Saturday, June 18, 2011

Hikayat Zombie Kampung Pisang VS Orang Dakwah


Ini ada satu cerita
tentang sekumpulan Zombie di sebuah ceruk benua
di hulu pedalaman, Kampung Pisang namanya
telah lama meraka semua
dalam kesesatan yang nyata
ada yang sembah berhala
tidak kurang yang bengap pohon betik pun diorang puja
asalkan lepas dah puja pohon dan berhala itu pun boleh berkata-kata
itu dah cukup syarat untuk mereka menganggap itu Tuhan alam semesta
padahal jin dan iblis lah punya angkara
tersenyum bangga,riyak dan takabbur lah mereka bila senang-senang satu kampung kena perdaya

Pernah juga sorang Zombie bertanya pada kawanya
" Asal la ko pegi sembah pokok betik dan buah-buahannya? "
Maka jawab kawannya penuh selamba
" Aku pun tak tahu..ni wasiat nenek aku masa dia zaman muda-muda "
Zombie yang tak puas hati terus bertanya
" Kalau camtu sekarang nenek ko kat mana? "
Kawan yang dah naik bosan pun langsung berkata
" Dah dalam neraka gamaknya..dah lama nenek aku tu meninggal dunia"
" Tau pulak ko kalau sembah pokok betik ni masuk neraka "
" Aku pun tak yakin dengan agama ni tapi ni Tok Batin kata YA , aku pun angguk aje daa "

Pada suatu hari yang pada waktu tengah hari
datanglah sekumpulan manusia memakai jubah berseri-seri
seri wajah turun dari muka sampai ke kaki
datang ke Kampung Pisang dengan niat yang suci
untuk mengIslamkan Zombie-Zombie yang akidahnya terang bersuluh memang dah lari

Berkumpul lah segala angkatan para Zombie
di suatu tanah lapang yang gersang segersang iman para Zombie
tertanya-tanya lah mereka siapakah gerangan yang memasuki Kampung Pisang ini
dah lah berjanggut lebat, berjubah putih berserban coklat, berseluar singkat, datang-datang je sebut "sembahlah Allah Tuhan langit dan bumi"
terkejut tenuk la para Zombie
gempar lah seluruh pelusuk kampung disana sini
akan kedatangan gerombolan yang mencabar kedaulatan agama yang kononnya amat suci

apa yang suci sangat haaa?
dah la buat berhala berwajah kera
dibuatnya pula dari isi buah kurma
bila kemarau dah takde makanan je dicubit ditelan si berhala punya telinga
mula-mula cubit telinga pastu turun ke peha akhirnya dengan kepala berhala pun dilahap jua
itu pun boleh dianggap Tuhan alam semesta?

" Kami ingin menyeru kalian semua kepada Allah Taala..
Dialah Yang Hidup dan takkan pernah mati..takkan pernah binasa..
Dialah Pencipta segala-gala
daripada sekecil-kecil bakteria hinggalah kepada sebesar-besar cakerawala
Sembahlah Dia wahai para Zombie semua "

" Dia lah yang menurunkan sistem hidup kepada kita semua..
daripada bab melahirkan anak sampai la ke liang lahad telah disistemkan segalanya..
tiada payah tiada gundah melainkan ianya bersesuaian dengan fitrah kita semua "

Para Zombie pun bertanya..

" Andai itu yang korang dakwa
kenapa Allah itu tidak boleh dilihat dengan mata? "

Para pendakwah itu tersenyum lalu menjawab penuh makna..

" Andai Allah mampu dilihat..samalah Dia dengan kita semua..
Andai Allah mampu dilihat..berjisim lah Allah sama seperti kita semua..
Andai Allah mampu dilihat..itu bermakna Allah berhajat kepada lokasi dan bentuk badan yang nyata..
Kerna Allah Maha Sempurna..kerna itu tiada Allah itu terlihat pada mata kita..
Kerna Allah Maha Sempurna..tiada mampu mata kita yang lemah ini untuk melihatNya..
Kerna apa Allah itu tidak mampu dicapai dan difikirkan akal dan pancaindera?
Kerna itulah tanda bahawa Allah itu Maha Berkuasa..
tiada mampu pancaindera yang kita rasa telah sempurna penciptaanya
untuk memikirkan akan kekuasaanNya..
Kerna Dia Maha Berkuasa..
tiada permulaan dan tiada pengakhirannya..
Kerna Dia Maha Berkuasa "..

" Mahukah kalian bersama-sama kami untuk beriman kepadaNya? "

Seorang Zombie bernama Mail Zombie mengangkat tangan lalu berkata..

