Wednesday, June 29, 2011

Hikayat Romeo : Aku Memang Pencinta Wanita


Ini kisah tentang aku
yang digelar Romeo Macho alaf baru
cerita tentang hidup aku yang haru biru
kerana ape? Jom baca dulu..

Aku lahir-lahir je kat dunia terus dapat gelaran baru
aku digelar yatim piatu
masa aku kecil bengap sikit aku punya IQ
aku ingat tu panggilan untuk budak comel tahap warghhhh macam aku
rupanya tu panggilan orang yang dah takde ayah takde ibu
mananya tak yatim dan piatu
aku terDiberanakkan di tepi pintu
pintu kereta yang terbabas akibat nak mengelak minah gila yang tak pakai baju
mana la tak terkejut beruk ayah aku
dah la tengah bawak kaw kaw punya la laju
tiba-tiba je..( ni la nak kata malang memang korang tak boleh bau )
tengok minah gila berbogel menari di Karak Highway macam Zombie tertelan skru
dah break emergency tapi...fuhh..menari nari kereta ayah aku
yang tak bestnya sampai ke bawah gaung baru lah kereta tu berhenti kaku
itu lah kejadian 30 tahun yang lalu..

Sejak mak aku meninggal dunia
hidup aku jadi huru hara
semua benda aku rasa tak kena
aku jadi berdendam dengan sorang perempuan gila
yaa..minah gila yang dah porak perandakan aku punya keluarga
ada ke menari tengah jalanraya
lain kali menari je la tepi sikit takde la arwah ayah aku terkejut tenuk dibuatnya
baru sekarang aku sedar bengong jugak aku ni dulu rupanya
marahkan orang gila
nama pun minah gila..

tapi oleh kerana minah gila pun aku tak tahu sapa
maka aku putuskan untuk balas dendam kat wanita seluruh dunia
apa orang nak kata warghhhhhhhhhhhh aku tak kira
akhirnya muncullah Si Romeo..Pencinta Wanita
si playboy profesional tahap dunia
manis mulut kalah gula melaka
yang pakai skirt ke tudung labuh ke tak pakai apa-apa ke aku rembat je semua
bila dah bagi harapan cinta
dan ambik kesempatan sekali dua
maka aku tinggal diorang macam korang tinggal ibu bapa kat rumah orang tua

teknik aku camni
untuk yang bertudung labuh dan punya tingkat kesolehahan takat tinggi
mula-mula aku tunjuk kesolehan diri
mengaji kalah negara punya Qari
tak masuk bab dahi hitam kononnya banyak sujud sahwi
mula-mula bagi sms kononnya bertanya bagaimana nak jaga kesucian hati
Bengong! Dia tak perasan ke itulah teknik aku paling keji!
akhirnya melarat sampai si dara tu dah tak suci
akhirnya aku tinggalkan dan aku gelak seorang diri

yang skirt pendek apatah lagi
pacak rambut sikit ditambah murahnya senyuman sampai ke pipi
buat-buat caring kononnya kau lah satu-satunya wanita di hati
buat-buat puji kononnya kau lah gadis idaman setiap lelaki
Bengong! Dia tak perasan ke itulah teknik aku paling keji!
akhirnya melarat sampai la si gadis tu termengandung walau takde suami
akhirnya aku tinggalkan dengan senyuman tanda puas hati

berjaga-jagalah wanita
mungkin aku sekarang adalah couple yang anda sedang cinta
mungkin aku sekarang adalah lelaki yang sedang korang puja
mungkin aku sekarang adalah 'lelaki soleh' yang sedang kau cair dengan kesolehahannya
mungkin anda sekarang..adalah wanita yang sedang aku NODA..


p/s : Zombie Insaf bukan playboy..tetapi seorang boy yang suka play-play..wakaka eh eh! Apa-apa pun, kepada wanita di luar sana..jagalah diri korang..laki ni macam serigala bila dah ada wanita di depan mata..lebih-lebih lagi yang mudah dipegang..apa lagi yang mudah dirangsang! Ingat..ingat..ingat..aku sayang korang sebab baginda Nabi terlebih-lebih lagi la menyayangi korang sebagai seorang wanita..sebagai umat baginda..aku sayang korang kerana ini pesanan dari baginda..supaya bela korang..selagi aku masih bernyawa..peace!



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

15 comments:

  1. Adakah kamu begitu???? dan tipudaya syaitan itu adalah lemah... "maka lelaki berzina untuk perempuan berzina.." hmmm elok ler tuuu..

    ReplyDelete
  2. jumpa dari group islamic defender front team.. sangat suka..sadis & tragis..hehe.follow terus.. Ingatan baik buat semua wanita tuk slalu jg diri trmasuk diriku.. insyaallah amin..

    ReplyDelete
  3. Zombie Insaf tak boleh jadi playboy..sebab tak jumpa Zombie wanita untuk diplayboykan..wakaka eh eh!
    p/s : kepada yang dah terlanjur..tobat itu terlebih utama baginya.

    ReplyDelete
  4. hiettah_anahiettah afibs : sama-sama share kat fb dan kepada jiran tetangga,sepupu sepapat dan yang lainnya..mana la tahu ada yang sedang ternoda..sempat lagi taubat kalau nyawa tak sampai kat halkum lagi..

    ReplyDelete
  5. suka juga..follow der , teanjat saya membaca...hahahaha

    ReplyDelete
  6. nabill_90 : wokeyh..jom jadi Gang Zombie Insaf

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kadang2, manusia nie pandai kat lain, tak berapa nak pandai kat bab lain.
    bukan tadek peringatan dan semuanya sihat penglihatan, tapi yang bab nak memikir n melihat pakai hati tue yang menjadi beban (kononnya). wallahualam.

    ReplyDelete
  8. FAIZ KAMARUL : mungkin sebab kita yang tak cuba tegur mereka..jom berpesan pesan kepada kebenaran..

    ReplyDelete
  9. lupa plak Zombie Insaf nk jawab salam..waalaikumussalam..

    ReplyDelete
  10. salam kembali. che zombie, saya rasa cara kita berblog ni is one of zillion ways untuk tarik orang membaca n memikir.
    thumbs up la untuk che zombie.
    semoga sentiasa istiqamah, insyaALLAH.
    boleh la ye, klu saya link-kan blog nie di blog saya untuk entri akan datang. :)

    ReplyDelete
  11. FAIZ KAMARUL : wassalam kembali..segala puji dan syukur hanya kepadaNya..ni cuma usaha Zombie yang sedang cuba insaf..semoga Pemilik Hidayah tu sendiri yang akan bagi kepada yang berusaha mencarinya..boleh saudaraku..silakan

    ReplyDelete
  12. berpesan-pesan kpd kebenaran...

    ReplyDelete
  13. wanita,jangan mudah percaya dengan pandangan mata kerana pandangan mata semua indah belaka dan tiada cacat cela,tapi lihatlah dengan mata hati dan juga bisikan nurani..

    ReplyDelete
  14. wanita mudah termakan kata-kata..laki-laki mudah terpujuk bahasa tubuh wanita..dunia..dunia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...