Siapa Zombie Insaf ni?
Saya sebenarnya bukan siapa-siapa..hanya seorang yang menulis blog kerana ingin mencapai maksud dan tujuan " berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran"..Dulunya saya pernah punya Facebook..tetapi apa-apa yang saya post terutamanya bab kahwin,cinta dan jodoh ni, mesti ramai yang nak LIKE! Jadi saya konfius!
Soalan "HOT"..
Kenapa Zombie bukan Puaka Niyang Rapik?
Ada je yang bertanya dan berkomentar
1. Bro,asal guna nama Zombie Insaf? Setahu saya takde lagi zombie yang insaf..yang sembuh tu ada la..tu pun lepas dah kena inject ngan bla2 bla2 cuba tengok movie bla2 bla2..( malas tulis sebab malas nak layan )..
2. Abang..saya rasa kan lebih baik guna nama yang..bla2..bla2..Islamik sikit..bla2 lagi..( malas jugak nak tulis sebab..sejak bila saya jadi abang dia ni? )
3. Actually, you remind me of..bla2 bla2 bla2 ( dia mengomel dalam bahasa Inggeris..tak paham )
4. Pape je la Zombie oiii..Puaka Niyang Rapik ke Pontianak Sundal Di Tengah Malam ke Toyol Dalam Botol ke..aku layan je..asal ko tak ganggu hidup aku sudaaaaah..
* semua dialog di atas adalah khayalan semata-mata..
Mai saya nak habaq maiiii..wahai cik kak cik bang oiiii...saya bukannya taknak guna nama-nama lain..ada je yang nama-nama yang lebih canggih
1. Untuk pengetahuan korang..Zombie ni adalah dikatakan
2. Zombie ni kan, satu makhluk yang tak ingat tentang hari PEMBALASAN..sebab tu dia selamber je gigit anak dara orang..sebab tu dia selamber je tak puasa di bulan Ramadhan..sebab tu dia selamber je tinggal solat..( camne nak solat dengan mulut berdarah-darah lepas gigit anak dara orang..najis woooi darah tu )..semua benda si Zombie ni buat dengan selamber tanpa fikir halal haram..haram kejadah punya zombie..hehe.
Banyak lagi sebenarnya kalau nak cerita pasal Zombie ni..naik kebas jari kalau nak explain satu persatu..cukuplah saya nyatakan yang Zombie ni adalah umpama manusia yang masih hidup di dunia tetapi MATI HATInya..kita diciptakan untuk ke alam akhirat tetapi berebut-rebut kita mengejar dunia..hatta yang dah faham tentang benda ni pun sama..
Jadi kesimpulannya..saya dulu pernah menjadi Zombie..dan saya beristighfar kepada Allah atas semua keZombian yang telah saya lakukan ( Mode Zombie Insaf : ON )..jadi saya dengan ini berikrar untuk membawa Zombie-Zombie yang lain untuk turut serta menukar title anda kepada Zombie Insaf, di mana mata hatinya InsyaAllah telah kembali hidup, ada cahaya iman pada wajahnya, jelas matlamat kehidupannya dan paling penting dia telah sedar dan berusaha keras untuk mengubah cara hidupnya sepertimana yang Penciptanya telah manualkan di dalam KalamNya, yakni Al Quranul Karim..
Jadi saya berseru kepada semua kawan-kawan yang sedang menjadi Zombie di luar sana..ayuh kita menjadi Zombie yang taat dan patuh pada perintah Allah..yakni menjadi Zombie Insaf..ayuh bersama saya!
YA ALLAH YA TUHAN KAMI..AMPUNILAH DOSA KAMI..AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI..
YA ALLAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN KAMI..TELAH LAMA KAMI BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT KEPADAMU..ADA ANTARA KAMI YANG MASIH DIBELENGGU WANITA..ADA YANG TERPERANGKAP DENGAN HARTA..ADA YANG SEDANG MENIKMATI TAKHTA..
YA ALLAH..KUATKANKANLAH HATI KAMI UNTUK MENINGGALKAN APA YANG ENGKAU MURKAI..TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG ENGKAU REDHAI..SEPERTIMANA JALAN PARA NABI, SIDDIQIN, PARA SYUHADA' DAN PARA SOLIHIN.
KELUARKANLAH KAMI DARI KEGELAPAN INI WAHAI TUHAN YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN..
:-) ,^_^... tahniah !! cork penympaian anda klakar pon ada.. All the best.. semoga sentiasa dalam keberkatan dan pemeliharaan Allah
ReplyDelete