Monday, July 11, 2011

Terlanjur Cinta tu Tak Haram?


Seringkali kita lihat..seringkali juga kita mendengar dan mungkin ada yang dah tahap kritikal sampai mampu menghidu akan satu kalimah popular ni iaitu C.I.N.T.A..


1. Waaahhhhh! Akhirnya bro Zombie Insaf dah keluarkan juga entri pasal CINTA..ehem..ehem..uhuk..uhuk..ada apa-apa nak kongsi dengan kitorang ke? ( Ko ni memang suka batuk dengan cara yang aneh ek? Sekali ehem-ehem..sekali uhuk-uhuk..aisssssh! )


2. Aku putus cinta la bro..makan tak kenyang..mandi tak basah..tidur pun dalam 9-12 jam je sehari..adoii..apa salah aku? ( Bengong sungguh! Dah terang lagi tak payah nak suluh-suluh yang tu memang salah ko! Ada ke putus cinta sampai tido dah macam beruang kutub berhibernasi pulak Zombie Insaf tengok! Memang la makan tak kenyang, mandi tak basah sebab ko mandi dan makan dalam MIMPI..Pannnggggg! Bangun! Seksa putus cinta kan? Bila putus cinta tu Allah nak bagi ko sedar yang masuk neraka lagi la seksa..bayangkan kalau telinga ko kena tindih dengan lori bawak batu bata pastu dilenyek berkali-kali pulak tu..seksa kan? Neraka ni LEBIH AMAT SANGAT DASYAT seksanya daripada itu..baik putus cinta yang tak halal semasa hidup daripada putus akibat salah sorang tu dah mati..bodoh je kena seksa sorang-sorang kat dalam kubur nanti..


3. Zombie Insaf, ko tak paham perasaan orang bercinta macam aku ni..cinta itu terlalu indah untuk dinukilkan dengan kata-kata..ko cakap la apa ko nak cakap, aku peduli apa..sebab kita ni berlainan jiwa..ko ganas..aku mat jiwang..mana nak masuk beb nasihat ko tu dalam hati dan sanubari aku yang telah diciptakan untuk memadu asmara yang PANNNG! (Kedengaran bunyi tamparan yang lebih kuat daripada tamparan bro di atas)..


Maaf di atas gangguan kat atas tadi..
Mungkin ada yang ingat Zombie Insaf ni jenis yang berjiwa ganas dan langsung tak kenal erti cinta,kasih sayang dan benda-benda romantik ni..Bro, lu silap bro..gua ni kalau jiwang ke romantik ke memang tahap Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! la wa cakap sama lu..tapi gua simpan..sampai masanya nanti gua akan gunakan..Okey, Zombie Insaf sahut cabaran bro di atas..nak tengok Zombie Insaf jiwang? Jom tengok puisi jiwang karat tahap arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! daripada Zombie Insaf..


3 Persoalan Cinta

Apa tu cinta?

Cinta ialah pabila tiba saat kata tiada lagi dapat mengupas rasa
Apabila bait bait cinta menguasai jiwa
Dikala hati senang melagukan irama
Walaupun sulit mengungkapkan walau satu makna..
Cinta antara dua jiwa
Hendaklah melalui jalan sempurna
Yang telah ditetapkan Pencipta
Bukan sekadar meredah lautan tuju dan hala
Tanpa pedoman tanpa ikatan tanpa penunjuk jalan baginya
Bahkan ianya kesesatan yang sempurna
Andai sekadar bahagia tetapi jauh dari hidayah Pencipta cinta,
Sang Pencinta..


Apa itu romantik?

Romantik mampu menggugah hati dan jiwa
Mampu menundukkan ego dan nista
Romantik ialah tatkala kamu mampu menghasilkan getar rasa
Walau sekelumit terdetik di dasar jiwa si penerima
Memberi tanpa henti
Mengasihi tiada terperi
Melindungi tanpa jemu
Memerhati penuh rindu

Tetapi bahkan segalanya hanyalah kesesatan sempurna
Andai terpesong matlamat dan hala tujunya
Tiada kesempurnaan bahkan kecacatan semuanya
Andai tiada bimbingan dalam mengolah makna dan caranya
Tertipu dalam khayalan bisikan hati dan mimpi
Seolah olah cinta manusialah matlamat abadi
Seakan tiada neraka, syurga dan titian sirat yang menanti
Tiadalah cinta itu melainkan alat untuk kehidupan yang hakiki
Hanyalah ianya alat semata bukanlah matlamat utama wahai teman- teman yang dikasihi
Sedarlah dari mimpi-mimpi
Seperti bangkitnya kamu dari kuburan nanti..


Apa itu rindu?

