Friday, June 17, 2011

Sedangkan Mail Lambung pun berkorban

Tajuk entry Zombie Insaf kali ni agak pelik..mungkin sedikit aneh..Tapi intinya kali ni adalah tentang PENGORBANAN..Hurmm! Tajuk je gempak tapi isinya hampeh? Tunggu dulu bro..baca sampai habis la bro..


Sape Mail Lambung?


Hee3..mungkin bagi peminat Maharaja Lawak memang dah kenal Si Mail Lambung atau mungkin nama sebenarnya ( * Mungkin je ni ) adalah Ismail Bin Haji Lambung..beliau adalah karakter yanng dilakonkan oleh seorang peserta Maharaja Lawak musim pertama yang bernama Zizan..Ape kena Mail Lambung dengan pengorbanan? Rilek luuu brooo..kita pergi step by step..ok bro?


Mail Lambung ni Gengster bro..kerja tiap hari tarik kereta je..pagi petang siang malam tarik kereta je bro..demi mencari sesuap nasi katanya..tak pernah kenal erti penat..tak pernah kenal erti terseliuh belikat..nampak gaya macam jauh dari rahmat..tapi takpe katanya..asal ramai peminat..( Zombie Insaf pun minat jugak ke? Kantoiii! )..Tengok gaya memang macho la..tapi bila tengok dari sisi tepi di bahagian pipi kanan memang nampak Hancho ( hancur )..kenapa? Fuhh..parut beb! parut! tapi Mail Lambung kata takpe..katanya ni nilai dan harga yang perlu dia korbankan untuk menjadi seorang Gangster yang tersohor di seluruh pelusuk negara..sebut je nama dia kat Astro Ria..fuhh..macam-macam ada bak kata Astro Ria..


( Sudah dengan Mail Lambung..kita pergi kepada inti persoalan )



1. Jap3..aku rasa diperangkap la..aku ingatkan cerita Mail Lambung..arghhh! ( Ada kaitan la bro..jap lagi Zombie Insaf kupas )


2. Amboi3..ada niat nak masuk Maharaja Lawak nampak..nak join cerita Zombi Kampung Pisang ke bang oii? ( berapa kali nak cakap daaa sejak bila Zombie Insaf ni jadi abang ko? )


Cukup3..kita kembali kepada persoalan berbangkit tadi ye ( tiba-tiba nada jadi macam Ahli Parlimen )..Memang la Zombie Insaf tak kenal sangat Si Mail tu tapi begitulah gamaknya yang terjadi pada Si Mail tu.Korang perasan tak parut kat muka Mail Lambung tu? Zombie Insaf rasa tu bekas kena toreh ngan badik la masa gaduh berebut kawasan..( memandai je..hoho )..So korang ingat senang ke seorang Gangster nak dapatkan kehebatan dan kegerunan daripada pihak lawan? Ianya memerlukan PENGORBANAN! dan begitulah pengorbanan..dalam konteks Mail Lambungnya ialah adalah parut dan kesakitan..tapi kesakitan tu akan hilang..dan namanya menjadi siulan..


( Peringatan : Zombie Insaf bukan berniat nak promote Maharaja Lawak dan bukan juga ingin promote kehidupan seorang yang Gangster tetapi yang ingin ditonjolkan disini adalah USAHA dan PENGORBANAN adalah kunci sebuah KEJAYAAN..tetapi HARAM tetap HARAM dan NIAT sama sekali tidak akan menghalalkan CARA )


So dalam konteks hidup kita pulak..Sedangkan Mail Lambung pun sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang diinginkan ( cara yang HARAM tetap HARAM ) apatah lagi kita sebagai manusia yang ingin mati dalam keredhaan Allah..Adakah usaha kita untuk mati dalam keredhaanNya sudah memadai? 


Adakah usaha kita sudah mencukupi untuk dipersembahkan kepadaNya?
Di mana nilai pengorbanan kita di pandanganNya?
Adakah kita hanya hidup hanya dengan niat mendapat syurgaNya tapi dalam hidup hampeh daripada membuat pengorbanan untuk mendapatkannya?


