Monday, June 13, 2011

Salam perkenalan dari Ex-Zombie

Dengan lafaz Bismillah..maka saya dengan rasminya membuka blog ini dengan rasminya..( nada Yb rasmi ceramah politik )..


Alhamdulillah..segala puji dan syukur saya panjatkan kehadrat Allah..kerana dengan limpah kurniaNya..maka saya masih mampu mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah..dan saya juga masih mengaku yang saya penganut agama Islam..cuma yang mencuakkan saya selaku bekas Zombie yang kini telah dan cuba insaf, adakah Allah menerima akuan lisan saya akan kalimah La Ilaha Illallah itu? Adakah dengan membuat pengakuan terbuka akan Islamnya saya ini menandakan telah tercatat di sisi Allah juga akan keIslaman saya? ( tiba-tiba alunan lagu nasyid zaman dulu2 yang sedih dan menyayat hati pun bergema )..


Subhanallah..Maha Suci Allah dari segala sifat-sifat makhluk dan Maha Suci Allah daripada sifat-sifat kekurangan..dan bersifat Allah dengan sifat 'kamalat' yakni dengan segala sifat-sifat Kesempurnaan yang tiada bandingannya..


Allahuakhbar..Allah Maha Besar..ramai yang salah sangka, tersilap sangka, buat-buat pandai menyangka, tentang kalimah Allahuakhbar ini..mungkin tanpa kita sedari ada diantara kita yang menisbahkan Allah Maha Besar ini pada saiz ataupun ukuran..yakni mereka menyangkakan bahawa Allah mempunyai 'saiz @ ukuran' yang lebih besar daripada seluruh makhluk-makhluknya..walhal dari segi Ilmu Tauhidnya, Allah tidak berjisim, Allah tidak bertempat..Tiada ukuran bagi Allah..tiada lokasi bagi Allah..yang ada adalah sifat-sifatNya yang tidak boleh dibandingkan dengan semua jenis benda yang wujud yang ada..
JOM kita lihat apa yang Allah telah nyatakan melalui kalamNya di dalam surah Al Ikhlas : Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".


Kalimah Allah Maha Besar ini boleh dimisalkan seperti ini..


Mail : Eh! Dengar cite ada Orang Besar masuk kampung kita..
Awang : Fuiyyo! Besar sangat ke? Agak-agak ada sebesar tiang seri rumah aku tak?
Mail : Disssh! ( sebiji penumbuk laju hinggap di kornea Awang )..Aku bukan cakap saiz dia la bro! Maksud aku dia tu orang besar..Yb beb! Yang Berhormat..
Awang : Ohhh..cakap je la Yb..Dishhh! ( Awang tanpa segan silu memulangkan kembali penumbuk itu kepada Mail)
FULL STOP DIALOG


Ok..mengikut senario dan dialog yang korang baca diatas korang dah boleh agak kan apakah maksud BESAR di atas kan? Bukalah saiz yang diperdebatkan..tetapi martabat dan kedudukan.. ^__^
Kalau masih terasa samar-samar tu sila lah rujuk ustaz Tauhid anda yang terdekat..dan kalau tak jumpa jugak marahlah ayah/bapa/papa/daddy korang sebab semua ilmu ini adalah sepatutnya di bawah tanggungjawab diorang..( isu ini insyaAllah akan dikupas di kemudian hari..tolong someone ingatkan saya )..tapi memandangkan korang semua rasanya dah baligh..maka sekarang ianya di bawah tanggungan korang juga!




Sebenarnya saya nak perkenalkan diri saya..mungkin ramai tertanya-tanya ( ramai ke tanya? ) siapakah Zombie Insaf ni sebenarnya? Adakah Zombie ini merujuk kepada wajah saya yang tidak hensem? ( tipu betul terpaksa mengaku tak hensem ni! ) Adakah ianya merujuk kepada kehabisan idea penulis untuk menamakan blognya? Adakah ianya cuma satu gimik untuk memerangkap orang membacanya dan lalu si penulis pun boleh tergelak-gelak lantaran puas hati bila dah dapat perangkap orang? Jawapannya ada disini...Sila baca entry seterusnya..bertajuk..jeng3..jeng3..( sound effect bunyi petir bergema )...tajuk pun kena baca kat entry seterusnya daaaa..kasi gempak sikit.hehe ^__^


Salam Perkenalan ye pembaca Zombie Insaf..

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...