Wednesday, June 15, 2011

Korang letak Allah kat mana?

1. Bro, pelik benor tajuk entry ko ni..sesat ke ape? Cukuplah dengan kerajaan langit Ayah Pin tu..jangan ko pulak nak tubuhkan kerajaan tanah Zombie sudaaah..


2. Abang, saya tahu jawapannya..( errr..takyah jawab pun takpe..saya bukan abang kamu )


3. Zombie Insaf, kita kena letak Allah dalam hati kita la sebab..bla2 bla2 persiapan sebelum mati bla2 bla2 ( sambil tangan pegang handphone tengah message awek ) * punya sindiran tersirat ni


Sudaaaaaah! Enoughhhh dengan soalan-soalan dan komentar itu..saya baru je tulis tajuk entry..lain kali tu baca biar TAMAT..baru boleh komen..okay?


Camni cik kak cik bang sekalian oiii..ramai antara kita mengaku..ramai antara kita yang berjanji..ramai antara kita yang berikrar termasuk la Zombie-Zombie sekalian akan satu bentuk ikatan pengakuan ini " Sesungguhnya solatku, Ibadatku (wanusuki), hidupku (wamahyaya), matiku (wamamaati)
adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam ". { Makna dari bacaan Doa Iftitah pada rakaat pertama setiap kali solat }
Jadi, dimanakah bentuk tindakan kita dalam melunaskan janji-janji kita tersebut?

1. Bro Zombie Insaf, aku tak termasuk dalam orang yang berjanji la beb..aku tak pernah baca Doa Iftitah ni dalam solat..so aku dikira terlepas la kan? ( memang la ko tak baca..solat pun tak ) 


2. Abang, saya takut la kalau tak lunaskan amanah dan janji ni..so abang pinang saya la senang sikit..sebab saya pernah dengar sorang Ustaz cakap yang dosa isteri akan ditanggung si suami..bahagia sungguh kalau abang sanggup tanggung untuk saya..wink3 ( cessss! Hilang kemachoan aku kena kahwin sebab nak tanggung dosa anak dara orang )

3. Excuse me sir..can I ( dahh3..saya nak sambung cerita ni..* jawab laju-laju sebab tak paham Bahasa Inggeris )

Kepada yang merasa mereka tidak pernah berjanji pada Allah, Pencipta kita dan juga Pemilik alam dan segala isi di dalamnya, maka jangan risau..Allah telah berfirman di dalam KalamNya yakni Al Quran " Tidak Aku ciptakan jin dan MANUSIA melainkan untuk beribadah ". Jadi tak kira la korang tengah berak ke tengah cuci baju ke tengah main dam ke tengah basuh jamban ke semua tu adalah tidak terlepas dari perkataan IBADAH kepada Allah..luruskan niat! dan insyaAllah Allah akan terima ia sebagai satu bentuk ibadah kepadaNya..tetapi ingat ye korang..matlamat tidak menghalalkan cara..contohnya korang merompak, kononnya niat di hati tu penuh suci nak bagi makan fakir miskin yang sedang kelaparan di luar sana tu..tu maknanya korang dah ditipu SETAN!. Allah kurniakan kepada kita 1001 cara ( simbolik untuk banyaknya cara lain yang masih ada ) untuk kita laksana dan rencanakan..kenapa masih nak pilih lorong hitam,kelam dan buat kita makin tenggelam? ( simbolik kepada cara yang haram daaa )

Okey..berbalik kepada cerita asal..maaf la kalau dah melalut panjang entah kemana..saya ni jenis ( tengok..melalut lagi )..okey3! Fokus3! 


Kenapa ye kita seringkali mengaku Allah lah matlamat kita, Allah la tujuan hidup kita, itu la ini la hanya kerana Allah tapi senang-senang je kita tinggal solat jemaah dengan alasan nak habiskan GAMEs ataupun nak tengok drama bersiri yang memang rasanya disengajakan disiarkan pada waktu-waktu azan tengah berkumandang ( bagi lelaki kena solat berjemaah di tempat dimana azan dikumandangkan ye..wanita pulak kena di awal waktu..dan tempat terbaik adalah di rumah je )


