Tuesday, June 14, 2011

Puisi Zombie 1



Duduk rapat-rapat aku nak habaq maii..
Aku manusia tetapi berhati zombie..
Kerja aku senang hidup penuh hepi..
hidup atas dunia enjoy sana sini..

apa misi dan visi aku tulis sajak ini?
kerna dengan puisi aku boleh habaq maii..
jangan jadi zombie kerana sesal tak sudah nanti..
kalau jadi Zombie Insaf aku boleh terima lagi..
ni dah dalam kubur pintu taubat dah dikunci dan dijeriji..

dulu aku bangga dengan diri sediri..
buka aurat sesuka hati kononnya zombie ni kebal api..
lutut terbuka terpampang takpe asal hati ni hepi..
kononnya rasa diri hebat dapat tayang bulu kaki..
bila dah masuk kubur baru mula nak tutup diri..
kononnya nak bagitahu malaikat Mungkar Nangkir akan kesolehan diri..
walhal masa nyawa direntap tu pakaian aku terbuka sana sini..
ini lah nasib aku dipukul direjam tiap hari..

itu baru cakap bab buka aurat sana sini..
masih aku tak cakap bab aku tinggal solat dan mencaci maki..
dan tak lupa juga perangai aku yang mencarut,mengumpat dan memPHEWWWWIT aweks seksi..
fuhhh..sakitnya penyeksaan dasyat tak terperi..
terlolong terjerit tiap-tiap hari..
pecah anak tekak aku ni..
kesian aku jadi Si Zombie
Zombie yang tak INSAF sebelum nak mati..

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...