang tak pernah nak reti macam mana nak pilih..pilih yang ini, yang itu rosak..pilih yang itu, yang ini pulak terkubur..arghhhhhhhhhh! Mungkin sekarang korang pun tengah memilih samada nak teruskan baca tulisan Zombie Insaf ini ataupun tidak..merapu je kerja! ( merapu pun merapu jugak tapi Zombie Insaf tak merapu sia-sia..ada sindiran dan rahsia dasyat di sebalik kerapuan itu semua ).. “Tengok, merapu lagi”, korang masih mengata..

1.   1. Bro, dah tu aku nak pilih mana satu?

2. 2. Di sana hanyalah menanti..lala..disini hanyalah menunggu..lala..( sejak bila pulak la Zombie Insaf izinkan korang melalak kat sini..blah2 – Zombie Insaf memilih untuk menghalau kamu )

3.  3. Sob3..sebenarnya aku telah dihalau keluarga akibat..akibat..warghhhhhhh! akibat aku telah membuat pilihan..Zombie Insaf..tolonglah aku..aku tak tahu apa salah aku..aku cuma membuat pilihan..aku bukan merompak..aku tak mencuri..aku cuma memilih nak jadi perempuan..salah ke aku?salah ke?memang la nama aku Farhan..tapi entah kenapa aku rasa nama Farhana lebih melekat dengan jiwa aku..aku pilih la untuk jadi Farhana..salah ke aku? ( pulaaaaakkk daaaah! Bengong sungguh! Benda halal dan haram ni memang bukan satu pilihan..itu bukan persimpangan..tapi memang dah wajib pilih yang halal daripada yang haram..nak jadi perempuan silakan..tapi sila pakai kain kapan kebal api dan kebal dari segala jenis cemeti dan pukulan besi ketika anda mati ! FULLSTOP )


“Solat sunat istikharah”
Maaf..Istikharah ini bukan nama sejenis kuih muih tradisional daripada negara arab..tapi solat sunat istikharah adalah salah satu cara yang Allah kurnia ketika mana nak buat pilihan..ramai salah paham yang solat sunat istikharah ni hanya boleh dibuat ketika mana nak pilih calon isteri..bukaaaaaan itu sahaja bro! Banyak lagi benda lain korang boleh gunakan solat sunat istikharah ni untuk membuat pilihan..nak tahu lebih lanjut..cuba telepon 999..pastu tanya dia punya operator kat mana tempat kuliah agama ataupun kat mana rumah ustaz Kafa berdekatan..lepas korang dah dibebaskan daripada penjara ( akibat daripada memandai membabi buta dalam menggunakan nombor emergency negara ) maka korang boleh la tanya ustaz ataupun alim ulama’ yang berdekatan tentang solat sunat istikharah ni..


“Hadapkan pilihan kepada kematian”
Korang pernah tak hadapi situasi dimana sehelai duit rm100.00 korang tiba-tiba berdialog dengan sekeping duit rm0.50?

Rm100.00 : Bestnye aku holiday hari tu..pergi sunway lagoon, tengok wayang cerita Transformers 3, naik kereta kabel, pegi kedai ikan patin sungai Pahang..dan banyak lagi la..ko pergi mana je?
Rm0.50 : Macam biasa la..kadang-kadang lepak kat surau..paling power pun aku niat iktikaf kat dalam tabung masjid..tapi kadang-kadang aku lepak je dalam tabung anak-anak yatim mangsa letupan nuklear Jepun..

Tak paham ke? Buat-buat paham dah la..

Jadi kenapa Zombie Insaf keluarkan statement bahawa untuk membuat pilihan korang perlu hadapkan kepada kematian? Contoh macam dialog kat atas..kalaulah ada kat depan korang satu tabung masjid dan dibelakang korang awek tengah merengek-rengek mintak duit rm100.00 katanya nak beli jajan..( Bengong sungguh! Kaki cukur! Ehh..arghhhh..apa-apalah..asal ada perkataan cukur ), mana satu antara duit 50sen dan rm100.00 yang akan dimasukkan kat dalam tabung masjid? Disinilah korang kena hadapkan pilihan korang tu kepada kematian..bayangkan lepas korang dah buat pilihan..dalam 2saat selepas itu tiba-tiba korang pun terdengar..Rassssssss! Tummmmmm! KebaaaaBoooom! Rupanya sayap jet pejuang Amerika jatuh tepat-tepat ke medulla oblongata korang ( bahasa senang, kepala otak hang dah berkecai la masa tu ) akibat ditembak jatuh ketika sedang berlawan dengan jet pejuang Transformers..korang rasa la kan lepas dah meninggal waktu tu pilihan yang mana yang korang baru je pilih sebentar tadi yang boleh memberi manfaat ketika korang dah mati nanti? Kepuasan muka awek yang baru dapat rm100.00 ataupun penuhnya tabung masjid dengan wang rm100.00 korang itu tadi? Seperti juga benda lain..masa nak pilih tu bayangkan dulu kalaulah lepas korang dah mati nanti yang mana satu lebih memberi manfaat..sekian.

p/s 1 : Dengar-dengar tarikh tayangan Transformers 3 di seluruh dunia jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh Isra' Wal Mi'raj..mungkinkah ianya perancangan Yahudi? Tewaslah sape-sape yang tak reti memilih..ish3

p/s 2 : Zombie Insaf telah pun membuat pilihan samada nak jadi Zombie Kampung Pisang ataupun nak jadi Zombie Insaf..korang?