" Saya berikrar dengan ini saya bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah..dan Nabi Muhammad yakni yang telah mengajarkanmu ajaran dariNya adalah utusan Allah "



Takbiiiiirrrr!


Maka bergemalah Kampung Pisang itu akan segala murka dan cerca
rupanya Zombie yang lain langsung tak boleh terima
mereka buat-buat pejam mata dan menutup telinga
Patutlah! Termakan hasutan Tok Batin Kampung Pisang rupa-rupanya
dicanang oleh Tok Batin bahawa kalimat-kalimat agama itu adalah sihir semuanya
dihasut Tok Batin dengan kata-kata dusta dan nista

Maka dihalaulah gerombolan pendakwah itu semuanya
dibaling batu dibaling sepatu tiadalah mereka berduka
melainkan bibir mereka basah dengan menyebut namaNya..
tanpa mereka membalas maka mereka pun berlalu sambil mendoakan perlindungan dariNya

Tiba-tiba Mail Zombie dengan berani telah bersuara..
wahai kaumku..
Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk dari Rabb alam semesta..
Mereka mahu mengajak kita keluar daripada kegelapan syirik kepada iman yang bercahaya
mereka mengajak kita hidup beragama dan akhirnya mati dengan iman yang sempurna
sesungguhnya mereka lah golongan yang benar..dan ajakan mereka tiadalah tercela..

Belum pun sempat Mail Zombie menghabiskan kata-katanya
telah sampai buku lali kaki Zombie yang lain di kornea kirinya
lantaran di "side-kick" oleh pengikut setia si Tok Batin yang durjana

" Keluar dari agama itu atau kamu akan kami sula! "
" Keluar dari agama Muhammad atau dagingmu akan menjadi santapan ular sawa! "

Walau dasyat ugutan yang Mail Zombie terima..
walau hebat azab yang diterima tidak terhingga..
tidak sedetik dalam hatinya tewas pada ugutan itu semua..
melainkan bibirnya basah dengan perkataan " Allah Maha Esa "
" Allah Maha Esa "
" Allah Maha Kuasa "

Dan akhirnya..
Mail Zombie diperkosa gay-gay Zombie Kampung Pisang yang durjana..
duburnya disula lalu badannya dibuang ke semak samun untuk menjadi santapan ular sawa..

Kini 2 purnama telah berlalu pergi..
bermimpilah Emak kepada Mail Zombie yakni Tipah Zombie..
akan anaknya yang dia sayangi
Ibu..janganlah dikau berduka lagi
kerna Allah telah mengampunkan segala kesalahanku dan memasukkan daku di dalam syurga yang kekal abadi..
alangkah beruntung andai kaumku juga mengetahui..
Berimanlah lah wahai ibu yang aku cintai
nescaya pengorbananmu menjadi sebutan para malaikat dan bidadari..

berkat pengorbanan Si Mail Zombie
akhirnya setelah beratus tahun telah berlalu pergi
satu Kampunog Pisang telah menerima Islam tanpa berbelah bagi

dan semua Zombie telah berjaya menukar panggilan mereka..
kepada Zombie Insaf..yang mungkin kini cucu cicitnya lah yang telah berjaya..
menyiapkan entry-entry Zombie Insaf yang kini anda sedang baca..
Maha Suci Allah..Tuhan Yang Maha Sempurna..




p/s : cerita ini diubah/ dioalah/ diadaptasi / diimaginasi daripada Surah Yasin, kisah Para Nabi dan Filem Zombie Kampong Pisang arahan Mamat Khalid..sekian..enjoy your reading ye Geng Zombie Insaf sekalian..sebarkanlah andai ia bermanfaat bagi dirimu dan juga geng-gengmu..







Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

  1. SubhanaAllah..very nice 1.
    "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."(surah Al-An'aam,ayt 125)~Alhamdulillah ats nikmat Islam yg dkurniakn :))

    ReplyDelete
  2. kerja dakwah adalah kerja kenabian..dan oleh kerana Nabi dah pergi maka rantai perjuangan dakwah baginda Nabi adalah di bawah tanggungjawab kita semua..
    Jika kita cakap berjanggut lah kerana itu sunnah..maka ramai yang bantah katanya bla bla bla..tapi bila kita cakap dakwah itu sunnah ke? pandai pula mereka menjawab..ishh ko ni..kalau bukan berdakwah tu bukan Nabi la..haaa..so kerja dakwah adalah sunnah peringkat paling tinggi..buka mata, buka minda, gerakkan pancaindera..jom!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...