Rindu ialah satu desakan kalbu
Dalam deraian rasa kemahuan yang pilu
Mahu dan sendu disegerakan bersatu
Desakan memiliki menatap merawat walau tiadakan pernah bertemu
Hanya berpegang pada janji -janji yang seakan- akan palsu
Tetapi tiada si perindu peduli akan semua itu

Tetapi bahkan segalanya dalam kesesatan sempurna
Andai rindunya bergema membutakan segala
Membutakan segala rasa
Segala kebenaran dipersia
Seakan Pencipta segala rindu hanya syarat kedua
Dalam mendapatkan cinta dan rindu manusia
Sirnalah segala hakikat dan kebenaran segala
Dibutakan rindu yang wujudnya cuma sementara
Daripada rindu yang wujudnya untuk selamanya
Pilihan telah diberikan Si Pencinta
Hanya hati manusia sulit untuk menerima
Lantaran pendeknya akal dan mata hati kita
Akan betapa nikmat terindah adalah cinta Si Pencipta
Si Pencipta segala cinta
Sang Perindu segala rindu
Kebenaran yang tiadakan pernah palsu..




Jadi kalau korang nak tahu, cinta ke rindu ke romantik tu semuanya adalah fitrah..tak salah langsung kalau korang ada perasaan tu..LANGSUNG TAK SALAH! Tapi yang salahnya apabila korang tak mampu nak kawal cinta, rindu dan romantik korang tu dengan IMAN..korang tewas dengan pujukan dan rayuan keinginan keji korang ( hawa nafsu )..jadi tips kepada remaja di luar sana..kalau korang ada berkenan kat sape-sape ke pendam la dulu andai korang belum bersedia lagi nak kahwin tu..kalau dah memang tak mampu pendam lagi dan telah berada di tahap arghhhhhhhhhhhhhhhh! maka korang cuba la slowtalk dengan parent paling tidak pun mintak diorang halalkan hubungan korang ni dengan nikah khitbah..nak tahu lebih lanjut korang tanya la Ustaz-Ustaz yang berdekatan..

Ingat, Zombie Insaf tak mampu jamin apa status korang andai korang mati ketika sedang berhubungan dengan cara yang tak halal ( kapel )..entah ke neraka atau ke syurga..tapi yang Zombie Insaf tahu benda-benda camtu bukan perangai ahli syurga..so kalau bukan perangai ahli syurga korang agak-agak ahli ape ye? ahli tengah-tengah antara syurga dan neraka? Err..untuk pengetahuan korang..takde istilah ahli 'atas pagar'..tak ke syurga tu memang dah confirm neraka la beb!


p/s : cinta ni luas maknanya..tapi Zombie Insaf spesifikkan disini hanya untuk cinta muda mudi yang ketagih bercinta macam Zombie Insaf ketagih hirup kuah maggi! Wakaka eh eh! 





p/s sekali lagi : Kepada ibu bapa, kasihanilah anak-anak yang terpaksa bergadai pahala dan sanggup memperjudikan nasib di akhirat sana akibat couple lantaran langsung tidak diberikan peluang untuk menuntun hubungan tu ke arah perkahwinan.." Along takde harta lagi..jangan jadi bodoh nak kahwin di usia muda..Angah masih belajar lagi..fokus studi tu dulu..ayah Achik dulu kahwin umur 29 kan..ko tu baru 28.tunggu setahun je lagi "..Ni la antara kata-kata yang ibu bapa selalu lontarkan kepada anak muda yang tengah merengek-rengek minta nak kahwin..lagi parah, couple tu sebahagian ibu bapa benarkan pula..Hampeh! Jadi kepada ibu bapa, kalau dah benda halal dan benda baik tu, ada je cara untuk melaksanakannya..tunggu nak buat ke tak je..Allah dah jamin rezeki kepada yang nak berumahtangga..so adakah anda ragu dengan janji-janji Allah? Tepuk dada tanya iman tanya ulama' !

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

7 comments:

  1. Kepada ibu bapa, kasihanilah anak-anak yang terpaksa bergadai pahala dan sanggup memperjudikan nasib di akhirat sana akibat couple lantaran langsung tidak diberikan peluang untuk menuntun hubungan tu ke arah perkahwinan.." Along takde harta lagi..jangan jadi bodoh nak kahwin di usia muda..Angah masih belajar lagi..fokus studi tu dulu..ayah Achik dulu kahwin umur 29 kan..ko tu baru 28.tunggu setahun je lagi "..Ni la antara kata-kata yang ibu bapa selalu lontarkan kepada anak muda yang tengah merengek-rengek minta nak kahwin..lagi parah, couple tu sebahagian ibu bapa benarkan pula..Hampeh! Jadi kepada ibu bapa, kalau dah benda halal dan benda baik tu, ada je cara untuk melaksanakannya..tunggu nak buat ke tak je..Allah dah jamin rezeki kepada yang nak berumahtangga..so adakah anda ragu dengan janji-janji Allah? Tepuk dada tanya iman tanya ulama' !

    ReplyDelete
  2. baru nak mula bercinta..
    putus sudah selepas baca.
    hehehe

    thaks zombie :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...