Hikayat Romeo : Aku Memang Pencinta Wanita


Ini kisah tentang aku
yang digelar Romeo Macho alaf baru
cerita tentang hidup aku yang haru biru
kerana ape? Jom baca dulu..

Aku lahir-lahir je kat dunia terus dapat gelaran baru
aku digelar yatim piatu
masa aku kecil bengap sikit aku punya IQ
aku ingat tu panggilan untuk budak comel tahap warghhhh macam aku
rupanya tu panggilan orang yang dah takde ayah takde ibu
mananya tak yatim dan piatu
aku terDiberanakkan di tepi pintu
pintu kereta yang terbabas akibat nak mengelak minah gila yang tak pakai baju
mana la tak terkejut beruk ayah aku
dah la tengah bawak kaw kaw punya la laju
tiba-tiba je..( ni la nak kata malang memang korang tak boleh bau )
tengok minah gila berbogel menari di Karak Highway macam Zombie tertelan skru
dah break emergency tapi...fuhh..menari nari kereta ayah aku
yang tak bestnya sampai ke bawah gaung baru lah kereta tu berhenti kaku
itu lah kejadian 30 tahun yang lalu..

Sejak mak aku meninggal dunia
hidup aku jadi huru hara
semua benda aku rasa tak kena
aku jadi berdendam dengan sorang perempuan gila
yaa..minah gila yang dah porak perandakan aku punya keluarga
ada ke menari tengah jalanraya
lain kali menari je la tepi sikit takde la arwah ayah aku terkejut tenuk dibuatnya
baru sekarang aku sedar bengong jugak aku ni dulu rupanya
marahkan orang gila
nama pun minah gila..

tapi oleh kerana minah gila pun aku tak tahu sapa
maka aku putuskan untuk balas dendam kat wanita seluruh dunia
apa orang nak kata warghhhhhhhhhhhh aku tak kira
akhirnya muncullah Si Romeo..Pencinta Wanita
si playboy profesional tahap dunia
manis mulut kalah gula melaka
yang pakai skirt ke tudung labuh ke tak pakai apa-apa ke aku rembat je semua
bila dah bagi harapan cinta
dan ambik kesempatan sekali dua
maka aku tinggal diorang macam korang tinggal ibu bapa kat rumah orang tua

teknik aku camni
untuk yang bertudung labuh dan punya tingkat kesolehahan takat tinggi
mula-mula aku tunjuk kesolehan diri
mengaji kalah negara punya Qari
tak masuk bab dahi hitam kononnya banyak sujud sahwi
mula-mula bagi sms kononnya bertanya bagaimana nak jaga kesucian hati
Bengong! Dia tak perasan ke itulah teknik aku paling keji!
akhirnya melarat sampai si dara tu dah tak suci
akhirnya aku tinggalkan dan aku gelak seorang diri

yang skirt pendek apatah lagi
pacak rambut sikit ditambah murahnya senyuman sampai ke pipi
buat-buat caring kononnya kau lah satu-satunya wanita di hati
buat-buat puji kononnya kau lah gadis idaman setiap lelaki
Bengong! Dia tak perasan ke itulah teknik aku paling keji!
akhirnya melarat sampai la si gadis tu termengandung walau takde suami
akhirnya aku tinggalkan dengan senyuman tanda puas hati

berjaga-jagalah wanita
mungkin aku sekarang adalah couple yang anda sedang cinta
mungkin aku sekarang adalah lelaki yang sedang korang puja
mungkin aku sekarang adalah 'lelaki soleh' yang sedang kau cair dengan kesolehahannya
mungkin anda sekarang..adalah wanita yang sedang aku NODA..


p/s : Zombie Insaf bukan playboy..tetapi seorang boy yang suka play-play..wakaka eh eh! Apa-apa pun, kepada wanita di luar sana..jagalah diri korang..laki ni macam serigala bila dah ada wanita di depan mata..lebih-lebih lagi yang mudah dipegang..apa lagi yang mudah dirangsang! Ingat..ingat..ingat..aku sayang korang sebab baginda Nabi terlebih-lebih lagi la menyayangi korang sebagai seorang wanita..sebagai umat baginda..aku sayang korang kerana ini pesanan dari baginda..supaya bela korang..selagi aku masih bernyawa..peace!



Tuesday, June 28, 2011

Apa kaitan Dragon Ball Z, Kita dan Nabi?


Pekabo Geng Zombie Insaf di luar sana? maaf lah dah lama tak update blog..busy pulak dua tiga hari ni melayan cerita Dragon Ball Z..argggggghhhhhhhh membazir masa la pulakkkkk! Bukan apa..sekarang tengah free..kerja tak banyak sangat..hidup pun macam panjang je lagi..( perasan immortal ).Cuma hari ni nak kongsi bab cerita Dragon Ball Z...boleh?

1. Haha..Zombie Insaf dah mula merapu..haha..( yela, daripada terjerumus tengok movie dari barat yang penuh elemen keseksian dan keseksaan melampau tu baik la tengok Dragon Ball Z..kan? - sikap umat manusia mencari dalil untuk membenarkan perbuatan lagho..warrrhhhh pedasnyaaa!!!)

