Thursday, June 16, 2011

Hikayat Pendosa : Salah ke Aku Beli Roti?


Dulu aku seorang Pendosa
kesini kesana mencari bala
bila dengar bab pahala aku naik murka
kononnya bab syurga neraka bila umur dah tua
kononnya bab dosa pahala hanya untuk yang dah nak mati cuma

Dulu aku seorang Pendosa
suka enjoy sini sana
dapat je peluang aku akan cuba buat dosa
walau pahala dah depan mata
aku tetap pilih dosa
tak kisah yang besar yang kecil mahupun sederhana
aku rembat semua
aku peduli hapaaa
asal aku bahagia

ada suatu hari
pada waktu mentari sedang naik tinggi
aku naik kapcai ke kedai Sami
hajatnya mahu beli roti
salah ke aku beli sebuku roti?
semua cakap aku salah tapi aku tak amik hati
walau aku tahu hari tu adalah waktu tengah hari
waktu mentari terpacak tinggi 
di bulan Ramadhan yang diberkati
salah ke aku beli roti?
tak salah langsung beli roti
yang salah adalah apabila aku dengan muka slamber basi
makan berdiri 
di waktu tengah hari
di bulan Puasa yang suci
tanpa aku peduli
Ummat Islam lalu lalang tengok aku kunyah aku punya roti
hahahhaha aku pun gelak penuh bangga diri

tengah-tengah aku gelak tak sedorkan diri 
aku lupa yang waktu aku tengah makan roti
aku sedang berdiri
di tengah jalan yang amat bizi sekali
tiba-tiba aku terdengar satu dentuman yang membingitkan aku punya telinga kiri
Ya Rabbi!
rupanya bunyi dentuman tu adalah apabila bahu kiri aku ni
digesel dari sebelah kiri oleh sebuah lori
kalau lori bawak roti takpe la lagi
ni besar nak mati macam kena langgar kereta api
fuiyyyo! So ape lagi
tanpa aku bagitahu pun aku agak korang dah boleh kenalpasti
sekarang aku tanpa segan silu nak bagitahu yang aku sekarang ni
dah rasmi jadi ahli Tanah Perkuburan Islam Bangi
mana taknya aku tak mati
berterabur gigi berkecai gusi
sekali ngan roti aku berterabur di sana sini
sungguh aku tak puas hati!

Tapi aku nak buat camne lagi
kini aku dah mati
menyesal ke menangis air mata nanah pun tak berguna lagi
apa yang aku dapat adalah seksaan tiap petang dan pagi
apa yang aku dengar adalah lolongan manusia yang dipukul bertubi-tubi
apa yang aku hidu adalah bauan hanyir nanah dan juga darah sendiri

Jika korang tahu keadaan aku disini
nescaya dosa-dosa hatta yang paling kecik pun korang akan jauhi
kalaulah korang tahu bagaimana aku diseksa setiap hari
nescaya korang akan berebut nak dapatkan pahala walau dihalang kawat berduri
kini aku sendiri
merasai azab yang tak terperi
jangan lupa ye wahai para Pendosa yang mungkin dirempuh lori selepas baca hikayat aku ini
dah mati nanti datanglah kat kubur aku ni
paling kurang pun temanilah aku walau sekali
aku taknak hadapi lagi kesakitan ini
seorang diri

Aku lapar aku dahaga sangat ni
belikanlah aku walau...sebuku ROTI..
T_T



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

4 comments:

  1. Cerita di atas takde kena langsung dengan orang yang masih hidup..untuk orang yang dah mati je yang kena..sebab kalau korang masih hidup,masih sempat lagi nak ubah semua ni..sebelum terlambat, ayuh join saya untuk menjadi Zombie Insaf..

    ReplyDelete
  2. mmg sedih citernya...
    ditambah lagi,byk pengajarn

    ReplyDelete
  3. sayang_ Allah : sama-sama kita amik pengajaran dan applykan dalam kehidupan..insyaAllah..jom tukarkan keinsafan, kekuatan dan pengetahuan kepada tindakan..ayuh!

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullah..sama2 ambil pngajaran dr kisah ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...