Monday, July 4, 2011

Temubual Perogol : Kerana Aku Seorang Lelaki



Ini adalah sesi soal jawab rahsia
rahsia makhluk yang tinggi egonya
rahsia hati seorang yang mengaku jejaka
inilah rahsia lelaki..Kaum Adam gelarannya!


Mari kita selongkar rahsia seorang perogol yang merogol pada kali pertama
kenapa dia ditemubual pula?
Kerana dia mengaku bukan daripada Kaum Hawa
bukan juga daripada kaum kera
maka dia pun berjaya ditemubual akhirnya..


Kenapa kamu merogol pada usia muda?
Kenapa tak tunggu tua?
Aku bertanya..


Dia menjawab selamba
Bodoh punya soalan la!
Dah tua dah kena get ready nak mampos la 
takkan tak tahu kewujudan neraka 
takkan nak aku bagitahu seksa kubur itu memang nyata


aku pun mengeluh pula dengan selamba
Fuhh..kenal juga ko seksa kubur dan neraka
habis yang ko pedajal anak dara orang tu ko ingat dapat pahala?


dia menjawab dengan linangan air mata macho kononnya masih selamba
Errr..aku bukannya jenis jahat dan bernafsu kuda
tapi cuba ko bayangkan tiap-tiap hari aku kena seksa
tiap-tiap hari aku dikikis dan diganggu wanita


Aku dengan perasan serba tak kena
terus bertanya
apa yang diKIKIS,diGANGGU dan diSEKSA wanita?
Bengap sungguh laaaa!
Diorang tu lemah gemalai..suara pun manja..
lelaki berotot macam ko pun ada peluang ke diorang nak seksa?


Warghhhhhhhhhhhhhh! Akhirnya si perogol jejaka tu naik gila
Dengan muka merah membara dia pun melampiaskan amarahnya pada aku pula


Ko senang la cakap ko tak kena!
Ko tau tak aku ni dah la kerja driver bas tua
mak kena sawan babi ayah pulak kat hospital gila
yang tu aku mampu tahan lagi tapi yang satu bab ni aku terseksa
ko tahu kan Kaum Hawa sekarang suka pakai ikut main rembat
memang la lemah gemalai tapi seluar ngan baju tu bukan main singkat 
memang la manja tapi dengan berpakaian sendat
mereka semua dengan kejam telah KIKIS, GANGGU, dan SEKSA aku punya jiwa
aku dah la miskin tak berharta
memang dah dilayak digelar papa kedana
nak kahwin pada akhir zaman laaani punya la seksa
mas kahwin punya la mahal lagi mahal dari beribu ekor unta
hantaran pulak fulllamaaaakk kalah Ferrari punya harga
aku nak lampias nafsu kat mana??!!


Err..sabar encik..sabar..bawak bertenang..apa maksud ko nak lampias nafsu kat mana?


Ko taw tak wahai Zombie Insaf haaaa..
kerja aku tiap-tiap hari bawak bas tua
segala jenis Kaum Hawa aku tumpangkan dan aku bawa
dari budak tadika sampai la yang dah bekerja
tapi satu haprak pun pakaian taknak jaga!
Dedah sini sana!
MenDADA je kerjanya!
Kononnya tudung singkat tu tanda kiut la sangat!
Kononnya free hair tu tanda kita dah berjaya kalahkan Barat!
Diorang ni tak reti bahasa ke yang aku juga punya nafsu syahwat..
Diorang tak reti bahasa ke yang aku mudah stim tengok perempuan berbaju sendat..
Diorang tak kenal erti peribahasa " Tak kenal maka tak cinta " ke wahai si wanita berbaju sendat!


Errr..jap..apa maksud peribahasa ko tu?


Diorang membawa aku mengenal bentuk tubuhnya
aku tak payah pejam dah nampak saiz payudara
aku tak payah pejam dah nampak tali baju dalamnya
bukankah itu semua membawa aku MENGENALinya?
Lantas membuatkan aku jatuh CINTA akan keseksian tubuhnya?
setelah nafsu aku membuak-buak hingga tak terhingga
aku pun kembali ke rumah orang tua
minta kahwin dikata aku gataiii laa
minta kahwin dikata aku belum matang usia
minta kahwin dikata aku belum punya harta
mana aku nak lampias nafsu ni semua?!


ARGHHHHHHH! Akhirnya...
kambing di belakang rumah pun menjadi mangsa
tapi malangnya jeritan kambing yang memang satu kampung bergema
membuatkan aku ditangkap dan didakwa di mahkamah dunia
belum lagi dibicarakan di akhirat sana..
aku dah taubat nasuha..
aku nak cuba ubah diri aku yang hina dina 
kepada seorang yang bersih dan bertakwa
tapi bila aku ditanya
siapa yang bersalah maka aku akan menjawab penuh selamba


"Salah korang la WAHAI WANITA..aku hanyalah satu daripada watak manusia jahat yang menjelma..akibat daripada ketidakpedulian korang terhadap rangsangan yang Kaum kami harus terima..akibat godaan bertalu-talu daripada Kaum mu yang berpakaian sendat,ketat dan padat!"