2. Cerita tu zaman nenek aku cun melecun lagi bro oiii.mak aku tengah hisap jari kaki lagi rasanya masa tu..kuno betol ko rupanya..takde kerja tu buat-buat la beramal sikit..kubur kata " mali sini maa" rumah pula berkata " shuhhhh choww laa "..( Warghhhhhhhhh! HATI rasa bagai dihiris sembilu pastu dikerat-kerat, ditusuk-tusuk pastu kan, dibaling jauh-jauh dalam semak pastu kan ada binatang buas dalam semak tu gigit hati tu pastu kan arghhhhhhhhhhhh ape la Zombie Insaf merepek ni..konklusinya nak cakap bahawa hati ni pedih ngan sindiran tu..puas hati? pedas woo! )

Dalam cerita Dragon Ball Z tu ada banyak watak..tapi cukuplah Zombie Insaf sebutkan disini beberapa watak utama sahaja supaya kepala otak korang tak mengalami " traffic jam " sebab wataknya cukup la banyak untuk diingat satu persatu..Dalam cerita tu Son Goku adalah watak utama..dalam cerita ni Son Goku adalah seorang budak yang daripada kecil sangat la gigih..Daripada kosong si Son Goku ni bermula tapi lepas training ke sini sana maka akhirnya..fuhhh..jadi pahlawan/pendekar/penyelamat dunia..dunia beb! Bukan macam kita..jadi penyelamat sorang awek yang tengah terjun dari tingkat lapas belas sebab putus cinta pun dah bangga.Hidung kembang kempis jaja cerita sini sana..sampai umur 80 tahun pun jaja cerita yang sama..Pujioo Desparadooo sungguh ( desperate pujian daaa..bahasa Islamic sket ujub la )..


WAlau Son Goku tersangat la hebat..dari atas lutut sampai ke dagu semuanya tentang beliau tu sangat dasyat..bab berlawan tak payah cakap..tapi..Entah apekejadah agama Son Goku tapi banyak je benda karut marut yang beliau percaya contohnya :

A. Son Goku percaya ada 7 biji bola yang digelar Bola Naga atau dalam bahasa englishnya adalah Dragon Ball yang apabila dikumpul bersama maka menjelmalah seekor naga yang besar dan mampu memakbulkan permintaan sesiapa pun hatta nak tukarkan si nenek kebayan kepada anak dara pingitan dan tukarkan si Shah Rukh Khan yang tak berapa macho kepada Zombie Insaf yang tersangat macho tu pun naga tu mampu..( Sila percaya bab kemachoan ni bulat-bulat..pleassssse! )

B. Son Goku juga percaya bahawa ada Tuhan selain Allah..( giler syirik kaw-kaw punya )..ada sorang alien ni sesat daripada sebuah planet yang digelar Planet Nameck..turun-turun je kat Bumi yang indah nan permai ni je terus declare diri tu jadi Tuhan Bumi dengan slamber badak camtu je..Son Goku and the gang pulak main angguk je..sesat beb! 

C. Dan banyak lagi..lenguh plak jari nak taip panjang-panjang..wakaka eh eh!

Jadi, Zombie Insaf bukan berniat dan bangkitkan isu kesesatan fahaman dalam cerita Dragon Ball Z ni tetapi Zombie Insaf nak korang berfikir sejenak..kenapa Son Goku tu boleh berjaya walaupun dia bukan beragama Islam?Cuba fikir sejenak...sejenak.............................dua jenak........................tiga jenak..................dah? Tidakkah timbul dalam otak/minda/hati/kepala hotak korang akan persoalan-persoalan ini :

1. Kenapa aku ni walau tiap-tiap kali lepas solat terus berdoa berdoa dan terus berdoa pada Allah tapi Allah tak makbulkan jugak? Aku nak berjaya! Cuba tengok kawan-kawan aku yang beragama Hindu dan Kristian, mereka tak sembah Allah tapi setiap kali exam je lulus..arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!..adakah Allah tidak adil??


Ok2..rilek lu bro..
Memang tak dapat kita nafikan ramai je non-muslim ni kaya raya di dunia..kita boleh tengok mantan orang yang terkaya di dunia, Bill Gates..duit bersepah..goyang kaki, petik jari pun duit masuk..apatah lagi goyang pinggul..wakaka eh eh! Maksudnya kaya yang terlampau kaya yang memang kaw kaw punya la..tapi dia bukan Islam kan? Haa..jom tengok hadis ni “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta tetapi kekayaan yang sesungguhnya adalah kekayaan jiwa”. { HR. Ahmad }..dan Allah juga telah berfirman dalam Al Quran “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya”. { Al-Kahfi : 7 }.Adakah kita menjadikan kekayaan itu sebagai kayu ukur kejayaan seseorang? Cuba renung hadis dan firman Allah diatas baik-baik..

Tapi kali ni Zombie Insaf bukan nak cakap pasal adakah kekayaan itu korang boleh jadikan sebagai kayu ukur kejayaan seseorang atau tidak..tapi Zombie Insaf cuba nak jawab pertanyaan korang tentang adakah Allah tidak adil apabila orang non-muslim diberikan kekayaan dan kejayaan di dunia ni melebihi orang Islam yang tiap-tiap hari sujud padaNya sampai ada yang naik lebam dahi pun ada..adakah Allah tidak adil? Jeng..jeng..jeng ( sound effect bunyi wanita terkejut tenuk tengok dahi Zombie Insaf yang dah naik lebam lantaran selalu tahajjud..pangggg! Diselangi bunyi penamporr daripada tangan sendiri sebab suka tipu diri sendiri )

Cuba lihat dan perhati tulisan ni baik-baik..

