Tuesday, July 5, 2011

Tahi : Kenapa perlu kongsi? Lu Kongsi Lu Mati!




Tahi!

Amaran keras kepada yang sedang makan bersama keluarga, atau yang sedang lepak-lepak di warung kopi, atau yang sedang mahu kembali berselera agar menutup blog ini daripada dibaca buat sementara waktu supaya korang UWEEEEEEEEEEEEEEEEK!! ( emmm, kan dah pesan tadi..lain kali bertindak mengikut arahan..dah-dah..pegi basuh sana..muntah itu najis dan ianya sama taraf dengan TAHI! Uweeeeeeeeek! Owh..sori..muntah lagi ek? )

Untuk pengetahuan korang..mengikut kefahaman Zombie Insaf yang telah sekian lama ditanam oleh ibu bapa sejak daripada kecil, tahi adalah sejenis entiti yang Zombie Insaf rasa korang pun taknak kenalpasti dan yang pasti ianya sejenis benda yang KELUAR DARIPADA TUBUH KORANG yang amat ianya AMAT MEMUDARATKAN ORANG LAIN dan HARAM DIKONGSI bersama-sama jirang tetangga, sepupu-sepapat mahupun pakwe dan pasangan tercinta..( maka bengonglah kepada kapel-kapel sedunia yang sedang mabuk cinta yang berIjtihad dan menyangka bahawa pasangannya itulah yang paling mulia dan semuanya harus dikongsi bersama..cuba try kongsi bau tahi masing-masing..confirm histeria! )

1. Aku tak paham la apa la yang spesial sangat pasal tahi ni..geli geleman aku weh!

2. Bro, lu silap bro..gua ada TAHI..dan makwe gua cakap " alaaa kiutnya pakwe aku ni..mai sini nak usap sikit tahi lalat tu "..( Pannnggg! Bunyi penampor akhirnya kedengaran! Baik Zombie Insaf tampor ko dulu daripada ko kena tusuk besi panas kat neraka tepat-tepat dekat ko punya lalat punya tahi tu sebab dah bersentuhan dengan bukan mahram secara sengaja dan membabi buta! )

3. Errr..aku dah tak berani nak tanya..

Haa..bagus..diam-diam je dan biarkan Zombie Insaf menghabiskan penulisan ni dulu..jadi ada yang bertanya apesal la Zombie Insaf ni dari tadi asyik tulis pasal tahi je ( Bengong sungguh! dah entry ni pasal tahi..takkan la nak tulis pasal roti ) jadi jawapannya adalah..haaa..sebelum tu Zombie Insaf nak korang cuba tengok perangai korang dulu..sejak kecik macam-macam perangai yang korang ada kan..dan ianya tak lain tak bukan hanya terbahagi kepada dua..perangai baik dan perangai buruk..perangai baik mengundang pahala, perangai buruk pula mengundang kerosakan, kemusnahan dan bala bencana..betol tak?

Jadi cuba korang tengok definisi dan pengertian perangai buruk ni.mengikut akta kepala hotak Zombie Insaf yang telah disemai sejak sekian lama oleh ibu bapa daripada kecik, perbuatan buruk ini adalah perbuatan yang KELUAR DARIPADA TUBUH KORANG dan ianya AMAT MEMUDARATKAN ORANG LAIN dan HARAM DIKONGSI bersama baik bersama jiran tetangga, sepupu sepapat mahupun pasangan dan pakwe tercinta! Dan jika korang mempunya IQ yang tinggi ( cabaran ) maka cuba korang lihat persamaan antara TAHI dan PERANGAI BURUK yang telah Zombie Insaf tuliskan tadi..

Anonymous : Abang Zombie Insaf..adik kan daripada kecik lagi selalu Mak cakap "bengap sungguh la Achik ni..exam pun dapat no 2..ape punya anak la..pot pet pot pet lain kali no 1 la pot pet pot pet"..maka setelah umur 20-an camni pun adik masih bengap bang..IQ tak berapa tinggi sangat..boleh abang jelaskan? ( kesian sungguh..kepada ibu bapa..jagalah tutur kata anda dengan anak-anak.ianya merupakan antara doa mustajab walau korang tak menyedarinya )

Khas untuk adik bengap..( Opsss! ) Mai sini abang Zombie Insaf tunjukkan..

