Saturday, July 9, 2011

Kebodohan Sebahagian Umat Islam Sekarang



Bab Kerja

Kerja bagai nak rak..
Biarlah terseliuh belikat..
Biarlah tergeliat urat..
asal kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan hebat
aku tak kisah kerja tu dasyat
tapi yang bodohnya kerja hebat tapi boleh buat-buat tuli bila dengan azan atau iqamat
selamba badak terus bekerja walau Allah dah panggil supaya sembahlah Dia penuh taat
kerja punya kerja di tengah perjalanan pulang dirempuh pula lori bawak simen pekat
berkecai kepala ditembusi besi berkarat
mati di tempat kejadian tak sempat taubat
masuk neraka free tak payah buat permohonan punya surat
tiap-tiap hari kena laknat
tak ke itu kebodohan yang amat sangat?


Bab Kahwin 

Orang kahwin dia pun nak kahwin juga
tanpa tahu matlamat dan caranya
memanglah kahwin tu satu tuntutan agama
untuk menyempurnakan separuh lagi yang tersisa
tapi yang bodohnya bila separuh lagi sebelum tak pernah pulak nak amik tahu
haid dengan nifas isteri pun jahil nak mampos wa cakap sama lu
padahal itu satu kewajiban suami untuk ajar isteri tentang semua tu
tak masuk bab Tauhid dan Tasawwuf lagi kalau hang nak tahu
suruh belajar fardu ain sekarang alasannya waktu kerja tak menentu
suruh belajar fardu ain sekarang katanya langsung takde waktu
habis buat majlis kahwin sampai 40 hari 40 malam tu ada pulak waktu?
habis jahil anak bini
sampai ke tua anak sendiri nak beza Allah dengan berhala pun dia tak reti
bila korang dah mati nanti ada yang anak korang la insan pertama yang melarikan diri
akibat cara solat jenazah pun korang tak pernah ajar lagi
tak masuk bab solat wajib 5 kali sehari
ada anak tu sampai ke tua bacaan Fatihah tu tak pernah nak reti
sampai ke mati pun solat main patuk-patuk laju mengalahkan Ferrari
bimbang ibu bapa kena tarik ke neraka bila dah mati nanti

Bab Study

Memang la study tu satu benda yang mesti pada zaman era globalisasi
tapi akibat kebodohan dan kejahilan diri
maka kita konfius mana satu yang wajib dan perlu didahului
ni lagi satu perangai ibu bapa akhir zaman kini
sijil UPSR lebih penting daripada pengetahuan tentang halal haram
sijil PMR lebih penting daripada pengetahuan bab hukum hakam
bila dah masuk SPM tu yang jadi ramai budak-budak makin hanyut makin karam
tu yang jadi bila dah masuk Universiti buat perangai sampai lebam
sampai aku nak tegur pun dah naik seram
sampai akhirnya masa depan diorang di akhirat sana pun makim kelam..
ni ke para pemuda masa depan yang korang idam?

ingatlah sedara..
ilmu tu terbahagi kepada dua
fardu ain ada fardu kifayah pun ada
kenapa nak kejar yang fardu kifayah sampai naik botak kepala
yang kitab fardu ain ni pula katanya kitab untuk persediaan nak mati bila dah tua
hangpa pakai fatwa mana?
kata bodoh kan ada pulak yang bangga!


Bab Sunnah 

Ni lagi satu kebodohan yang ketara
memang la sekarang zaman pemodenan seluruh dunia
tapi kenapa orang nak simpan janggut korang hina?
katanya menyemak macam kambing tua
Perghhhhhhhhhhhh! nampaknya ada orang dah tak sayang akidah dia
Memang la zaman Nabi itu zaman dahulu kala
tapi bab tiru Nabi ni jangan nak main cela
tiru Nabi itulah perbuatan yang Allah kasih dan cinta
kalaulah satu hari nanti bangsa Melayu kita ni lah bangsa paling moden di atas dunia
adakah sudah cukup syarat kita untuk Allah redha?
masuk kubur kena seksa
sebab apa?
sebab bila ditanya siapakah Nabi mu wahai Si Pemuda..
maka yang terpancul daripada mulut adalah emmbeeeeeeek!! sahaja
tu la angkara apabila sunnah Nabi korang kutuk korang hina
tak ke jadi bala?


Bab Facebook

Facebook ni dah jadi fenomena dunia
tempat korang berkongsi segala-gala
aku tak kisah korang nak buat apa
tapi aku kisah bila korang promosi dosa
lebih-lebih lagi bagi kaum wanita
gambar sana sini tayang peha
gambar sini sana tunjuk dada
aku pun terkongsi sama korang punya dosa bila hanya diam dan buat-buat buta
tak tegur takut Allah kira aku redha ngan korang punya dosa
aduiii..bila aku tegur korang kata aku ni macam orang tua
tak suka bertolak ansur ngan perangai budak-budak berdarah muda
muda kepala hotak hangpa!
bila banyak tayang aurat maka makin banyak dosa
bila dosa bertimbun maka korang akan Allah isytihar ahli neraka
bila dah masuk dalam sana mula la nak mengaku kebengongan diri 
bila dah masuk dalam sana mula nak menangis nak kembali ke bumi
Bro, dah masuk neraka tu korang dah tak boleh nak mati
hidup korang kat sana macam dah mati tapi tak mati mati..
begitulah azab kat sana yang memang tak terperi
akhirnya nanti
barulah korang nak mengaku akan kebodohan diri

" Bodohnya aku masa hidup dulu..sebodoh lembu susu yang hidupnya tak tahu hala tuju "



p/s : Zombie Insaf pun punya kebodohan tersendiri..jadi jom jadi PANDAI sebelum MATI!







Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

8 comments:

  1. " Bodohnya aku masa hidup dulu..sebodoh lembu yang hidupnya tak tahu hala tuju "

    ReplyDelete
  2. Betul Zombie Insaf....Bersedialah Sebelum mati.....huhuhuhu Takutnya...

    ReplyDelete
  3. sama-sama kena rasa camni ( Mode Zombie Insaf : ON )

    ReplyDelete
  4. Saya amat menyokong post ini :] Tahniah Zombie Insaf.

    ReplyDelete
  5. salam
    cara gini sgt berkesan utk tegur org islam zaman skrg.very good article!
    terima kasih n mohon share kt fb supaya kwn2 sy yg tayang2 peha, rmbut, dada kt fb tu terasa n moga dibukakan pintu hati mereka utk taubat.sy provide link kt sna yea nnti :)

    ReplyDelete
  6. ms_panda : boleh3..teruskan mendoakan Zombie Insaf terus berkarya dengan keinsafan di dada..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...