Kerana apa aku bagitahu korang aku tak tahan sampai tahap camni?

KERANA AKU SEORANG LELAKI..


p/s : Pada pendapat korang..salah laki-laki ke perempuan? Entry ni adalah imaginasi yang berlakunya memanglah nyata!

p/s lagi : Bagi Zombie Insaf, dua-dua salah..yang laki gataii taknak tunduk pandangan..yang perempuan ni pulak meroyan nak tunjuk kekiutan badan..habis rosak dunia!

p/s lagi sekali : Yang mak bapak pulak apesal makin lama makin mahal wang hantaran? makin seksa dan menyusahkan jiwa muda yang bergelora tu nak berkahwin dan melangsungkan hubungan yang halal..jangan la terlalu dihalang..benda halal tu harap dipermudahkan la..ok?



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

18 comments:

  1. Pada pendapat korang..salah laki-laki ke perempuan?

    ReplyDelete
  2. wlupn ak prmpuan, ak pun merasakan bnde yg sme...sume ni b'laku sbb slh prmpuan..

    ReplyDelete
  3. dua2 salah..macam yg tcatat kt ats 2 la..si laki xtunduk pandangan n si pmpuan lak dok dedah sana dedah sini..tp papepn mmg puncanya dr pmpuan..sgghlah pmpuan e2 ftnh bg seorg lelaki..ak yg sbg pmpuan pown mlu kowt tgk kaum ak sndr dok pkai pkaian yg mjolokkn mata ni..ak sndr pk,cne la agknye prasaan laki ek ble tgk pmpuan yg pkai seksi seksa ni..sure mduga iman sggh..dunia akhr zaman,begitulah..hmm

    ReplyDelete
  4. btul2 sgt2..salah dua2 skli lah...adoii mak..

    ReplyDelete
  5. aq nk komen pasal hantaran 2 .. awat?? zombie nk nikah dh ka ?? baguih2 ..carik yg solehah zombie .. klu solehah gerenti x mahal nk mampuih .. zombie pun x tercekik ..

    ReplyDelete
  6. si perogol tu kata tuan kambing pun salah jugak sebab lepas kambing dia merata-rata..sampai senang dia nak jumpa..wakaka!
    Nak suruh Zombie Insaf kawen? boleh, carikan seorang Zombie wanita yang kiut dan berpakaian sendat bila bersama suami SAHAJA!

    ReplyDelete
  7. kalau kita punya saudara perempuan,maka nasihatilah mereka..jangan dibiarkan..kelak,mereka yang akan menarik saudara lelakinya ke neraka kerana tidak menegur..si isteri pun boleh menarik sang suami ke lembah neraka..si ayah juga ditarik oleh anak perempuannya..wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. Al-Haura' Maqsurah : ada yang sibuk main tarik menarik..ada yang bergaduh menyalahkan satu sama lain..ada yg sedang jatuh..ada yang dah jatuh ke neraka..paling best yang meniti titian sirat macam kilat..doa kan Zombie Insaf dan semua pembaca jadi golongan The Flash tu ye..ameen!

    ReplyDelete
  9. salah due2.....btol....tanggungjawab kita menjaga maruah... kita bukan saja mmbawa maruah kita..xp maruah mak ayah, bangsa dan yg paling penting maruah agama islam

    ReplyDelete
  10. byk pihak slh...

    ReplyDelete
  11. kita juga bersalah sebab tak pernah rasa bersalah apabila diorang bersalah..rasa bersalah ke belum ni? ( Mode Zombie Insaf : ON )

    ReplyDelete
  12. zombie insaf..blog yg sgt bg mnfaat..byk2kn entri islamik..sebab sy akan slalu bca entri kt blog ni..tq..:)

    ReplyDelete
  13. semoga Allah buka pintu kesedaran bagi kita semua..ingat daku dalam doa korang..doalah supaya Zombie ini terus insaf..kalau dah tak insaf..hilang lah blog ni..kena tukar nama Zombie Rakus la pulak nanti..

    ReplyDelete
  14. sama-sama ikut perintah Allah....

    ReplyDelete
  15. ada je girl tutup aurat kena cabul, kalau yg ini, prmpuan byk salah.

    ReplyDelete
  16. *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•۞
    ۞*•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •*۞
    ۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞

    Salam. Saya mengajak saudara/i ber“facebook” sambil BERDAKWAH menyampaikan kalimah TAUHID @ kalimah NAFI & ISBAT. Dapat kiranya diuar-uarkan sebagai IBADAH
    untuk bekalan di alam BARZAH.

    Sebarang kesalahan harap diperbetulkan SEGERA
    & dimaklumkan kepada penulis.

    http://www.siapaallah.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. dua2 salah sebenarnya...tu la dlm Quran ALLAH seru kepada kaum wanita dan lelaki agar menjaga pandangan dan maruah masing2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...