Korang nak makan pun pakai tangan kan?
korang nak panggil untuk orang suapkan makanan pun pakai suara kan?
korang nak panggil orang untuk suapkan makanan dengan memakai suara pun memerlukan otak yang akan mengeluarkan arahan kepada saraf bla bla bla hingga akhirnya sampai kepada saraf bla bla dan akhirnya sampai kepada kotak suara dan bergetar kotak suara bla bla maka terciptalah suara " Woiii..aku nak makan ni...letih laa nak angkat tangan..suapkan boleh? Paaaaaangg! ( bunyi ini bukan daripada kotak suara melainkan bunyi penamporr daripada Zombie Insaf kepada Si Pemalas nak mamposs ni )..


Jadi setiap apa yang kita impikan memerlukan pengorbanan..cuba kita lihat dalam sejarah Islam..ada 5 orang Nabi Ulul Azmi daripada beratus ribu Nabi yang Allah utuskan ke dunia ini..Kenapa cuma 5 yang terpilih? Kerna mereka lah yang mendapat cubaan yang paling dasyat dan mereka lah yang membuat PENGORBANAN yang paling hebat! Jadi bila sebut syurga, ia bukanlah hanya impian yang boleh diidam-idamkan lalu disebut berulang-ulang lalu terus mendapatkannya..Ianya perlukan USAHA dan PENGORBANAN..


Jadi untuk menjadikan PENGORBANAN sebagai cara hidup kearah mendapat keredhaan Tuhan.. ( dah dapat redha Allah ni ape yang korang impikan semua tercapai..syurga ke bidadari ke bidadara ke ) :


Sanggupkah kalian meninggalkan anak isteri ketika bepergian kerana agama?
Sanggupkah kalian meninggalkan aweksss yang cun melecun keranaNya?
Sanggupkah kalian mengorban jiwa raga andai diseru ke medan jihad melawan musuhNya?
Sanggupkah kalian BERKORBAN segalanya atas nama Allah, Penguasa alam semesta?
Sanggupkah?


Ok..Sebenarnya dengan membaca blog ini dan menghafal isi kandungannya sahaja tidak akan mampu memahamkan korang akan apa itu maksud PENGORBANAN..pemahaman tentangnya dan tentang apa itu agama hanya akan tercapai apabila korang sanggup dan telah melakukan pengorbanan dalam mentaatiNya..


Seperti kisah Nabi Ibrahim yang meminta Allah menunjukkan kekuasanNya kepada baginda..maka Allah perintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih 4 ekor burung dan memotongnya kepada beberapa bahagian kecil..dan diletakkan di puncak 4 buah bukit yang berjauhan lokasinya.Maka selepas diletakkan bangkai burung itu di puncak bukit-bukit tersebut maka Allah telah memerintahkan kepada Nabi Ibrahim untuk memanggil burung-burung tersebut dan ternyata dengan izin Allah maka burung-burung itu datang kepada baginda dengan keadaan seperti asalnya..Maka bertambah yakinlah Nabi Ibrahim akan kekuasaan Allah..


Kenapa Allah menyuruh Nabi Ibrahim letak bangkai burung tu kat 4 buah bukit sedangkan boleh je Allah suruh je Nabi Ibrahim tu letak sembelih burung tu dan tanam je belakang rumah..senang..simple..dan dekat..kan? Tapi disini lah Allah nak bagitahu yang hanya dengan PENGORBANAN sahajalah ( yela..penat kot turun naik bukit..4 buah bukit pulak tu..kalau gunung? ayyoyooo! ) maka akan tercapai tujuan dan maksud yang diinginkan bersama dengan pemahaman agama yang Allah campakkan dalam hati mereka yang berkorban keranaNya..


p/s : Jadi, nak syurga kena berkorban..nak bidadari pun kena berkorban..Nak neraka pun kenalah juga berkorban ( korbankan nikmat di syurga yang takde pengakhirannya..forever beb! )

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

2 comments:

  1. ko highlight kt bagian, sanggup tinggal kan awekss yg dun melecun tuh,.. hehehe

    :)

    ReplyDelete
  2. ismail : Permintaan anda ditunaikan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...