KENAPA orang non-muslim berjaya jadi kaya tetapi kebanyakan orang Islam sampai ke hari ni dari kecik sampai la dah jadi duda dan janda terus menerus jadi papa kedana? Kerana MEREKA ( non-muslim ) BERUSAHA! Contohnya : Seorang pakcik ini selalu taat solat berjamaah di surau tetapi hampeh taknak berkerja..katanya rezeki Allah yang punya..sedangkan seorang Cina ni anjing beranak pinak dalam rumah dengan patung diasap-asap dipuja-puja pagi dan petang tapi amanah dan komitmennya dalam pekerjaan tersangat la mantap maka korang rasa yang mana satu Allah bagi jadi KAYA?

KENAPA pelajar non-muslim punya la bangun awal pagi..siap boleh kejutkan ayam supaya berkokok di subuh hari, dengan tak pernah solat subuh dan tak pernah mandi junub tapi bila ada exam je mereka la orang yang dapat results tertinggi? Mengalahkan pelajar-pelajar muslim yang lain yang selalu solat subuh berjamaah tetapi hampeh tak pernah nak ulangkaji..korang rasa yang mana satu Allah akan bagi result paling tinggi?


Mestilah Allah akan bagi kejayaan tu kepada yang mereka yang berUSAHA..tak kisah lah mereka muslim atau non-muslim..sesiapa yang berusaha mereka lah yang akan mendapatkannya..cuba tengok baginda Nabi Muhammad saw sendiri..punyalah nabi berUSAHA nak tegakkan Islam di bumi..Dibaling batu, dicaci maki, di maki hamun, dibaling najis tetapi pernah ke baginda nabi PUTUS ASA? TIDAK PERNAH! Diketuknya dari satu pintu ke satu pintu..disinggahinya dari satu rumah ke satu rumah..dilaluinya dari satu pasar ke satu pasar hingga kalaulah tapak kaki baginda meninggalkan warna nescaya satu tiada satu rumah/jalan/lorong/pasar pun yang takkan berwarna dengan warna jejak langkah baginda..Baginda terus berusaha..berusaha..dan terus berusaha kerana baginda yakin bahawa usaha secara maksimum itu adalah PERINTAH ALLAH dan hasilnya nanti Allah lah yang akan anugerahkan kepada yang terus berusaha..hanya saja masa dan waktunya dirahsiakan..agar kita terus berusaha..tengoklah hasil USAHA DAKWAH baginda nabi..betapa Islam tersebar di serata alam..hatta kalau ada manusia di bulan pun nescaya Islam akan sampai kepada mereka..subhanallah!


<< Berbalik kepada cerita Dragon Ball Z >>
USAHA..begitulah rahsia bagaimana Son Goku berjaya mengalahkan musuh-musuhnya walaupun terkadang kekuatan musuh-musuhnya jauh melampaui kekuatannya..( tiba-tiba rasa macam dah jadi duta produk Dragon Ball pulak dah )..Walaupun daripada segi agama memang Son Goku ni dah lama failed/gagal total tetapi apabila dia berusaha bersungguh maka apa yang diraihnya adalah apa yang diusahakannya..hatta orang Buddha ke Hindu ke Kristian ke kalau dah usaha, Allah akan bagi juga..TETAPI HARUS DIINGAT..
“ Apa yang Allah kurniakan kepada mereka adalah benda-benda dunia sahaja..akhirat nanti semuanya hanyalah umpama debu..takde nilai langsung..sebab dasar kepercayaan dan usaha mereka bukanlah atas nama Iman yakni kerana Allah..jadi kalau dah muslim,usaha pulak mantap,doa pun hebat, amalan lagi la dasyat..fuhhh cukup lengkap la..dunia dapat, akhirat selamat”

Jadi konklusinya bukanlah Zombie Insaf nak korang tiba-tiba pergi mengembara satu dunia mencari Bola Naga ( Dragon Balls ) kononnya nak jadi macam Son Goku tetapi cukuplah korang amik iktibar dan ibrah daripada usaha Son Goku yang tak pernah kenal erti lelah dalam berUSAHA! Cukuplah sampai situ..kalau korang nak juga tiru Son Goku daripada semua segi sah-sah korang kena tipu dek SETAN!! Sebab ape? Sebab Allah suruh korang tiru baginda Nabi tapi dek kerana ditipu setan maka korang pun beriya-iya la nak mengIDOLAkan selain daripada baginda..

Jadi, korang nak berjaya? Jom tiru baginda Nabi Muhammad saw..Usaha dasyat, doa mantap, akhlaknya terhebat! Berjaya dunia, bahagia ‘di sana’..

Korang nak sengsara? Jom tiru Son Goku..Usaha dasyat, tak kenal penat TAPI syirik pun hebat, agama Islam taknak taat! Mungkin berjaya dunia, tetapi ‘di sana’ SENGSARA SELAMANYA..



