Wednesday, June 15, 2011

Puisi Zombie 2

Ini cerita tentang Zombie..
makhluk yang memang mati hati..
 makhluk bernama Zombie memang lah ngeri..
dasyat punya perangai apatah lagi jati diri..

kenapa dikatakan makhluk ini dasyat dan ngeri?
kerana dia berani melawan sana dan sini
berasa angkuh dan bangga diri
tak pernah terlintas di benak pun pasal mati
kononnya kebal takkan lut dek api

kenapa Si Zombie ni berani melawan sana melawan sini?
ini yang paling korang kena takjub sekali
Zombie ni berani melawan Pencipta mereka sendiri
disuruh taat dia kata penat
disuruh solat dia kata tergeliat belikat
mana taknya tak kena laknat
tapi Si Zombie takkan pernah merasa penat dilaknat
sebab hati mereka dah mati dan berkarat
itulah punca tak jaga makan dan banyak maksiat
kesian la korang wahai Zombie terlaknat

Bila hati dah penuh dosa
tengok aurat dah tak rasa apa-apa
apatah lagi tayang aurat tang sini tang sana
memang konfirm tagih bala
kesian korang Si Zombie terlaknat
kerna tak rasa diri tu dilaknat

Ini lagi satu cerita 
tentang Si Zombie yang lupa dunia
asyik nak enjoy sini sana
katanya nak lepas tension exam dunia
walhal exam sebenar kat dalam kubur sana
bila tak dapat jawab ada yang kena sula
ada yang kena denda
bukan sembarangan denda
tapi dipukul bertalu-talu ke dalam bumi berhasta-hasta
menangis darah pun geng Zombie kau peduli hapaaa
sama-sama enjoy sama-sama kena sula
indahnya persahabatan dunia andai dipalu dipukul berjemaah di alam sana

Meh sini saya nak habaq satu berita
Puisi yang hang tengah baca ni ada maksud tersiratnya
gelak la kalau nak gelak gegar satu dunia
tapi hang tahu ke sape Zombie yang dipuisikan di atas ni haaa?

Zombie ni lah gambaran hang bila dah jadi Pendosa
gelap dari pahala dan kaya dosa
bermula dengan gelapnya jiwa
 lama-lama mati hati dan segala rasa
semua kebaikan hang akan cela
semua kebaikan akan hang menjauh darinya
kerna hati hang telah mati
kerna hang telah rasmi menjadi...
SI ZOMBIE..





p/s : Marilah bergabung bersama saya! Tukarkan title Zombie anda kepada Zombie Insaf! JOMMM!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

  1. haha nice story....sebenarnya dulu aku minat zombie gak, tp sejak abis men game Zombie vs Plant...terus aku takut nk jd zombie =)

    ReplyDelete
  2. erti40tahun : Jangan takut dengan Zombie Insaf sebab sebelum insaf memang la suka mentakedarah tapi lepas dah insaf ni dia suka makan yang 'halalan thoyyiba' je..
    kerana anda adalah pengomentar pertama maka anda memenangi sebuah doa dari Zombie Insaf..
    Ya Allah..dengan asbab puisi ini maka berilah beliau hidayah dari sisiMu untuknya dan kami semua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...