Kenapa ye kita seringkali mengaku Allah lah matlamat kita, Allah la tujuan hidup kita, itu la ini la hanya kerana Allah tapi time angkat takbiratul ihram Allahuakhbar...tiba-tiba je anda * plinkkk telah sampai di Eropah..tiba-tiba je boleh lepak kat Mall..tiba-tiba je ada awek cun di sebelah dengan ( malas nak tulis..nanti ada yang praktik )..tiba-tiba je arghhhhhhhhhhh malas nak sebut banyak-banyak nanti kantoi pulak ape yang saya dah imaginekan ketika sedang solat! Inilah kita wahai tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan Allah Subhanahuwa Taala ( nada orang tengah ceramah politik kat atas pentas )..kita banyak bercakap..kita banyak mengungkapkan kalimat-kalimat..tetapi hapaaaaa pun taraaaaak! ( tapi ape pun takde daaa )..


Kenapa semua ini harus terjadi? ( tiba-tiba rasa ayat saya dah skema )..


cuba fikir..renungkan...3saat..2saat..sesaat...dah renung belum ni?


Ini kerana dalam dada kita..ini kerana dalam hati kita masih punya CINTA MAKHLUK! 
Ini kerana dalam dada kita..ini kerana dalam hati kita masih punya CINTA DUNIA!
ini kerana dalam dada kita..ini kerana dalam hati kita masih punya rasa DUNIA INI AKU YANG PUNYA!


Tuan puan yang dimuliakan Allah Subhanahuwa Taala ( masih bernada ceramah politik atas pentas )..,
Hidup kita tak la lama..hidup kita ni sementara cuma..dikisahkan bahawa alam kubur sahaja akan kita tempuhi dalam jangka masa 40,000 tahun dunia..jadi ape la sangat 60 tahun dunia ni kan ( average umur Ummat Baginda Nabi Saw adalah sekitar umur baginda, 63 tahun )..jadi sudah sudahlah mengejar dunia tu..jom sama-sama kita bina kembali agama dalam diri kita..kat kubur nanti malaikat tak tanya korang pakai baju ape, korang beli kereta buatan Malaysia ke Jepun, malaikat tak tanya..Malaikat akan bertanya..siapakah Tuhanmu..siapakah Nabimu..jadi, kalau Tuhan di hatimu sekarang adalah harta, wanita dan taktha..agak-agak korang la kat kubur nanti jawapan yang keluar selamber dari mulut korang tatkala di tanya " Maaaaaa Robbuka!!! " ( Siapa Tuhamu !!! ), adalah Allahu Rabbi ( Allah la Tuhanku ) ??????? Sedangkan di dunia hari tu, bila azan je korang tak reti-reti nak pegi masjid..bila orang cakap agama ke cakap tentang kebesaran Allah ke tentang kematian ke korang selamber je cakap ' Alaaah..dah tua nanti sempat je berubah '..tup tup tup tengah-tengah on the way balik dari tempat korang kena nasihat tu terussss * phiiiiiiiitttttt bommmmm dissshhhh arghhhhh warghhhhhh! ( sound effect bila terjadi perlanggaran antara lori balak dengan moto kapcai )..tak ke naye korang..kesian..T_T


Jadi kepada kawan-kawan, teman-teman dan rakan dan taulan di luar sana..agak-agak la nak enjoy pun..


P/s : Kepada Zombie-Zombie yang masih bertebaran di luar sana..Jom tukar title anda kepada Zombie Insaf..ayuh bersama saya!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

6 comments:

  1. masya Allah.. trima kasih zombie insaf kerana telah menyedarkan saya.. buat saya lebih memahami ttg cinta Allah..:-)

    ReplyDelete
  2. Sakura_Ayu : hidayah itu milikNya dan diberi kepada yang Dia suka..tahniah kerana anda disukai Allah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Allah temukan sy dengan blog yg byk bg ilmu ttg agama..terutama pd sy yg masih belajar mndalam ttg agama..terima kasih..semoga Allah merahmati penulis blog ni..amin..
    Mula dr jumpa blog ni hari 2, sampai skrg sy adalah pembaca setia blog ni..

    ReplyDelete
  4. segala puji dan syukur hanya padaNya..hamba hanya menjalankan amanat dariNya..kongsikanlah kebaikan ini kepada semua manusia..jom ubah hati, ubah diri dan ubah dunia ini..

    ReplyDelete
  5. tahniah..pengisian anda banyak memberi kesedaran pada saya..alhamdulillah kerana Allah telah memberi saya hidayah untuk membuka blog awak ini..asykur ilallah..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...