Untuk renungan bersama jom hafal dan amal ayat-ayat ni bersama :

Firman-Nya,
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada ( nabi-nabi ) sebelummu: “Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan terhapus amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” ( Az-Zumar : 65 )
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” ( Al-Ahzab : 21 )



p/s : Marathon cerita Dragon Ball Z ni belum berakhir..banyak episod lagi nak kena pulun ni..tapi..adakah nyawa Zombie Insaf takkan berakhir juga? Arghhhhhhhhhhhh! Jom solat tobat!

Thursday, June 23, 2011

Sarapan rohani di pagi ini


" Terkadang kita resah gelisah..
ketenangan pula seakan melarikan diri..
kita tercari-cari di manakah ketenangan hati..
ke sana ke sini mencari-cari..
tanpa kita sedari..pernahkah kita bertanya hati..mungkinkah sudah lama Allah dipinggirkan di tepi..mungkinkah sudah lama hawa nafsu merajai diri..cuba selidik kembali..mungkin sudah lama kekhusyukan solat hilang daripada diri..mungkin sudah lama Al-Quran hanya sekadar hiasan berhabuk di dalam laci..mungkin di situlah...
KETENANGAN yang kamu cari "

Wednesday, June 22, 2011

Apabila DiBom Ujian?

InsyaAllah pada kali ni Zombie Insaf ingin mengupas tentang ujian dan rintangan hidup..dan jangan terperanjat! Mungkin penulisan Zombie Insaf kali ini agak serius dan memerlukan tumpuan dan fokus yang tahap arghhhhhhhhh la untuk menghadam dan mencerna apa yang ingin disampaikan oleh Zombie Insaf pada penulisan kali ini..jadi dengar baik-baik ye..


Mungkin ada sesetengah daripada kita sangat tension dan meluat dengan dugaan dan ujian yang mencurah-curah menimpa..kadang-kadang dirasa bukan sahaja ujian itu bertimpa-timpa tapi sudah di tahap arghhhhhhhhhhhh sehingga barangkali sudah ada yang berfikir bahawa kematian itu adalah pelepas dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua ujian dan dugaan yang menimpa bertimpa-timpa..( ayat kompleks..sila buat-buat paham )..


Tapi perasan tak kita bahawa setiap yang terjadi ini adalah di bawah telunjuk dan arahan- Nya?
Tapi perasan tak kita bahawa setiap yang terjadi ini adalah ujian keyakinan kita kepada Qada' dan Qadar-Nya?
Tapi perasan tak kita bahawa setiap yang terjadi ini adalah penghapus dosa andai kita bersabar dengan test-Nya?
Tapi perasan tak kita bahawa segala yang menimpa diri kita adalah kehendak-Nya?


" Dan hendaknya kamu beriman kepada taqdir, yang baik maupun yang buruk." ( HR. Muttafaq 'alaih )
" Di antara kebahagiaan anak Adam adalah keridhaannya terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untuknya. Di antara kesengsaraan anak Adam adalah kebenciannya terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untuknya." ( HR. Tirmidzi )


Jadi kenapa mahu bersedih berpanjangan? Kesatlah air matamu..Ia adalah anugerah terindah andai korang-korang yang tengah bersedih tu dapat merasai ianya adalah daripada Allah semata-mata..Memang kesedihan itu datang daripada berbagai-bagai sumber..tapi yang membenarkan ianya terjadi hanya SATU..itulah Allah..mungkin usahamu masih belum mencukupi..mungkin ada kesalahanmu yang belum diampuni..mungkin sandaranmu kepadaNya belum mencukupi..mungkin korang lupa bahawa Dia selalu ada..jadi ditimpakan kepada korang ujian-ujian itu supaya korang tahu bahawa korang tidak punya apa-apa kuasa..korang tidak mampu menguasai dunia..korang tidak mampu menghentikan ujianNya..hanya Dia yang menguasai semua keadaan..yang besar mahupun yang kecil..yang terlihat mahupun tersembunyi..hanya Dia..hanya Dia yang Maha Menguasai..


Jadi mintalah padaNya..rayulah padaNya..tapi apabila doa korang seakan tidak termakbul..percayalah..Allah memakbulkan doa hambaNya dengan cara yang misteri dan berbeza..kerana Dia Penguasa alam semesta..Dia lah yang Maha Tahu tentang hambaNya..diberikan apa yang hambaNya perlukan..terkadang dijauhkan apa yang kita inginkan..kerana Dia Maha Tahu itu bukanlah yang terbaik untuk kita..walau terkadang ianya keinginan kita yang sangat mendesak..tapi beringatlah..kita takkan mampu menguasai masa hadapan..jadi jangan beranggapan apa yang terbaik di mata kita adalah yang terbaik untuk diri kita pada masa hadapan..


Jadi apa perlu korang buat?


Perhatikan ayat-ayat ni..


