
Berbalik kepada cerita asal, saya bukan saja-saja nak menghidangkan korang dengan entry-entry yang bertajuk aneh di pagi buta ni..tapi bila korang tengok perkataan API tu mesti la korang akan ada walau sekelumit ingatan kepada API neraka kan? So bila dah tahu api neraka tu ada..dan adanya pula api neraka tu dengan darjah kepanasan yang tiada bandingannya..maka cepat-cepat la korang angkat kain selimut korang untuk bersegera menunaikan solat di tempat azan dikumandangkan ( masjid/surau/musolla )..bila korang tertengok pula perkataan MATI mesti tak lain tak bukan korang akan teringat tentang keMATIan yang korang memang tahu setiap saat korang semakin mendekat dengannya..saya tahu korang tahu..cuba korang bayangkan ketika korang enak-enak je tido walau tahu azan sedang dikumandangkan, tiba-tiba ada Zombie masuk ke bilik korang..korang tak perasan..dia pun gigit leher korang..korang tak perasan..dia pun gigit lagi..korang masih tak perasan..yang korang perasan adalah...( sound effect bunyi petir dan bunyi Zombie tengah lahap urat leher manusia )..yang korang perasan adalah...bila korang dah bangun! Fuhh..mimpi rupanya..KALAU BETUL? Tak ke naye tuuu..tengah syok-syok tido masa azan terus kena rentap nyawa dalam lena? Tak ke hampeh?..
1. Hampeh punya Zombie ke bro? ( Kes tak reti nak fokus waktu orang tengah membebel )
2. Rilek bro..jangan emo bro..
3. Aku dah agak mesti mimpi punya.Tapi cuak jugak kot kalau betul ada Zombie menyorok bawah katil aku pepagi buta camni. ( Pulaaaaak daaah! )
Ok3..Fokus3..berbalik kepada tajuk entry Zombie Insaf pada kali ini..Apa maksud " Jadilah Api Sebelum
Dah mulaa daaah..
1.Jap3..aku tak paham..ko ni kan..ishhh
2. Ni cerita Zombie dengan Puaka Niyang Rapik lagi ke?
3. Maaf..komen tak dapat disiarkan sebab beliau dah kena tamporrrr!
Oittt3! Rilek la dulu! Tak abis ayat lagi korang dah potong pehal? kan dah kena tamporr sorang..sia-sia je komen..Berbalik kepada perenggan di atas..Apa maksud menjadi api tu? Maksudnya korang kena la menjadi 'benda' yang SUCI yang mampu membakar segala elemen-elemen yang TAK SUCI di sekeliling korang tu..Contohnya seorang ustaz yang dihormati berjalan-jalan di tengah kumpulan anak muda yang sedang lepak-lepak ala cuti-cuti Malaysia di sebuah sawah yang indah nan permai dan ( ape la aku merepek ni )..the point is Ustaz tu lalu jalan yang dipenuhi anak-anak muda yang sedang lepak la..adakah korang rasa anak-anak muda tu mampu tenang dan rilek-rilek sahaja adanya? ( saja selit gaya bahasa Melayu Lama )..jawapannya TIDAAAAK! Mereka akan TERBAKORRR! Akan ada jauh di sudut hati mereka :
A. Aduhhh! Ustaz dah datang! Kontrol beb! Kontrol! Mail, seluar ko londeh sangat..angkat sikit..Ustaz nak lalu tuuu!
B. Woiii member-member! Rokok tuu..sorok-sorok la sikit..tak takut mulut kena sambar api neraka ke..Ustaz nak lalu tuuuu!

Jadi saya tak payah nak explain panjang-panjang la bab ni kan..rasanya korang dah boleh hadam/cerna/paham kan tentang maksud tersirat dan tersurat kenapa kita kena jadi api kan? Maksudnya korang kena la jadi " orang yang cuba mensucikan diri daripada dosa dan mengajak yang lain kepada kebaikan "..Jadi konklusinya di sini adalah..jadi api di dunia memang lah terkadang agak susah dan payah kerana kebarangkalian dibenci dan dipulau orang itu sangatlah tinggi..tapi inilah hakikat hidup insan yang cintakan Tuhan melebihi dunia dan segala isi di dalamnya..
{ Sekarang..kita masuk bab serius }

{ Kembali kepada mode tidak serius }
Jadi, kepada kawan-kawan/ teman-teman/ rakan taulan/ sahabat-sahabat dan semuanya! Ayuhlah lah kita menjadi API di dunia..walau menanggung bukan sedikit bebanan tapi percayalah..ia adalah sementara..baik kita jadi API yang sementara di dunia daripada menjadi BAHAN BAKAR API NERAKA di akhirat sana..Jom sebarkan kebaikan kepada dunia! Ayuh kawan-kawan..
ada lagi yang nak menyampuk nampaknya..
1. Bro..bukan ke hidup cuma sekali? so enjoy-enjoy dulu la bro..
Memang..memang hidup cuma sekali..tapi korang kena tahu,mati pun sekali je..dah tak boleh hidup dah lepas dah mati tu..ko nak repair amal ko camne? cari pomen dalam kubur? No way man! Sesal dahulu di dunia itu pendapatan..sesal di neraka tiada gunanya ( pepatah Zombie Insaf )..
p/s : Apa-apa pun selamat beramal..tukarkan PENGETAHUAN kepada TINDAKAN..( Mode Zombie Insaf : ON )
No comments:
Post a Comment