Tahi : sejenis benda yang KELUAR DARIPADA TUBUH KORANG yang amat ianya AMAT MEMUDARATKAN ORANG LAIN dan HARAM DIKONGSI

Perangai buruk : adalah perbuatan yang KELUAR DARIPADA TUBUH KORANG dan ianya AMAT MEMUDARATKAN ORANG LAIN dan HARAM DIKONGSI 


Jadi untuk pengetahuan korang..sejak akhir zaman ni..ramai Zombie Insaf tengok ramai sangat para remaja suka sangat berkongsi gambar bersama pasangan ( ditag atas nama : kekasih tak halal, kekasih haram, kekasih tak kawin, kekasih gelap, kasih kekasih ) dekat Facebook ataupun macam-macam lagi multimedia arus perdana tak kira la blog ke Friendster ke Twitter ke..tapi ramai sangat suka buat camtu..suka share sana..tergedik-gedik share sini..korang ingat HALAL sangat la tu walau atas nama cinta sampai MATI? Tengkorak hangpa cinta sampai mati..dah mati nanti kubur masing-masing dah..bodoh je kena tibai sorang-sorang dalam kubur nanti..takdenya korang nak menjerit " Azman sayanggggg! TOloNg DIndaaa! DinDa CaKit Niew..Kandew TakNak ToWLOng DinDa Kewww SaYangggg!" ( cuba baca dengan nada manja yang geli geleman! )..yang korang jerit adalah lolongan dan jeritan penyesalan sebab sebelum mampos tu tak sempat tobat abis-abisan..

Tabiat suka share dan tayang foto bersama pasangan tak halal ni adalah satu PERANGAI BURUK! Kenapa? Sebab ianya perbuatan yang KELUAR DARIPADA TUBUH KORANG sendiri dan MEMUDARATKAN iman orang lain dan HARAM DIKONGSI dan ditayangkan pada orang lain! Paham?! Cuba korang bayangkan..ada sorang budak innocent ni..baik sangat..baru je lepas keluar sekolah agama..muka bersih je..jerawat batu pun takde..masuk je Universiti, dia buka la Facebook..kononnya nak contact kawan-kawan sekolah menengah agama dulu..buka je Facebook terus tertengok muka korang bersama pasangan masing-masing tengah posing maut, maja-manja suap menyuap, dan arghhhhhhhhhhhhhh geli Zombie Insaf nak describe panjang-panjang..jadi korang rasa adakah semua perbuatan keji, mungkar dan buruk korang tu takkan men "trigger" dan menaik nafsu syahwatnya untuk ikut berkapel macam korang jugak? Maka lepas tu berkapel lah dia..abis kusam wajahnya..jerawat batu disini sana akibat pertambahan hormon 'mengawan' akibat dating ke sini sana..( bukan semua jerawat adalah akibat masalah hormon 'mengawan' )

Jadi yang sebenarnya perangai korang tu adalah umpama menyebarkan TAHI ke seluruh dunia! Ianya KELUAR daripada perangai tidak mengenal hukum hakam agama korang dan MEMUDARATKAN iman manusia seisi dunia dan HARAM DIKONGSI kerana bila korang kongsi dosa ke seluruh dunia, dosa orang yang berdosa akibat dosa dan perbuatan korang juga akan membawa korang kepada dosa juga ( ayat kompleks..sila buat-buat paham )..jadi nak sebar gambar lagi tak pasni? nak ke kongsi tahi sendiri? Lu Kongsi Lu Mati!

p/s : Dah mati nanti Facebook tu tempat orang ucap takziah dah nanti..sambil ucap takziah tu ehhh terpandang pula foto korang tengah dating-dating, peluk-peluk manja, suap menyuap..seribu orang tengok, seribu orang terpengaruh..maka bertambah la seksa yang bagi contoh tu dalam kubur nanti..takpe, seksa neraka tu tak sakit kan? Macam ayah korang pujuk masa nak bersunat dulu la kan " Along, sunat tu tak sakit..macam kena gigit semut api je "..Camtu je kan? Lu Pikir La Sendiri..

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

11 comments:

  1. Dah mati nanti Facebook tu tempat orang ucap takziah dah nanti..sambil ucap takziah tu ehhh terpandang pula foto korang tengah dating-dating, peluk-peluk manja, suap menyuap..seribu orang tengok, seribu orang terpengaruh..maka bertambah la seksa yang bagi contoh tu dalam kubur nanti..takpe, seksa neraka tu tak sakit kan? Macam ayah korang pujuk masa nak bersunat dulu la kan " Along, sunat tu tak sakit..macam kena gigit semut api je "..Camtu je kan? Lu Pikir La Sendiri..

    ReplyDelete
  2. hahaha.....info yang terbaik....benda2 camtu tak yah share dalam facebook....

    ReplyDelete
  3. cik rose : boleh share..share entry ni..wakaka

    anahiettah afibs : sama2 fikir sama2 larang..

    ReplyDelete
  4. analogi encik zombie berkesan. jadi, aku follow encik zombie. tahniah encik zombie

    ReplyDelete
  5. zombie , x nk komen pasal entry sbb entry zombie x prnh x best .. juz nk komen pasal wall paper 2 la .. tukar laen buleh ?? kuar2 je dari blog zombie neyh mesti berbinar mata .. lagi2 mlm .. pergh!poning den ..

    ReplyDelete
  6. adanhayad : wokeh..ajak jiran tetangga follow sekali

    ReplyDelete
  7. anonymous : tukar wallpaper? akan dipertimbangkan..sekarang kononnya banyak kije..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...