" Katakanlah, ' Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya." ( Al-An'am : 162-163 )


Jadi di dalam ayat ni menyebut bahawa setiap benda yang kita lakukan hanyalah dalam rangka berusaha bersungguh hanya untuk Allah..ayat ni mengajar kita untuk berusaha..berusaha..dan terus berusaha..sampailah masanya Allah akan menilai dan memberikan penilaian atas usaha kita itu..kerna redhaNya itu adalah misteri..dan akan cuma terungkap pada hari kiamat di waktu pembalasan atas setiap apa yang kita dah usahakan..begitu juga UJIAN..tugas kita adalah berusaha..berusaha..dan terus berusaha untuk mengatasi ujian dengan cara yang Allah redha..dan keputusannya? Ya, ini lah masalah paling mendasar untuk hati kita..Yakinlah korang semua bahawa hasil atas setiap apa yang kita usahakan adalah langsung daripadaNya..bukan di atas kehendak kita..kita hanyalah ditugaskan untuk berusaha..dan Allah lah yang akan menilai dan memberikan hasilnya..Jadi senyumlah, kerna ianya dari Tuhanmu! ( Mode Zombie tersenyum comel : ON )



p/s : Fuhhhh..pertama kali Zombie Insaf merasa diri ni dah jadi penulis yang sopan dan serius..adakah ini petanda bahawa empayar Zombie Insaf akan berakhir? No way man! Kereta kancil tetap kereta kancil! Takkan pernah ianya tiba-tiba ubah mode dan bertukar menjadi BMW 3-series..begitu juga Zombie Insaf..akan selalu menjadi diri sendiri walau dibenci, walau digilai, walau disukai..ehhh..banyak pulak puji diri sendiri..wakaka eh eh! Selamat menjadi diri sendiri!

Tuesday, June 21, 2011

Jangan Pernah Mengalah Kawan!





" Jangan pernah mengeluh kerna ia takkan menyelesaikan apa-apa..andai kita jatuh, bangunlah..jika telah bangun, majulah..kerna Islam tidak memerlukan ummat yang mengeluh tetapi Islam perlukan ummat yang berazam ketika sedang jatuh, semangat dalam kebangkitan dan terus maju dengan gemilang "


p/s : Rasa macam kanak-kanak sekolah pulak entry kali ni..tapi takpe..yang penting korang, Geng Zombie Insaf dapat amalkan..dari hati akan sampai ke hati..kalau sampai di kaki tu maaflah..mungkin ikhlasKU masih di tahap kakiMU..( mode Zombie sayu : ON )

Robot Terminator Rosak Dilebur Di Neraka?


Mungkin kali ni entry Zombie Insaf agak sedikit berat bagi kebanyakan pembaca..mungkin saat ini selepas membaca tajuk entry pun sudah ada yang menutup mata..mungkin juga sudah ada yang hampir-hampir nak tutup telinga..( macam la blog ni keluar bunyi )..mungkin yang lebih teruk..warghhhhhhhhhh! kedisssssshhh zarghhh ( bunyi tapak kaki korang yang berlari-lari menjauhkan diri dari skrin laptop )..inilah penangan perkataan NERAKA..

Apa kaitan robot dengan NERAKA?

Zombie Insaf sendiri sebenarnya nak je hidup hepi-hepi go lucky dulu bak kata omputeh..nak enjoy dulu sini sana..lari-lari sini sana..skodeng sini skodeng sana..inilah manusia..tipu la kalau korang kata tak suka enjoy..tipu la kalau korang kata tak suka cuci mata..menipu sangat kalau kaum Adam cakap tak suka langsung nak usha awek seksi..lagi menipu andai kaum Hawa buat pengakuan tak suka tengok mamat Korea buat muka kiut pastu senyum manja kononnya macam baby.kan?! semua itu adalah kemahuan yang Allah dah campakkan dalam hati manusia..kemahuan itu lah yang kita namakan hawa nafsu yang DURJANA..( tiba-tiba keluar sound effect bunyi wanita menjerit nyaring macam dikejar Zombie )..
Tapi kita kena beringat..kita ni ada Allah..Dia lah yang mencipta kita..dari air mani yang hina dina..lalu Dia lah yang telah memuliakan kita dengan panggilan manusia..dan mengangkat martabat kita dengan agamaNya..


Ok..dengar sini..Kalau satu hari nanti korang boleh mereka cipta sejenis robot Zombie yang kononnya macam dalam cerita Terminator tu kan..pastu korang dengan hidung kembang kempis pun pergi la dekat Persatuan Robot Sedunia untuk mendapat cop "halal" robot Zombie korang tu untuk dijual di seluruh dunia..Pastu diorang suruh la korang present dan tunjukkan bagaimana korang nak handle robot tu..Dengan mendabik dada, korang pun cuba/try/test la robot korang..sebelum korang tunjukkan apa yang robot korang boleh buat tu korang punya la lettttooop ( bagitahu yang robot Zombie korang tu sangat la bagus )sana sini.." Encik..robot ni pandai korek hidung..kalau dia gatal dia bunyiii Beeeeeepp..gataii..gataii..haaa,pastu kan robot ni kan kalau dia arghhhhhhhhhhhh Zombie Insaf malas nak imagine banyak-banyak apa yang robot korang tu boleh buat..bagaimana rasanya masa korang suruh robot Zombie korang tu korek hidung tiba-tiba dia bunyi " Beeeeeppp..tutttt..tutttt..boleh blah..beeeppp..boleh blah..buat sendiri..sendiri hidung,sendiri punya garu laaa"..haaa,ape rasanya? Bengang? Bengong? Semua perasaan ada kan? 


Jadi..maiii tengok sini..korang perasan tak yang korang adalah satu ciptaan? Cuba tengok lutut korang masing-masing..punya la hitam kan dan berkedut-kedut kan? dah tengok? Zombie bukan nak cakap pasal lutut korang pun sebenarnya..waka waka waka eh eh! Ok..berbalik kepada bab yang serius tadi..cuba korang tengok aliran darah korang..korang rasa korang ke yang control semua tu? Cuba korang tengok kepala otak hang tu..rasa-rasa otak kat dalam tu sape yang cipta? dengan neuron berselirat dan daging lembut yang berlipat-lipat tapi punya la power Penciptanya sampai kalau daging lembut tu kena jentik pun korang boleh MAMPUS pada waktu dan ketika itu juga..( dengan izinNya )..kalau korang tak percaya lagi korang adalah satu ciptaan maka secara rasminya Zombie Insaf menawarkan rm100juta ditambah 3 orang anak yatim piatu dan 3 orang janda yang pandai bancuh Kopi Janda untuk dijaga korang andai korang mampu mencipta sebijik otak!


Jadi seperti kes robot Zombie korang yang taknak ikut arahan korang tu, Allah yang juga adalah PENCIPTA korang akan MURKA andai korang taknak ikut PERINTAH/ARAHAN Nya..


Korang pun mula lah..


1. Bro, macam mana nak ikut arahan Allah? aku dah lama tunggu arahan tapi senyap je..( kejap lagi Zombie Insaf layan ko )


2. Fuiyyyo! Best giler beb kalau dapat robot Zombie tu..( ni kes bebal punya pasal..bak kata orang omputeh..PAY ATTENTION laaa! )




Macam mana nak ikut arahan Allah?
Berbalik kepada robot Zombie tadi..lepas korang dah baiki robot dan akhirnya robot tu dah siap dicop dan diedarkan kepada seluruh penduduk dunia maka bersama dengan kiriman pos robot tu korang akan kepil dan selitkan MANUAL bagaimana caranya nak handle dan guna robot Zombie korang tu dengan cara yang benar..so takde la bila korang suruh dia basuh berak anak korang tiba-tiba dia pergi tibai basuh berak bini korang..Tak ke naye tuu? Waka waka eh eh!


Jadi seperti juga korang sebagai ciptaanNya..Allah dah bagi manual daripada langit..diturunkan manual itu kepada seorang manusia di akhir zaman ini..namanya Muhammad bin Abdullah..Dialah Baginda Nabi Muhammad saw..Itulah Al Quran..di dalamnya telah tercatat bagaimana seorang manusia itu nak handle daripada sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar cakerawala..semuanya sudah siap tersedia..tunggu korang je nak amal ke taknak..


Jadi beringatlah! Andai kita gagal dalam misi melaksanakan segala yang tercatat dalam Al Quran itu, maka dibimbangi ( memang kita kena sangat bimbang dan tension ) kita akan dicop sebagai ciptaan yang FAILED/ROSAK/MENENTANG..dan akhirnya dilupus dan dileburkan di sebuah kilang bernama NERAKA..nauzubillahi min zalik..



p/s : Zombie Insaf nak jadi robot Zombie yang 1st edition! Wakaka eh! eh!

Monday, June 20, 2011

Renungan Pagi : Ke mana hilang sifat kehambaan?

" Ramai manusia boleh merasa kewujudan Tuhan..tapi berapa ramai yang hidup dengan rasa KEHAMBAAN? Berapa ramaikah yang hidup dengan KETUNDUKAN kepada syariat Islam? Di mana rasa kehambaan? Di mana hilang rasa berTuhan? "

Sunday, June 19, 2011

Hikayat Ramli Puaka : Ketawa Terakhirku Sebelum Dilanggar Lori



Lahirnya aku bersama tangisan
dibela dan dijaga penuh harapan
kata ayah ini lah dia punya warisan
sebagai anak soleh Penegak Islam..Pembawa Panji Tuhan..

* Tiba-tiba..mode jahat pun bermula

Dulu kecik-kecik aku takde la nakal mana
dijaga ayah sungguh sempurna
diajarkan kepadaku tentang Islam dan segala hal agama
daripada bab kenal Tuhan sampai la sistem pertahanan negara

Masuk je sekolah menengah hari pertama
tiba-tiba aku perasan baligh dan dewasa
tiba-tiba nafsu durjana membuak nak memberontak sini sana
bermula episod aku sebagai Ramli Si Puaka..

Kenapa aku ditabal menjadi Ramli Puaka?
kerna bila je aku gelak memang satu dunia aku lupa
HAHAHHAHAHA itu baru cara aku senyum manja
WAKAH KAH KAH KAH itu baru cara aku ketawa sederhana
&*7)99**&**&*& haaa inilah cara aku ketawa sampai lupa dunia
segala maki hamun mencarut melucah jadi aku punya bahan untuk aku ketawa
Segala jenis Puaka hatta raja jin pun boleh terkentut bila dengar aku ketawa
ini lah sebab aku dipanggil Ramli Puaka..
inilah nama yang menjadikan aku makin takabbur dan bangga..

Semua jenis benda bila aku tengok je aku akan cari point untuk gelak sakan punya
hatta tengok orang jatuh motor pun aku sah-sah akan ketawa kaw-kaw punya
apatah lagi tengok orang tergolek jatuh daripada belakang unta
bila dah mula ketawa memang aku tak ingat dunia
bila dunia pun aku tak ingat..akhirat sah-sah aku dah lupa

Bila tiap-tiap hari ketawa tak kenal erti penat
makin hari jiwa makin berkarat
bila hati dah berkarat mula la nak buat maksiat
mula la aku lupa dengan ini nasihat :

Abul Laits berkata: “Awaslah kamu dari tertawa bergelak kerana mengandungi lapan bahaya yaitu:


* Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal
* Memberanikan orang bodoh kepadanya
* Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya.
* Melupakan dosa-dosa yang lampau
* Memberanikan berbuat dosa dimasa mendatang sebab bila tertawa gelak membekukan hatimu
* Melupakan mati dan akhirat
* Engkau menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawamu
* Tertawa gelak-gelak itu menyebabkan banyak menangis diakhirat

                             Tapi waktu tu aku peduli hapaa
Quran ke hadis ke ulama' ke itu belakang kira
yang pertama adalah bagaimana aku nak ketawa selamanya
HAHAHA..

Pada suatu hari
ketika lompat pagar sekolah dalam cubaan melarikan diri
melarikan diri daripada Cikgu Asmawi
kerana pancitkan tayar kapcai dia di pagi hari
mengamuk orang tua tu macam kerasukan Hantu Gigi
yela..sape suruh rotan aku di depan makwe yang satu sekolah gilai
jatuh la harga diri seorang Ramli Puaka yang macho dan berwawasan tinggi
Perghhh! Bangga aku dapat puji diri sendiri..


Ketika dalam pelarian yang melenguhkan urat dada
terserempak aku dengan sorang Pakcik pembawa beca
berkaca mata hitam dengan gaya CEO pejabat swasta
apa pun apa lagi..tanpa membuang masa
HAHAHAHHAHAHHAA!
Wakah kah kah kah!
&*7)99**&**&*&!!

" Bengong punya tukang beca!
ko ingat kalau pakai kasut kulit, seluar slack hitam ni dapat tutup ko punya cela?
jangan pura-pura kaya
kalau dah miskin tu buat la cara fakir yang papa kedana
yang pakai spek itam ni buat apa?
nak tunjuk bahawa beca ni adalah pekerjaan yang mulia?
nak tunjuk bahawa bawak beca ni kerja yang profesional yang diiktiraf dunia?
Come on la pakcik..berpijaklah pada dunia yang nyata

Tiba-tiba ( Shhhhhhh..sound efek bunyi ribut dengan angin kencang pun bergema )

Dengan linangan air mata
yang mengalir deras di kedutan pipi yang telah dimamah usia
terketar-ketar tangan tua itu membuka kaca mata
dan akhirnya...

" Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh??! "

sedarlah Si Ramli Puaka yang pakcik si tukang beca adalah bapanya..

" Kenapa ayah bawa beca? Dari dulu bila Along tanya ayah kerja apa ayah cakap ayah kerja swasta "

Dengan suara tua yang semakin lemah itu bapanya dengan perlahan berkata..

" Ayah taknak Ramli malu dengan kawan-kawan..bawa beca ni pun kerja swasta apa..cukuplah buat makan untuk kita anak beranak..mak kau pun dah lama takde..sejak dia meninggalkan kita masa dia meninggal melahirkan kau ni lah kerja ayah..Memang ayah keluar kerja dengan pakai cam orang kaya..ayah taknak kau berduka..ayah nak kau bermotivasi untuk menjadi seorang yang berjaya "


Tapi Ramli tak boleh terima..
dia malu dengan pengakuan ikhlas seorang bapa
dengan niat nak menyakiti hati bapanya
maka dengan lantang dia pun ketawa
HAHAHAHHAHAHAHAHA *&*&)%$&&%&^ 
Ramli Puaka memaki mencaci pekerjaan ikhlas seorang bapa kepada anaknya

Tiba-tiba..

Ramli Puaka terlupa
ketika dia sedang asyik bergolek-golek masa tengah ketawa
tanpa dia sedar golekannya itu membawanya jauh ke tengah jalanraya
walau dihalang oleh bapanya
tapi mana la kudrat orang tua mampu menahan seorang anak muda
yang sedang ketawa
gila-gila
berguling-guling tak ingat dunia
hampir-hampir macam orang gila
memang kena dengan namanya..Ramli Puaka..

berbalik kepada cerita

tengah syok-syok Ramli Puaka ketawa
tanpa dia sedar dia dah kat tengah jalanraya


yang last sekali tergambar dalam ingatan Ramli Puaka
adalah gambaran bunga tayar lori treler di depan muka
dengan bau asap tayar yang menusuk telinga
mana tak berasap bila lori break emergency di depan muka
lepas tu dah gelap gelita..

yang kedengaran adalah suara hati yang berkata..
" Apesal la aku mati ketika sedang ketawa "
" Kalau ketawa biasa aku boleh terima "
" Tapi ini ketawa DERHAKA "
" Arghhhhhh! Adakah ini satu petanda "
" Bahawa akhirnya aku adalah AHLI NERAKA? "

p/s : Selamat Hari Bapa..jauhilah DERHAKA kepada mereka..sempena Hari Bapa ni, minta maaf lah kepada mereka..sebelum ajal menjemput mereka pulang untuk bertemu Tuhan..ketika itu, hatta air mata nanah pun takkan mampu mengembalikannya kepadamu lagi..Selamat Hari Bapa..ayahku..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...